Manchester United Suram Tanpa Khidmat Bintang Berbisa, Antony

Manchester United terus diuji apabila Antony menjadi pemain terbaru menyertai senarai kecederaan pasukan itu. United terikat 1-1 dengan Fenerbahce dalam aksi terbaru Liga Europa UEFA (UEL) pada awal pagi 25 Oktober. Gol Youssef En-Nesyri memastikan The Red Devils terus kempunan meraih tiga mata di pentas UEL. Situasi mereka tidak dibantu apabila Antony memberi isyarat kepada […]

UEL: Man United Seri Kali Ketiga Diikat Fenerbahce, Jose Mourinho Dibuang Padang

Manchester United (Man United) terus pamer aksi longlai di pentas UEFA Europa League (UEL) apabila mencatatkan keputusan seri kali ketiga. Kali ini di tangan kelab Turki, Fenerbache pada awal pagi Jumaat. United menurunkan barisan terkuat dengan Marcus Rashford, Joshua Zirkzee dan Alejandro Garnacho dipertaruhkan untuk mencetak gol manakala Fenerbache di bawah kendalian Jose Mourinho meletakkan […]

Bantahan Unik Jose Mourinho Curi Perhatian Warga Maya

Bantahan unik yang dicetuskan pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho mencuri perhatian warga maya sejak 29 September lalu. Akhbar Daily Mail melaporkan bekas pengurus Manchester United itu berang dengan pengadil, Cihan Aydin. Ini susulan tindakan Aydin membatalkan gol penyerang Bosnia, Edin Dzeko kerana kesalahan ofsaid dalam aksi Super Lig antara Fenerbahce dengan Antalyaspor. Ini mendorong Mourinho meletakkan […]

Man United Bakal Lawan Fenerbahce & Mourinho

Saingan Liga Europa UEFA (UEL) bakal menyaksikan Man United kembali bersemuka dengan bekas jurulatih mereka, Jose Mourinho. Ini selepas undian peringkat liga UEL dijalankan pada 31 Ogos lalu. United dan Tottenham Hotspur merupakan wakil England dalam saingan UEL musim 2024/25. Pertembungan United-Fener dijangka panas lebih-lebih lagi dengan Mourinho sebagai jurulatih. Bekas pengurus Chelsea itu berada […]

Jose Mourinho Bakal Latih 7 Bekas Bintang EPL Di Turki

Selepas sah bergelar pengurus kelab Super Lig, Fenerbahce, Jose Mourinho berpeluang mengenali barisan pemain pasukan itu. Ini termasuk tujuh bekas bintang yang pernah mewarnai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) satu ketika dahulu mengikut satu laporan Daily Mail. Mourinho yang berstatus ejen bebas selepas dipecat AS Roma pada Januari lalu dilantik sebagai pengurus baru Fener menggantikan […]

Aksi Final Galatasaray & Fenerbahce Hanya Bertahan Satu Minit

Arena bola sepak Turkiye kecoh disebabkan gara-gara tindakan kelab gergasi Turkiye, Fenerbahce dalam aksi final Turkish Super Cup hari ini. Fenerbahce bukan saja membuat kejutan dengan menurunkan pasukan bawah 19 tahun (B-19) menentang musuh tradisi, Galatasaray. Malah, mereka bertindak meninggalkan padang selepas ketinggalan 1-0 menerusi gol penyerang Argentina, Mauro Icardi seawal minit pertama. Perlawanan tersebut […]

Bekas Bintang Chelsea Diserang Penyokong Kelab Turki

Bekas penyerang Chelsea, Michy Batshuayi menjadi mangsa serangan penyokong kelab Turki, Trabzonspor dalam aksi terbaru Turkish Super Lig hari ini. Perlawanan tersebut menyaksikan Fenerbahce meraih kemenangan 3-2 di tempat lawan awal pagi ini. Bagaimanapun, tindakan barisan pemain pelawat meraikan kemenangan di atas padang selepas tamat perlawanan mengundang kemarahan penyokong Trabzonspor. Keadaan ini mendorong sekumpulan penyokong […]

Jurulatih Tengking Bekas Bintang Chelsea

Jarang bagi jurulatih menegah pemain mereka daripada mengambil sepakan penalti. Tetapi itulah yang menimpa bekas penyerang Chelsea, Michy Batshuayi selepas ditengking jurulatih Fenerbahce, Jorge Jesus dalam aksi Turkish Super League menentang Kasimpasa S.K. pada penghujung Januari lalu. Berdasarkan video TikTok yang tular ketika ini, penyerang Belgium itu sudah bersedia mengambil penalti pada minit ke-36. Bagaimanapun, […]

Mesut Ozil Kekal Di Turki, Sertai Istanbul Başakşehir

Pemain tengah pasukan FC Fenerbahce, Mesut Ozil dilaporkan kekal berada di Turki apabila melengkapkan perpindahan ke Istanbul Başakşehir. Perancang berpengalaman berusia 33 tahun itu sebelum ini seringkali memanaskan bangku simpanan pasukan selepas gagal megekalkan tahap kecergasannya dengan baik. Ketua jurulatih pasukan, Jorge Jesus juga difahamkan tidak meletakkan Ozil sebahagian daripada perancangannya di kelab. Oleh yang […]

Mesut Ozil Kini Berada Di Perak

Perancang tengah pasukan Fenerbahce FC, Mesut Ozil dikhabarkan berada di Perak hari ini sambil menunjukkan keberadannya di Masjid Ubudiah, Perak Darul Ridzuan. Menerusi satu hantaran yang di laman rasmi media sosialnya, bekas bintang Real Madrid ini memuat naik satu hantaran berkenaan yang menyatakan kesyukuran apabila diberi kesempatan untuk bertemu dengan hari Jumaat yang penuh barakah. […]

Pertemuan Semula Low-Ozil Di Fenerbahce?

Selepas meletak jawatan sebagai pengurus Jerman pada musim panas 2021 berikutan kekalahan negara itu dalam pusingan ke-16 EURO 2020, Joachim Low menggunakan peluang tersebut untuk berehat dan menilai peluang di pasaran. Beliau berharap dapat mengisi kekosongan jawatan pengurus di England atau Sepanyol. Tetapi portal berita T24 melaporkan Low berkemungkinan bakal mengambil alih jawatan pengurus Fenerbahce […]