De Paula Beri Bayangan Tinggalkan Bola Sepak

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula memberi bayangan bakal meninggalkan dunia bola sepak. Nama penyerang berusia 37 tahun itu amat dikenali peminat bola sepak Malaysia kerana beraksi untuk beberapa kelab tempatan. Antara kelab yang pernah diwakili de Paula dalam Liga Malaysia ialah Selangor FC, KL FA (kini KL City FC), Perak FC, Johor Darul Ta’zim […]
Wan Kamal: De Paula Terlalu Tua

Rata-rata penyokong Harimau Malaya yang menonton perlawanan menentang Bahrain semalam kurang berminat untuk melihat kemasukan pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula. Ini kerana kemasukannya menggantikan Darren Lok dilihat tidak membantu bahagian serangan pasukan negara. Tidak ketinggalan adalah ayah kepada Wan Kuzain, pemain yang beraksi di Amerika Syarikat. Wan Kamal menganggap De Paula merupakan seorang pemain […]
Khalid Ali Percaya De Paula Keliru

Kelibat penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula menyarung jersi keramat Harimau Malaya sering kali menjadi topik hangat perdebatan lebih-lebih lagi apabila pemain kelahiran Brazil itu tidak menunjukkan aksi yang baik. Bekas pemain bola sepak negara, Khalid Ali menyuarakan pendapat mengenai penyerang berpengalaman berusia 35 tahun itu. Khalid menganggap De Paula merupakan seorang penyerang yang keliru […]
De Paula Sedar Dikritik Peminat, Akan Terus Bekerja Keras Demi Malaysia

Walaupun sering menjadi mangsa kritikan peminat sebelum ini, namun persembahan menentang Brunei semalam pastinya merupakan momen indah buat pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula. Satu jaringan dan satu bantuan jaringan dari beliau menghiasi kemenangan bergaya 4-0 Malaysia ke atas Brunei pada Jumaat malam. Menyedari bahawa nama beliau sentiasa menjadi bualan dan sasaran pengkritik, pemain kelahiran […]
Mat Yo Percaya Kemampuan De Paula Mampu Benam Vietnam

Bekas penyerang skuad kebanggsaan, Norshahrul Idlan Talaha mahu De Paula ketuai jentera serangan Malaysia berdepan pasukan Vietnam malam ini. Penyerang Sarawak United itu menyatakan bahawa pertahanan Vietnam bermain secara hard marking sepanjang permainan. Dengan saiz fizikal yang baik, De Paula merupakan pemain yang sesuai untuk menembusi pertahanan pasukan Vietnam sekaligus dapat menjaringkan gol. Pemain yang […]
De Paula Terus Dapat Mandat Cheng Hoe Kemudi Jentera Serangan Malaysia

Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Guilherme De Paula sekali lagi bakal menggalas tugas besar apabila beliau tersenarai dalam skuad yang akan menjalani latihan menjelang kejohanan Piala AFF Disember ini. Bekas penyerang pasukan Perak ini sedang menikmati rentak terbaiknya bersama pasukan apabila dilihat beberapa kali diturunkan dalam aksi Piala Malaysia termasuklah satu gol yang berjaya […]
Piala AFF: Liridon Krasniqi Tiada Dalam Perancangan, De Paula Terselamat

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dikhabarkan tidak akan dibawa ke saingan Piala AFF di Singapura yang dilangsungkan bulan depan. Dua orang lagi pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh dan Guilherme de Paula bakal dibawa ke saingan bola sepak asia tenggara itu. Berita itu disampaikan oleh pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi selepas beliau mengadakan perbincangan bersama […]
Mohamadou Sumareh Telah Buktikan Naturalisasi Bukan Satu Pembaziran

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemain naturalisasi yang berjaya ketika menyarung jersi Harimau Malaya. Membuat penampilan sulung pada perlawanan Malaysia menentang Sri Lanka pada Oktober 2018, Sumareh berjaya meledak satu gol untuk membantu Malaysia menang 4-1 dan meneruskan rentak jaringannya apabila menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan Maldives […]
Piala AFF Medan Terbaik Buat Liridon Krasniqi Dan De Paula Buktikan Sesuatu

Status naturalisasi yang diberikan kepada dua pemain negara iaitu Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula sebelum ini menjadi topik hangat selepas mempamerkan aksi kurang bertenaga ketika menyarung jersi Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia Zon Asia. Selepas melalui aksi yang kurang baik, kedua-dua pemain ini perlu bangkit semula dan harus mempamerkan aksi yang lebih […]
Kematangan De Paula Mungkin ‘Asbab Utama’ Mengapa Beliau Dipanggil Tan Cheng Hoe

Baru-baru ini, jurulatih bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengumumkan senarai 24 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bagi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Jordan dan Uzbekistan di Amman, Jordan pada 6 dan 9 Oktober ini. Melihat kepada senarai yang dikeluarkan, pastinya kelibat pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula mencuri perhatian peminat […]