Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Pintas Kedudukan Negara Eropah

Malaysia memiliki peluang terakhir untuk memungut mata FIFA bagi aksi penting di final Pestabola Merdeka 2023 yang membolehkan pasukan negara memintas kedudukan negara Eropah. Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya memungut mata FIFA penuh berdepan pasukan ke-102 dunia, India selepas merekodkan kemenangan 4-2 di Bukit Jalil. Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya memperoleh tambahan +6.4 mata FIFA […]
Ranking FIFA Futsal: Malaysia Turun Dua Tangga, Indonesia Terus Merudum

Kemas kini terbaru ranking FIFA menyaksikan skuad futsal Malaysia berdepan tugas getir selepas turun dua tangga sekaligus memberikan tamparan hebat kepada pasukan. Skuad bimbingan Rakphol Sainetngam mengharungi kempen Kelayakan Futsal Asia 2024 yang menyaksikan pasukan negara mengakhiri cabaran peringkat kumpulan di tempat ke-3. Malaysia berjaya mencatatkan satu kemenangan berdepan Kemboja dan tewas dua perlawanan menentang […]
Ranking FIFA: Malaysia Naik Dua Tangga, Kini Ke-134 Dunia

Pasukan kebangsaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang cukup memberangsangkan apabila melonjak dua anak tangga berdasarkan kemas kini terbaru FIFA. Menerusi satu pengumuman rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kemas kini terbaru yang dikeluarkan oleh badan induk FIFA menyaksikan Harimau Malaya melonjak ke tangga 134 dunia. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon melalui detik terbaik apabila berjaya mengikat […]
Indonesia Hampiri Kedudukan Malaysia

Pasukan kebangsaan Indonesia terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan apabila menunjukkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA ketika ini. Skuad Garuda yang dikendalikan oleh Shin Tae-yong terus berada pada kemuncak prestasi selepas mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Turkmenistan dalam satu aksi persahabatan FIFA September ini. Kemenangan itu menyaksikan Indonesia yang menghuni kedudukan ke-150 dunia telah mencatatkan […]
Ranking Masa-Nyata FIFA: Wales ‘Bantu’ Malaysia Kukuhkan Kedudukan Terbaik Dekad Ini

Pasukan kebangsaan Filipina membuat kejutan untuk menjarakkan diri dengan Malaysia apabila kini menghampiri kedudukan 120 terbaik dunia. Selepas meraih tambahan 1.4 mata ranking FIFA ketika berdepan pasukan ke-94 dunia, Syria, Malaysia sekali lagi mencatatkan unjuran positif dan konsisten untuk mencuri mata FIFA berdepan China. Harimau Malaya berjaya mengukuhkan kedudukan terbaik di tangga 136 dunia selepas kali […]
Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia ‘Tekan’ Filipina, Hampiri Kedudukan 120 Terbaik Dunia

Selepas meraih tambahan 1.4 mata ranking FIFA ketika berdepan pasukan ke-94 dunia, Syria, Malaysia sekali lagi mencatatkan unjuran positif dan konsisten untuk mencuri mata FIFA berdepan China. Malaysia yang merekodkan 1091.57 mata dengan keputusan positif ke atas Syria menyaksikan skuad kebangsaan memperoleh tambahan mata menjadi 1092.47 mata. Kini, berdasarkan kiraan masa nyata, Malaysia mengumpul keseluruhan […]
Ranking FIFA: Malaysia ‘Curi’ Mata Penting Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia

Malaysia kembali menghidupkan peluang untuk memburu kelompok kedudukan 120 terbaik dunia selepas mengikat Syria 2-2. Perlawanan menentang pasukan ke-94 dunia itu menyaksikan anak buah Kim Pan-gon mempamerkan aksi ‘gred A’ untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol. Keputusan itu menyaksikan penambahan +1.4 mata buat Harimau Malaya sungguhpun sasaran utama meraih +6.4 mata terlepas. Mata semasa Malaysia […]
Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 21 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan dan menghampiri tangga ke-120 terbaik dunia buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon bakal menghadapi dua aksi persahabatan di Chengdu, China pada 6 dan 9 September menentang Syria dan juga tuan rumah. Selepas Malaysia menjuarai kejuaraan serantau, Piala AFF 2010, Malaysia gagal mempamerkan […]
Malaysia ‘Cucuk’ Filipina

