Yazan Al-Arab Berjanji Dengan Diri Sendiri

Bekas pemain Selangor FC yang kini beraksi bersama FC Seoul, Yazan Al-Arab menyatakan bahawa beliau telah berjanji dengan diri sendiri sebelum berhijrah ke Korea Selatan. Pertahanan tengah dari Jordan itu menjadi nadi terpenting FC Seoul di bahagian pertahanan dan telah merekodkan 10 penampilan sejak menyertai kelab tersebut pada Julai lalu. Kini Yazan mahu memberikan fokus […]
Jesse Lingard Geram Dengan Kualiti Padang Di Liga Korea

Bekas bintang Manchester United, Jesse Lingard menjadi pemain terbaru yang berang dengan kualiti padang Stadium Piala Dunia Seoul. Kritikan pemain sayap berusia 31 tahun itu timbul selepas aksi terbaru K-League 1 antara FC Seoul dan Suwon FC di stadium berkenaan pada 29 September lalu. Seoul meraih kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan tunggal penyerang Jerman, Stanislav […]
Yazan Al-Arab Disambar Gergasi Korea Selatan

Bekas pemain Selangor FC yang juga pemain skuad kebangsaan Jordan, Yazan Al-Arab dijangka bakal menyertai sebuah kelab gergasi Korea Selatan. Menerusi satu hantaran daripada Korea Football News di laman X, kelibat Yazan semakin hampir dapat disaksikan dalam saingan liga utama Korea Selatan dengan menyertai FC Seoul. “FC Seoul bersedia untuk mengumumkan kehadiran pemain pertahanan pasukan […]
Yazan Al-Arab Diintai Kelab Besar Korea Selatan?

Nama bekas bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab kini menjadi sebutan dalam arena bola sepak Korea Selatan. Ini selepas Korea Football News mendedahkan FC Seoul dilaporkan mahu mendapatkan bek tengah Jordan berusia 28 tahun itu. Seoul yang dibimbing jurulatih, Kim Gi-dong dikatakan berminat mendapatkan Yazan bagi menambah baik barisan pertahanan mereka yang kerap dibolosi pihak […]
Jurulatih Seoul Mengamuk Lihat Sikap Jesse Lingard

Kehadiran Jesse Lingard ke FC Seoul menerima pelbagai reaksi terutamanya penyokong bola sepak di Korea Selatan. Terkini, giliran Jurulatih FC Seoul, Kim Gi-dong meluahkan isi hatinya selepas melihat aksi Lingard yang seperti tidak bersungguh-sungguh. Lingard yang dibawa masuk sebagai pemain gantian pada aksi Liga K1 menentang Jeju United semalam gagal menyerlah dan membuatkan jurulatihnya kurang […]
50 Ribu Orang Korea Berkerumun Saksikan Jesse Lingard

Hampir 50 ribu orang Korea berkerumun di Stadium Seoul untuk menyaksikan kelibat pemain terkenal, Jesse Lingard sewaktu FC Seoul menentang Incheon. Populariti luar biasa Jesse Lingard telah berjaya menarik ribuan peminat bola sepak di Korea Selatan untuk hadir ke stadium dan turut memenuhi gerai jualan kelab. Walaupun Jesse Lingard telah melakukan debut pertamanya bersama FC […]
Debut Jesse Lingard Di Liga Korea Ditimpa Malang

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard melakukan debut di Korea Selatan dengan langkah kiri setelah lebih 6 bulan bergelar ejen bebas. Jesse Lingard menyarung jersi FC Seoul buat kali pertama sewaktu menentang Gwangju apabila masuk selaku pemain gantian pada minit ke-77 menggantikan Kim Gyeong-Min. FC Seoul ketika itu ketinggalan 0-1 ditangan tuan rumah dan kemasukan […]
FC Seoul Mula Terkesan Dengan Kehadiran Jesse Lingard

Bekas bintang Manchester United, Jesse Lingard dilihat sudah mula memberikan impak segera kepada pasukan baharunya, FC Seoul. Menerusi ciapan wartawan Korea Selatan, Lee Sungmo, tiket perlawanan melibatkan pasukan baru Lingard iaitu FC Seoul telah pun habis dijual dalam masa yang singkat. Tiket perlawanan pertama pasukan baru Jesse Lingard, FC Seoul untuk musim baharu telah habis […]
Jesse Lingard Beri Sebab Pilih Beraksi Di Korea Selatan

