FK Jablonec Ucap Selamat Tinggal Kepada Dion Cools

Pemain datang dan pergi sememangnya lumrah dalam dunia bola sepak. Itu yang terjadi kepada pemain bintang Harimau Malaya, Dion Cools. Selepas menamatkan kontrak bersama kelab gergasi Denmark, FC Midtjylland, beliau berhijrah ke Liga Republic Czech dengan menyertai FK Jablonec pada September tahun lalu. Namun jodohnya bersama Jablonec tidak kekal lama apabila sebentar tadi, pihak kelab […]

Dion Cools Dijangka Kekal Beraksi Di Luar Negara

Kapten pasukan kebangsaan, Dion Cools dilaporkan akan terus kekal beraksi di luar negara sehingga tahun 2023. Pemain berusia 27 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah dan pernah beraksi bersama beberapa kelab sepanjang kariernya. Ketika ini, pemain kelahiran Sarawak ini sedang beraksi bersama  kelab di Reublik Czech iaitu FK Jablonec. […]

Kontrak Dion Cools Bersama Jablonec Hampir Tamat, Dijangka Hadir Ke Malaysia Januari 2023

Kontrak pemain warisan Malaysia dari Belgium, Dion Cools bersama kelab diwakilinya di Czech, FK Jablonec bakal tamat pada 31 Disember 2022 sekaligus menjawab teka-teki berkaitan kontraknya sebelum ini. Sebelum ini, kontraknya bersama Jablonec bakal tamat pada pertengahan musim 2023 namun ianya berubah menjadi lebih awal seperti yang dipaparkan oleh laman data pemain global, Transfermarkt. Sebelum […]

Status Dion Cools Bersama Harimau Malaya Jadi Tanda Tanya

Status bintang pasukan negara, Dion Cools masih menjadi tanda tanya sama ada beliau berpeluang untuk mewakili Malaysia pada pentas Piala AFF Mitshubishi Electric 2022 atau tidak. Bekas pemain muda bawah 23 tahun Belgium ini menjadi nadi utama Harimau Malaya sejak tahun lalu masih tidak dapat mengesahkan kehadiran beliau untuk memperkuatkan pasukan. Hal ini susulan perlawanan […]

Ayuh Undi Dion Cools Sebagai Pemain Terbaik Jablonec Bagi Bulan November

Dalam pada ketika rakyat Malaysia akan turun mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November depan, lain pula yang berlaku buat pemain Harimau Malaya, Dion Cools yang tersenarai dalam undian sebagai pemain terbaik FK Jablonec bagi bulan November. Pemain terbaik Jablonec pada bulan Oktober telah dimenangi oleh pemain dari Nigeria, Joshua Akpudje selepas pemain […]

Jablonec Tamatkan Deretan Kekalahan, Tewaskan Dynamo

Kelab diwakili pemain warisan Malaysia Dion Cools, FK Jablonec menamatkan penderitaan tiga kekalahan liga berturut-turut dengan menewaskan Dynamo 3-0 di halaman sendiri. Seawal minit ke-7 Jablonec hampir-hampir mendahului perlawanan namun rembatan Polidar berjaya diselamatkan penjaga gawang Dynamo. Pavel Sulc memecah kebuntuan perlawanan menerusi jaringan cantiknya pada minit ke-29 sekaligus memberikan kelebihan buat Jablonec. Bersambung babak […]

Dion Cools Alami Kekalahan Pertama Bersama Jablonec

Pemain Harimau Malaya yang kini berkelana di Liga Czech, Dion Cools mengalami kekalahan pertama sejak hadir ke FK Jablonec awal September lalu. Jablonec telah tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah FK Pardubice walaupun para pemain Jablonec dilihat menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Gol Pardubice dijaringkan oleh Michal Hlavaty pada minit ke-71 perlawanan. Dalam perlawanan tersebut, Dion […]

Jablonec Tewaskan Brno, Dion Cools Catat 1 Bantuan Gol

Kelab diwakili pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools, FK Jablonec memperbaiki kedudukan Liga Utama Czech selepas berjaya menewaskan pasukan pelawat, Brno 3-1 di Chance Arena, Jablonec nad Nisou. Dua jaringan Jan Chramosta dan tandukan cantik Vladimir Jovović selepas menerima hantaran Dion Cools memastikan 3 mata penuh milik tuan rumah. Dalam perlawanan terbabit, Dion Cools beraksi penuh […]

Dion Cools Kekal Di Eropah Sehingga Jun 2023?