Malaysia kembali berada di kedudukan terbaik berdasarkan ranking FIFA rasmi selepas negara dari Kepulauan Carribean, St Kitts and Nevis menjadi pemudah cara untuk Malaysia terus menghambat kedudukan Filipina. Harimau Malaya sebelum ini di kedudukan 137 selepas St Kitts and Nevis tewas dua aksi menentang Trinidad & Tobago dan Amerika Syarikat. Dalam dua aksi Piala Emas Concacaf itu, […]
Ranking FIFA: Malaysia Naik 2 Anak Tangga, Peroleh Mata Maksimum

Raking FIFA Malaysia: Malaysia peroleh mata maksimum ranking FIFA dalam tetingkap kali ini selepas berjaya memenangi kedua-dua aksi perlawanan persahabatan bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. Kemenangan terhadap Kepulauan Solomon memberikan Malaysia tambahan mata sebanyak +5.21 manakala kemenangan terhadap Papua New Guinea memberikan tambahan +4.24 mata kepada Malaysia menjadikan mata keseluruhan yang dipungut adalah […]
Ranking Malaysia: Malaysia Berpeluang Pintas Filipina Selepas 12 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang memintas kedudukan Filipina yang kini berada di ranking ke-136 dunia buat kali pertama selepas ditinggalkan negara berkenaan sejak 2011. Selepas Malaysia menjuarai kejuaraan serantau, Piala AFF 2010, Malaysia gagal mempamerkan konsistensi kedudukan ranking FIFA dan ditinggalkan jauh oleh Filipina, Vietnam dan Thailand. Mata semasa Malaysia kini adalah 1082.13 dan jika […]
Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Hampiri Rekod Ranking Terbaik Sejak 12 Tahun Lalu

Selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2022, Malaysia mengumpul keseluruhan 1,071.99 mata ranking FIFA dan kini menghampiri kedudukan terbaik sejak 15 tahun lalu. Kemenangan ke atas Turkmenistan 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim memastikan 5.27 mata menjadi milik anak buah Kim Pan-gon sekaligus mengumpul mata keseluruhan terbaru sebanyak 1077.26 dan berada di ranking ke-140 […]
Malaysia Peroleh 4.73 Pungutan Mata Ranking FIFA, Berpeluang Naik 2 Anak Tangga

Malaysia menutup tirai kejohanan King’s Cup 2022 dengan penambahan 4.23 mata ranking FIFA selepas menamatkan kejohanan jemputan tersebut sebagai naib juara. Dalam perlawanan terakhir (perlawanan akhir kejohanan), Malaysia tewas menerusi sepakan penalti bertemu Tajikistan sekaligus memperoleh tambahan 1.16 mata ranking FIFA. Dalam perlawanan pertama menentang Thailand, Malaysia menang menerusi penentuan sepakan penalti sekaligus memperoleh tambahan […]
Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Menambah 6.16 Mata, Berpeluang Pintas Hong Kong

Malaysia yang sebelum ini memiliki jumlah keseluruhan Ranking FIFA 1057.59 mata berjaya memperoleh tambahan 3.57 mata selepas berjaya menewaskan Thailand menerusi sepakan penalti. Kejayaan menewaskan Thailand tersebut membawa Malaysia ke perlawanan akhir King’s Cup 2022 sekaligus mengumpul 1061.16 mata dan berjaya mendaki 1 anak tangga ke kedudukan 147 dunia memintas Botswana. Malaysia kini berpeluang mendaki […]
Ranking FIFA Malaysia Naik 7 Anak Tangga, Kini 147

Ranking skuad kebangsaan Malaysia kini berada di kedudukan ke-147 dunia, kedudukan terbaik sejak 8 tahun yang lalu. Malaysia memperoleh penambahan 22.48 mata untuk tempoh 1 April hingga 22 Julai 2022 sekaligus mengumpul 1057.54 mata berbanding kemas kini terdahulu, 1035 mata. Kemenangan terhadap Brunei, Hong Kong, Turkmenistan dan Bangladesh membantu pasukan negara meraih 22.48 mata sekaligus […]
Malaysia Dijangka Kekal Dalam Pot 4 Undian Peringkat Kumpulan Piala Asia 2023

Selepas mengesahkan tempat sebagai salah sebuah pasukan yang mara ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya sudah boleh melihat bagaimana kedudukan dalam pot atau balang undian peringkat kumpulan nanti. Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia berada pada tanggan ke 147 dunia (pengiraan tidak rasmi) dan berada dalam pot 4 bersama 5 lagi pasukan lain […]