Bekas pemain kebangsaan England, Jesse Lingard menjelaskan sebab beliau memilih untuk beraksi di Asia bersama FC Seoul bagi musim baharu ini. FC Seoul baru sahaja mengumumkan kedatangan Jesse Lingard di laman Instagram semalam. Pemain berusia 31 tahun itu akui menerima tawaran daripada beberapa kelab. Namun, kesemuanya hanya memberi tawaran secara lisan. Beliau mendedahkan bahwa hanya […]
Jesse Lingard Sertai Kelab Gergasi Korea

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard sah sertai kelab gergasi Korea, FC Seoul yang beraksi dalam saingan K League 1. Perkara ini diumumkan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang menyatakan bahwa pemain kebangsaan England itu baru sahaja selesai ujian kesihatan semalam. Pengumuman rasmi bakal dibuat tidak lama lagi. Difahamkan, kelab gergasi Korea, FC Seoul […]
Jesse Lingard Bakal Pecah Rekod Gaji Di Liga Korea

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard dilaporkan bakal beraksi di liga utama Korea Selatan bersama kelab FC Seoul. Malah pemain berusia 32 tahun itu juga bakal muncul pemain dengan gaji tertinggi dalam liga berkenaan berdasarkan perkongsian media bola sepak Korea. Jesse Lingard dijangka tiba di Korea Selatan pada hari Isnin ini untuk menandatangan kontrak bersama […]
Osmar Barba Sah Kekal Di Seoul

Hasrat peminat bola sepak Malaysia melihat Osmar Barba mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) tidak kesampaian hari ini. Ini selepas bek tengah veteran Sepanyol itu mengesahkan perpindahannya ke kelab K-League 2, Seoul E-Land. Perpindahan itu diumumkan kelab berkenaan di Instagram rasmi mereka. Sebelum ini, Barba merupakan legenda bagi kelab FC Seoul. Sepanjang sembilan tahun bersama […]
Asnawi Mangkualam Tinggalkan Liga Korea?

Asnawi Mangkualam sah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab K-League 2, Jeonnam Dragons. Ini disebabkan kontrak bek kanan utama Indonesia itu dengan kelab berkenaan bakal berakhir pada malam ini. Menjelang 1 Januari 2024, Asnawi bergelar ejen bebas dan boleh mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya. Sebagai tanda penghargaan kepada kelab itu, beliau memuatnaik […]
Osmar Barba Hampiri Perpindahan Ke Seoul

Hajat peminat bola sepak negara melihat Osmar Barba beraksi di Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan tidak kesampaian. Ini kerana legenda FC Seoul itu bakal mewarnai saingan K-League 2 pada musim 2024. Sports Chosun melaporkan kelab K-League 2 yang berpangkalan di Seoul, Seoul E-Land semakin hampir untuk memuktamadkan perpindahan tersebut. Barba ketika ini sedang […]
Media Korea Bocorkan Berita Perpindahan Bintang Baharu Kedah

Salah sebuah media di Korea telah pun membocorkan berita perpindahan seorang bintang FC Seoul, Osmar Barba yang difahamkan bakal menyertai Kedah Darul Aman bagi musim 2024. Pemain kelahiran Sepanyol itu merupakan bintang utama buat kelab Korea itu yang telah menamatkan saingan di tangga ke-7 musim ini. Bekas bintang Buriram United itu dilaporkan sudah mengucapkan selamat […]
K-League 1: Pendahulu Liga, Ulsan Hyundai ‘Dirantai’ FC Seoul

Hasrat pendahulu K-League 1, Ulsan Hyundai melebarkan kelebihan di persada liga tidak kesampaian apabila diikat 2-2 oleh FC Seoul hari ini. The Tigers dianggap pilihan utama untuk perlawanan ini memandangkan mereka mendahului liga dengan 60 mata, 18 mata di hadapan Seoul. Begitupun, status tersebut langsung tidak mengganggu Seoul sebagai tuan rumah. Malah, mereka membuka tirai […]