Aksi Final Galatasaray & Fenerbahce Hanya Bertahan Satu Minit

Arena bola sepak Turkiye kecoh disebabkan gara-gara tindakan kelab gergasi Turkiye, Fenerbahce dalam aksi final Turkish Super Cup hari ini. Fenerbahce bukan saja membuat kejutan dengan menurunkan pasukan bawah 19 tahun (B-19) menentang musuh tradisi, Galatasaray. Malah, mereka bertindak meninggalkan padang selepas ketinggalan 1-0 menerusi gol penyerang Argentina, Mauro Icardi seawal minit pertama. Perlawanan tersebut […]
Bintang Galatasaray Jadi Pemain Termuda Di Piala Asia

Bintang muda Galatasaray, BeknazĀ Almazbekov menjadi pemain paling muda yang didaftarkan untuk menghadapi Piala Asia 2023 Qatar. Pemain berusia 18 tahun itu bakal menyarung jersi pasukan kebangsaan Kyrgyzstan dan merupakan pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi di bahagian serangan. Usia yang muda bukanlah penghalang buat Beknaz untuk menyinar bersama Kyrgyzstan. Sehingga kini, beliau sudah mengumpul […]
UCL: Galatasaray Bangkit Ikat Man United

Man United sekali lagi membazirkan peluang meraih kemenangan apabila sekadar seri 3-3 dengan kelab gergasi Turki, Galatasaray dalam aksi kelima Kumpulan A. Kedua-dua pasukan amat memerlukan kemenangan untuk mengintai peluang layak ke pusingan 16 pasukan terbaik sebagai naib juara Kumpulan A. Bagaimanapun, United terlebih dahulu di hadapan menerusi pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho pada minit […]
Penjaga Gol Galatasaray Selamatkan Pemain Dari Musibah Berat

Penjaga gol Galatasaray, Fernando Muslera mendapat pujian ramai peminat bola sepak di media sosial sejak semalam. Ini selepas tindakan beliau menolak bek kanan Besiktas, Valentin Rosier daripada berlanggar dengan tiang semasa cuba menjaringkan gol. Insiden ini berlaku pada minit akhir perlawanan derby Istanbul membabitkan Galatasaray dan Besiktas. Rosier berharap dapat menjaringkan gol lewat dengan cuba […]
UCL: Man United Diaibkan Kelab Turki

Man United terus dilanda krisis apabila dimalukan kelab Turki, Galatasaray dalam aksi kedua Kumpulan A awal pagi tadi. Selepas tewas kepada Bayern Munich pada aksi pertama, United amat memerlukan kemenangan untuk bangkit dalam Kumpulan A. Mereka bermula dengan baik apabila penyerang muda Denmark, Rasmus Hojlund menyumbat gol pertama pada minit ke-17. Bagaimanapun, bekas penyerang Crystal […]
Kelab Asia Masih Berpeluang Sambar Sergio Ramos

Bek tengah veteran Sepanyol, Sergio Ramos dilaporkan masih menunggu tawaran dari Arab Saudi sebelum menimbang mana-mana tawaran kontrak dari Eropah. Football Espana melaporkan selepas bergelar ejen bebas, bekas kapten Real Madrid itu dikaitkan dengan pelbagai perpindahan tetapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Antara kelab yang dikaitkan dengan Ramos ialah Sevilla, Boca Juniors (Argentina), America (Mexico) dan […]
Gandingan Radamel Falcao & James Rodriguez Bakal Disatukan Semula?

Hasrat untuk melihat duo berbisa Colombia, Radamel Falcao dan juga James Rodriguez semakin hampir menjadi kenyataan. Seperti yang sedia maklum, bekas pemenang Golden Boot di Piala Dunia 2014, James Rodriguez kini berstatus ejen bebas selepas tidak lagi bersama pasukannya, Olypiacos FC. Tidak sampai setahun di Greece, pemain berusia 31 tahun itu gagal mencapai tahap yanh […]
‘Au revoir, Bafe’: Al-Hilal Lepaskan Bafetimbi Gomis

Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC, Al-Hilal memutuskan untuk melepaskan bekas penyerang Perancis Bafetimbi Gomis. Ini selepas kelab Arab Saudi bimbingan Leonardo Jardim itu tidak memperbaharui kontrak bekas penyerang Swansea itu. Gomis menjadi pujaan penyokong Al-Hilal selepas menyertai kelab itu dari Galatasaray pada Ogos 2018. Dalam tempoh tiga tahun setengah bersama kelab, beliau telah menjaringkan 108 […]