FIFA Ternanti-nanti Aksi Malaysia Kali Ini

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ternanti-nanti aksi antara Laos dan juga Malaysia. Skuad kendalian Pau Marti bakal berdepan dua ujian bagi aksi persahabatan Tier 1 FIFA menentang pasukan ke-187 dunia, Laos. Ujian kedua menyaksikan pemain negara akan menentang India pada 18 November dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di gelanggang lawan. Malaysia yang juga juara Pestabola […]

Timnas Indonesia Terima 3 Hukuman Dari FIFA

Skuad kebangsaan Indonesia menerima tiga hukuman daripada Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) baru-baru ini. Tiga hukuman ini dijatuhkan menjelang aksi kelima pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 antara Tim Garuda dan Jepun di Gelora Bung Karno pada 14 November ini. Tiga hukuman tersebut ialah pertama, Indonesia didenda 10,000 Swiss Franc (RM50,000). Denda tersebut dikenakan […]

FIFA Tunggu Aksi Malaysia vs New Zealand Penuh Debaran

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) teruja menantikan aksi antara Malaysia vs New Zealand. Skuad kendalian Pau Marti sudah menjalani persiapan hampir 7 hari di Auckland bagi menentang pasukan ke-95 dunia itu. Harimau Malaya sebelum ini telah mengharungi aksi persahabatan menentang Auckland FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-1. Pengendali kelahiran Sepanyol itu teruja apabila berjaya […]

Mats Deijl Tak Lepas Syarat FIFA Wakili Harimau Malaya

Khabar duka buat peminat bola sepak apabila pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl tidak melepasi syarat FIFA untuk mewakili Harimau Malaya. Perkara ini dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bahawa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengesahkan bahawa tonggak Belanda, Mats Deijl tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai skuad Harimau Malaya. Hal ini selepas berdasarkan […]

FIFA Pahat Kenangan Manis Safiq Rahim

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memahat kenangan manis lagenda Malaysia, Safiq Rahim. FIFA sudah beberapa kali memuat naik hantaran berkaitan pemain negara termasuklah kejayaan Harimau Malaya yang melonjak dua tangga ke kedudukan 132 dunia. Malaysia terus mempamerkan kemajuan positif apabila terus berkembang positif terutamanya sejak dikendalikan oleh jurulatih Sepanyol, Pau Marti Vicente. Menerusi satu […]

Liga 1 Indonesia Guna Khidmat Nazmi Nasaruddin

FA Malaysia-nazmi

Pengadil berpengalaman kelahiran Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin difahamkan menjadi pengadil dalam saingan Liga 1 Indonesia.  Perkara ini dikongsikan oleh Galeri Sepakbola Indonesia yang memaklumkan bahwa Nazmi Nasaruddin menjadi jurulatih asing yang kedua kendalikan Liga 1 Indonesia. Pengadil berasal dari Pulau Pinang itu telah menjadi pengadil kedua bagi perlawanan Malut United menentang Bali United semalam.  Pada […]

FIFA Ucap Tahniah Buat Harimau Malaya

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA ) mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya. Baru-baru ini, skuad kendalian Pau Marti berjaya menjulang Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Kejayaan tersebut sebelum itu disusuli oleh kemenangan ke atas Filipina untuk memastikan rekod bersih sejak dikendalikan oleh jurulatih Sepanyol itu. Skuad kebangsaan memperoleh tambahan +10.16 mata untuk melonjak dua […]

Brunei Pamer Peningkatan Mendadak

Pasukan Brunei Darussalam mencipta sensasi di rantau Asia Tenggara apabila menjadi antara pasukan terbaik dunia dalam kalendar antarabangsa FIFA bulan September. Ini berdasarkan dua kemenangan yang diraih Sang Tebuan dalam aksi playoff kelayakan Piala Asia 2027 dengan Macau baru-baru ini. Aksi playoff membabitkan enam pasukan yang terkandas dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2026. Hanya […]

Ranking FIFA: Qatar Jatuh 9 Anak Tangga

Juara Piala Asia 2023, Qatar terpaksa menelan kepahitan apabila ranking mereka merosot ke tangga ke-43 dunia. Perkara ini berlaku selepas pasukan yang diberi jolokan Al-Annabi itu tewas 3-1 kepada musuh tradisi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Kedua-dua pasukan berharap dapat meraih mata pertama dalam Kumpulan A. Pemain tengah muda, Ibrahim […]

Malaysia Terus Dapat Liputan FIFA

Pasukan kebangsaan Malaysia terus berada dalam liputan FIFA. Baru-baru ini, laman rasmi FIFA telah memuat naik satu hantaran yang meminta agar sokongan padu daripada rakyat Malaysia diberikan kepada skuad Harimau Malaya. Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi satu tugas yang cukup mencabar apabila bakal berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina pada 4 September 2024. Aksi separuh […]

FIFA ‘Kecek Klate’

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tampil dengan hantaran berdialek Kelantan. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman sosial FIFA yang menggunakan dialek Kelantan yang meraih perhatian penyokong di Malaysia. Hantaran itu bagaimanapun merujuk kepada aksi Piala Dunia 2002 yang melibatkan pertembungan antara Korea Selatan menentang Turkiye. Hal ini merujuk kepada jaringan pantas yang direkodkan oleh […]

Kelab Vietnam Dikenakan Sekatan FIFA

Sebuah kelab Vietnam dikenakan sekatan perpindahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas didapati lewat membayar pampasan kepada bekas pemain import mereka. VNExpress melaporkan kelab V. League 2, Khanh Hoa dikenakan sekatan tersebut untuk tetingkap perpindahan musim panas 2024, musim sejuk 2025 dan musim panas 2025. Keputusan ini dibuat selepas FIFA mendapati Khanh Hoa lewat membayar […]

Inisiatif FIFA Bantu Cungkil Permata Bola Sepak Wanita Malaysia

Inisiatif yang diperkenalkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membantu untuk mencungkil lebih ramai bakat bola sepak wanita Malaysia. Baru-baru ini, Inisiatif Kempen Bola Sepak Wanita FIFA anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diteruskan di Sekolah Kebangsaan Putra Height, Subang Jaya. Seramai 71 atlet pelajar perempuan berusia 13 hingga 15 tahun […]

FIFA Bercakap Tentang Malaysia Lagi

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kini berbicara tentang Malaysia lagi. Kali ini, watak naturalisasi negara, Sergio Aguero meraih perhatian badan gergasi bola sepak dunia itu selepas dinaturalisasikan oleh Malaysia sejak tahun 2022. Pemain berusia 30 tahun itu memberitahu bahawa beliau amat menyayangi Malaysia kerana sudah hampir 8 tahun menetap di sini. “Saya telah menetap dan […]

Presiden FIFA Puji Kemajuan Bola Sepak Malaysia

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menyuarakan rasa gembira melihat kemajuan bola sepak Malaysia. Komen ini dibuat selepas pelancaran projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Presint 5, Putrajaya pada 26 Jun lalu. Pelancaran projek disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, sambil disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd […]

Kim Pan-gon Tarik Perhatian FIFA

Khidmat jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bersama pasukan Malaysia telah mendapat perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman media sosial rasmi FIFA, FIFA menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberi sokongan dan dukungan kepada pengendali dari Korea Selatan itu untuk kekal membimbing dan menerajui skuad Harimau Malaya. […]