Masa depan bintang sensasi Harimau Malaya, Dion Cools bersama kelab Liga Czech, FK Jablonec terjawab apabila beliau difahamkan akan kekal lebih lama di Eropah. Beliau menjadi watak penting buat Harimau Malaya ketika ini apabila beraksi dengan cukup cemerlang membawa cabaran negara di Thailand dalam kejohanan King’s Cup. Spekulasi tentang masa depan bekas bintang muda Belgium […]

Dion Cools Terima Pujian Media Czech, Bantu Jablonec Atasi Slovácko

Jablonec mengejutkan tuan rumah, Slovácko dengan kemenangan bergaya 0-2 dalam satu aksi perlawanan Liga Czech sekaligus naik 4 anak tangga ke tangga ke-9 liga. 2 jaringan lewat permainan oleh Matěj Polidar dan Jakub Považanc memastikan 3 mata penuh milik Jablonec yang turut diwakili pemain dari Malaysia, Dion Cools. Dalam aksi ini Dion Cools beraksi penuh […]

Jurulatih Jablonec Puas Hati Dengan Kualiti Dion Cools

Jurulatih Jablonec, David Horejš berpuas hati dengan aksi bertenaga dipamerkan Dion Cools dan beliau percaya pemain kacukan Malaysia-Belgium itu akan membiasakan dirinya dengan cepat bersama kelab. Dalam aksi pusingan ke-2 Piala Czech semalam, Jablonec berjaya menewaskan Motorlet 0-4 dengan jaringan pertama dihasilkan oleh Dion Cools pada minit ke-17. Aksi menentang Motorlet juga merupakan debut buat […]

Jaringan Debut Dion Cools Bantu Jablonec Belasah Motorlet

Jaringan awal Dion Cools dalam debutnya bersama FK Jablonec bantu pasukannya tewaskan Motorlet 0-4 dalam satu aksi Piala Czech pusingan ke-2 di Stadium SK Motorlet. Cools yang disenaraikan dalam kesebelasan utama hanya selepas 3 hari diumumkan sebagai pemain baru Jablonec membuka jaringan buat pasukannya pada minit ke-17 selepas satu gerakan cantik David Houska dari tengah. […]

Info Siaran Langsung Motorlet vs Jablonec (Czech Cup)

Kemenangan 3-2 Motorlet ke atas Ujezd membawa pasukan dari divisyen ke-3 ini mara ke pusingan ke-2 sekaligus bertemu pasukan yang diwakili pemain kacukan Malaysia, Dion Cools iaitu Jablonec. Dion Cools tidak perlu menunggu lama untuk diserapkan ke skuad utama Jablonec dan beliau tersenarai dalam kesebelasan utama Jablonec bertemu Motorlet. Sebelum ini Dion Cools diumumkan secara […]

Dion Cools Dijangka Sertai JDT Januari 2023

Walaupun Dion Cools baru saja disahkan menyertai kelab divisyen 1 liga Czech, Jablonec, beliau dijangka tetap akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Januari 2023. Kemasukan Dion Cools ke JDT kelak bukanlah satu rahsia memandangkan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) sebelum ini pernah berkongsi berkaitan perpindahan Dion Cools ke JDT […]

Dion Cools Dijangka Diturunkan Rabu Ini Menentang Motorlet

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools dijangka diturunkan seawal Rabu ini bersama kelab barunya, Jablonec dalam perlawanan pusingan ke-2 Piala Czech menentang FK Motorlet Prague (Motorlet). Menerusi pengumuman rasmi di laman media sosial Jablonec, pemain berumur 26 tahun ini bakal beraksi untuk perlawanan Piala Czech menentang Motorlet. “Dion Cools, bekas pemain FC Midtjylland dan Club Brugge […]

Dion Cools Sertai Jablonec, Kekal Beraksi Di Eropah

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools menafikan desas-desus beliau pulang beraksi di Malaysia apabila difahamkan kekal beraksi di Eropah bersama FK Jablonec. Pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini telah pun beraksi bersama kelab Denmark, FC Midtjylland selama 2 musim dalam 53 perlawanna secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu telah pun mencapai kata sepakat […]