Khabar Buruk Kem Negara Menjelang Olimpik Paris

Menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi, kontinjen negara dikejutkan dengan khabar duka melibatkan beberapa atlet. Ini selepas Chef De Mission Sukan Olimpik 2024, Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin memaklumkan bahawa seramai tiga orang atlet kebangsaan dilaporkan mengalami kecederaan. ”Di dalam mesyuarat saya yang lepas, saya dapat maklumat […]
SPRM Sahkan FAM Bebas Dua Tuduhan Rasuah & Salah Guna Kuasa

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SRPM) mengesahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bebas dua tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Dua siasatan telah pun dijalankan membabitkan FAM oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disahkan tidak mempunyai sebarang isu rasuah, salah guna kuasa mahupun penyelewengan. Menurut laporan oleh Berita Harian, siasatan telah dijalankan oleh agensi penguatkuasa […]
Pertembungan Malaysia & Indonesia Bakal Berlaku Di Jakarta

Pertembungan yang dinanti-nantikan antara skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia bakal menjadi kenyataan. Perkara ini diungkapkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu temu bual bersama Harimau Malaya. Katanya, beliau sudah pun berhubung dengan Ketua Umum PSSI, Erick Thohir ketika bertemu di Kongres FIFA Kali Ke-74 yang berlangsung di Bangkok, […]
Ferdy Druijf Diam Membisu

Peledak kacukan Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf tidak memberi respon ketika cuba dihubungi oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sesi temu bual eksklusif bersama MakanBola di Wisma FAM. Beliau berpendapat bahawa FAM bakal memiliki garis panduan ketat bagi melakukan pemilihan pemain […]
Pendedahan Kos Sebenar VAR Liga Super Mengejutkan

Pendedahan sebenar kos bagi membawa masuk teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) ke Liga Super amat mengejutkan. Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui di Wisma FAM oleh Cakap Sukan. Liga Malaysia secara rasminya telah menggunakan VAR pada aksi pertama musim 2024/25 selepas mendapat kelulusan oleh FIFA. […]
Bekas Pertahanan Arsenal, Isaac Hayden Dikesan Berdarah Malaysia

Bekas pertahanan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Arsenal FC, Isaac Hayden dikesan berdarah Malaysia. Perkara ini dilaporkan oleh laman Frfuturetalents mengenai pemain berusia 29 tahun itu yang difahamkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia. Pemain kelahiran Chelmsford, England itu kini beraksi buat Queens Park Rangers (QPR) di Championship, England selepas beberapa kali dipinjamkan. Nama beliau […]
Hamidin: Malaysia Tunjuk Peningkatan, Tak Boleh Tiba-Tiba Kalahkan Korea Selatan

Malaysia perlu menunjukkan peningkata bertingkat dalam usaha menjadi salah satu pasukan terbaik di Asia. Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada MakanBola mengenai kemajuan skuad kebangsaan sejak diambil alih oleh Kim Pan-gon. FAM melihat kemajuan ranking yang ditunjukkan di bawah Pan-gon amat positif sehingga berjaya menembusi kelompok […]
“Kita Kena Lawan, Kenapa Nak Serah Diri Pula?”

Malaysia bakal memperagakan aksi terbaik dan semangat melawan tinggi bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini ditegaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui media tatkala meninjau perkembangan pemain negara, Faisal Halim. Beliau menzahirkan rasa optimis untuk terus melihat kebangkitan Harimau Malaya susulan dua kekalahan kepada pasukan ke-77 […]
“Ramai Pemain Warisan Palsu” – Hamidin

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa lambakan pemain warisan di media sosial adalah palsu. Perkara ini dijelaskan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkenaan perkhabaran tentang pemain warisan yang tumbuh bagai cendawan di media sosial. Beliau yang ditemui MakanBola di Wisma FAM berkata bahawa pihaknya dan barisan kejurulatihan terbuka untuk menerima mana-mana pemain […]
Gabungan Pemain Senior & Junior Jadi Sandaran Malaysia Di Piala AFF 2024

Gabungan pemain senior dan junior dijangka bakal menjadi taruhan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon di Piala AFF 2024. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berdepan tekanan susulan dua kekalahan kepada pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu temu bual bersama MakanBola bagaimanapun optimis dengan […]
Tiada Pemain Warisan Berjaya Pikat Hati Kim Pan-gon

Tiada seorang pun pemain warisan baharu yang berjaya mengikat ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu baru sahaja selesai tugasan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman. Nasib bagaimanapun tidak memihak kepada pasukan negara apabila tewas 0-2 dalam kedua-dua perlawanan menentang pasukan ke-77 dunia itu. Keadaan ini sedikit […]
Pesan Hamidin Kepada Faisal Halim “Lupakan Seketika Bola Sepak”

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin menitipkan pesan bermakna buat pemain kebangsaan, Faisal Halim. Terdahulu, industri bola sepak negara digemparkan dengan insiden hitam apabila pemain sayap negara, Faisal Halim disimbah asid oleh individu misteri di sebuah pusat membeli-belah terkemuka. Kejadian buruk ini telah mendapat liputan hangat apabila turut […]
Keadaan Terkini Faisal Halim Amat Menyedihkan

Keadaan sayap Selangor FC, Faisal Halim amat menyedihkan dan terpaksa melupakan bola sepak buat beberapa bulan mendatang. Pemain berusia 26 tahun itu menggemparkan negara apabila diserang individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Damansara. Beliau diserang oleh individu yang menyimbah asid kepadanya selain difahamkan bahawa suspek telah menggunakan motosikal yang telah dicuri. […]
Berita Ferdy Druijf Ke Malaysia Jadi Bualan Orang Jerman

Berita mengenai penyerang berbakat Belanda, Ferdy Druijf yang dicanang berpotensi besar untuk memperkuat Malaysia mula menjadi bualan orang Jerman. Perkara ini dilaporkan oleh laman Frfuturetalents berkenaan pemain berusia 26 tahun itu yang difahamkan memiliki pertalian darah yang membolehkannya mewakili Harimau Malaya. Beliau juga kini dilaporkan dalam fasa untuk menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk membuktikan […]
Janji PSM Kepada Hamidin & Harimau Malaya

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberikan jaminan kepada Harimau Malaya dan juga Datuk Hamidin Mohd Amin. Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sering menjadi perdebatan hangat selepas keadaannya yang kurang memuaskan. Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman menjadi saksi tatkala pertahanan kanan negara, Azam Azmi Murad mengalami kecederaan ketika permainan baru […]
“Kita Ni Mudah Lupa” – Hamidin

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui tidak melatah apabila mendengar seruan sesetengah pihak yang memintanya untuk berundur. Seruan ini timbul susulan kegagalan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa sejak kebelakangan ini. Skuad senior Malaysia berdepan kesukaran untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas dua kali kepada Oman […]