3 Pemain Tinggalkan Kedah Serta-Merta

3 pemain memilih untuk meninggalkan Kedah Darul Aman serta-merta. Skuad kendalian Nafuzi Zain kini menghuni tangga ke-11 Liga Super selepas hanya tiga kemenangan dalam 10 perlawanan yang diharungi. Krisis Sang Kenari berterusan apabila turun dengan hanya skuad B-23 ketika menentang KL City di Cheras dan tewas dengan keputusan 5-0. Beberapa pemain utama sudah mula memilih […]

3 Tonggak Kedah ‘Angkat Kaki’

3 tonggak telah membuat keputusan untuk mengangkat kaki dan meninggalkan Kedah Darul Aman. Skuad kendalian Nafuzi Zain mengejutkan ramai pihak apabila turun beraksi di Cheras berdepan KL City tanpa seorang pun tonggak utama. Misteri ketiadaan pemain utama pasukan ini diburukkan selepas beberapa pemain sudah mula meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan kedua. Kapten Sang Kenari, Habib […]

Habib Haroon Sertai Kelab Bahrain, Sitra

Tidak lama selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Habib Haroon sah menyertai kelab Bahrain, Sitra FC. Sebelum ini, pengurusan Sang Kenari mengumumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan penamatan kontrak secara bersama. Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Habib memenuhi komitmen peribadi di negara asalnya itu. Ini sekaligus menamatkan tempoh beliau di Malaysia dari 2021 […]

Kedah & Habib Haroon Berpisah

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sah berpisah dengan tonggak tengah mereka dari Bahrain, Habib Haroon. Keputusan ini diumumkan pengurusan Kedah menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Pengumuman ini menamatkan desas-desus yang berlegar di media sosial tentang status sebenar Habib bersama pasukan utara tanah air itu. Pengurusan Sang Kenari memaklumkan keputusan menamatkan […]

Kelibat Habib Haroon Tidak Kelihatan

Tonggak import skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Habib Haroon tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan di Stadium Sultan Abdul Halim pada Isnin. Sebelum ini, telah timbul desas-desus mengenai perpindahan Habib Haroon yang dikhabarkan bakal berhijrah ke kelab Bahrain, Sitra. Namun begitu, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak KDA FC. Ketiadaan tonggak import […]

Habib Haroon Tinggalkan Kedah?

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan bakal kehilangan khidmat pemain tengah import dari Bahrain, Habib Haroon. Habib merupakan sebahagian daripada tonggak import baru Kedah untuk musim 2024/25. Selain beliau, Sang Kenari turut merekrut Ebenezer Assifuah, Milos Gordic, Cleylton, Sukhrob Nurullaev dan Sony Norde. Sebelum ini, Habib turut beraksi dengan pasukan Pantai Timur, Terengganu FC […]

Kedah Darul Aman Seri, Jersi Habib Haroon Pula Diperhatikan

Aksi Liga Super yang membabitkan pertembungan antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Kuching City mencuri tumpuan selepas perhatian terarah kepada pemain import KDA, Habib Haroon. Kedah Darul Aman turun dengan penampilan berbeza dalam kempen Liga Super baru-baru ini selepas skuad Sang Kenari menyarung jersi ‘Home’ yang baru sahaja dilancarkan. Beraksi menentang Kuching City di Stadium […]

Terjah Keras Pemain Kedah, Fairuz Zakaria Tumbuk Muka Habib Haroon

Tonggak Penang FC, Fairuz Zakaria dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras kepada tonggak Kedah Darul Aman. Aksi yang belangsung di Stadium Bandaraya itu menyaksikan anak didik Akmal Rizal tunduk dengan keputusan 1-0. Babak akhir permainan bagaimanapun dihiasi dengan aksi kasar oleh Fairuz Zakaria terhadap anak buah Nafuzi Zain, Zamri Pin. Beliau dilayangkan kad kuning […]

