Guwahati Masters: Choong Hon Jian & Haikal Nazri Muncul Juara, Atasi Regu Taiwan

Beregu lelaki muda negara, Choong Hon Jian dan Haikal Nazri terus cemerlang di atas gelanggang dengan menggondol gelaran juara Guwahati Masters 2023. Ini gelaran juara kedua yang diraih regu yang menduduki ranking ke-81 dunia itu selepas merangkul gelaran juara Syed Modi India International 2023 pada minggu lepas. Mereka mengatasi tentangan regu Taiwan, Lin Bing-wei dan […]
Guwahati Masters: Justin Hoh Terkandas Di Separuh Akhir, Tewas Kepada Alvi Wijaya Chairullah

Pemain perseorangan muda negara, Justin Hoh terpaksa melupakan hasrat ke separuh akhir Guwahati Masters 2023. Ini selepas beliau terpaksa menarik diri daripada aksi separuh akhir menentang wakil Indonesia, Alvi Wijaya Chairullah akibat kecederaan. Selepas pulih daripada kecederaan jangka panjang yang dialami sebelum ini, anak jati Kuala Lumpur itu mula mempamerkan bisanya dalam beberapa kejohanan. Dengan […]
Guwahati Masters: Yohanes Saut Marcellyno Sekat Cita-Cita Final Cheam June Wei

Hasrat pemain perseorangan negara, Cheam June Wei layak ke final Guwahati Masters 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas kemaraan June Wei disekat pemain perseorangan Indonesia, Yohanes Saut Marcellyno di pentas separuh akhir hari ini. Sekiranya June Wei berjaya melepasi separuh akhir hari ini, beliau berpeluang meraih gelaran pertama kejohanan BWF sejak 2019. Malangnya, Yohanes […]