Kedah Makin Rancak, 11 Pemain Baru Perkuat Musim 2024/25

Kedah Darul Aman semakin rancak mempersiapkan skaud terbaik bagi menghadapi musim 2024/25 kelak apabila membawa masuk 11 pemain baru. Skuad kendalian Nafuzi Zain jelas mahu memberikan tentangan hebat dalam saingan Liga Super musim hadapan setelah menamatkan saingan liga ditangga ke-4 pada musim lalu dibelakang JDT, Selangor dan Sabah. Kedah membawa masuk 11 muka baharu dalam […]

Kedah Sambar Khidmat Habib Haroon

Pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat khidmat seorang lagi pemain import iaitu bekas kapten Terengganu FC, Habib Haroon. Perpindahan pemain tengah Bahrain itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Habib Haroon, pemain berasal dari Bahrain yang cukup dikenali […]

Habib Haroon Ke Kedah, Manuel Ott Sertai Terengganu?

Terengganu dikhabarkan akan menggantikan pemain tengah utama mereka untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan. Fadhirul Shuhaimi mengesahkan pemain tengah dan kapten Terengganu, Habib Haroon tidak akan bersama Terengganu lagi untuk musim hadapan. Habib Haroon dijangka bakal bergabung kembali dengan bekas jurulatihnya di Terengganu pada tahun lalu iaitu Nafuzi Zain yang kini merupakan pengendali pasukan Kedah Darul […]

Habib Haroon Mahu Kekal Lebih Lama Di Malaysia

Pemain tengah Terengganu FC, Habib Haroon mengesahkan bahawa dirinya masih mahu beraksi di Liga Malaysia musim hadapan meskipun tidak bersama Terengganu lagi. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau berkata bahawa beliau akan meninggalkan naib juara Piala Malaysia 2023 itu. ”Saya tinggalkan pasukan Terengganu kerana mahu mencuba di tempat lain”, kata […]

“Saya Tak Pernah Dihargai Sebegini Sepanjang Karier” – Habib Haroon

Pemain tengah Terengganu FC, Habib Haroon mengakui terharu dengan sokongan yang diberi penyokong terutama dalam aksi terakhir Liga Super menentang Perak FC pada Ahad lalu. Habib dilaporkan bakal meninggalkan skuad Penyu selepas tamat kempen Liga Super musim 2023. Beliau menjadi tonggak utama di bahagian tengah Terengganu selama tiga musim. Malah, pemain berusia 23 tahun itu […]

Habib Haroon: Kami Teruja Berdepan JDT

Pemain tonggak Terengganu FC, Habib Haroon berkongsi perasaan teruja pasukannya untuk turun beraksi menentang Johor Darul Ta’zim di perlawanan akhir Piala Malaysia 2023. Beliau juga berkata, pemain-pemain Terengganu FC berada dalam keadaan yang baik dan gembira untuk berada di pentas final ditambah pula menentang juara bertahan edisi lalu. “Bagi semua pemain, mereka merasa gembira kerana […]

Habib Haroon Tak Sabar Berdepan Central Coast Mariners

Terengganu FC akan meneruskan perjuangan mereka di Piala AFC apabila dijadualkan bertemu wakil Australia, Central Coast Mariners (CCM) pada esok 29 November jam 4 petang. Bagi kapten Terengganu, Habib Haroon, beliau dan rakan sepasukannya tidak sabar untuk menghadapi perlawanan esok walaupun Terengganu kini mengalami krisis kecederaan pemain yang meruncing. “Ya, ia salah satu tempat terbaik […]

Terengganu Menang, Kasut Habib Haroon Pula Diperhatikan

Perlawanan Piala AFC 2023 antara pasukan Terengganu dan juga Stallion Laguna mencuri tumpuan selepas yang terarah kepada kapten pasukan Terengganu, Habib Haroon. Aksi yang berlangsung di gelanggang lawan itu menyaksikan kebangkitan dramatik anak buah Tomislav Steinbruckner telah membantu untuk memperoleh kemenangan 3-2 di gelanggang lawan. Jaringan akhir perlawanan oleh pemain sayap lincah skusd Peteh, Sony […]