Fandi Harap Lucas Silva Kembali Perkuat Sri Pahang

Ketika ini Kpah Sherman menjadi sandaran utama Sri Pahang dalam memburu gol. Tetapi bagi jurulatih mereka, Fandi Ahmad, beban yang ditanggungnya sebagai penjaring gol dapat dikurangkan dengan kehadiran semula Lucas Silva. Bekas penyerang Penang itu sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan semasa pra-musim. Bagaimanapun, Fandi mahu Silva kembali cergas sepenuhnya sebelum dapat diturunkan dalam […]
Liga Super: Fandi Tetap Terkilan Walaupun Sri Pahang Belum Tewas Musim Ini

Sri Pahang mengharungi musim 2023 yang boleh dikatakan cukup baik setakat ini apabila belum tewas dalam lima perlawanan Liga Super dan enam perlawanan secara keseluruhan termasuk Piala FA. Skuad kendalian Fandi Ahmad menang tiga dan seri tiga, dan itu adalah permulaan terbaik buat skuad tok gajah sejak tahun 2019. Terbaru, mereka menewaskan Perak dengan keputusan […]
Fandi Sedikit Terkilan Peluang Yang Tidak Dimanfaatkan Sri Pahang

Walaupun berpuas hati dengan keputusan seri yang diraih ketika menentang Sabah, pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui sedikit terkilan dengan kegagalan pemainnya menyempurnakan peluang di depan gol. Sri Pahang bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat seri 1-1 menerusi jaringan Kpah Sherman, namun boleh dikatakan untuk hampir keseluruhan permainan ia adalah milik Sabah yang lebih banyak mencipta […]
Fandi Ahmad Puji Permainan Bertenaga Perak, Anggap Bryan Tee Luar Biasa

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad memberi kredit kepada barisan pemainnya atas kesungguhan ditunjukkan ketika bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perak 2-1 dalam aksi pusingan pertama Piala FA, pada Rabu. Dalam masa sama, jurulatih kelahiran Singapura itu turut memuji skuad muda Perak kendalian Lim Teong Kim yang tampil bertenaga untuk memberi tentangan sengit kepada pasukannya. Beliau […]
Fandi Ahmad Jelaskan Sebab Terpaksa Main Ultra-Defensif Lawan Selangor

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad menjelaskan sebab di sebalik permainan ultra-defensif pasukannya ketika seri 1-1 menentang Selangor pada Ahad. Dalam perlawanan di Stadium MBBJ itu, Sri Pahang terlepas peluang untuk membawa pulang tiga mata, setelah dikecewakan jaringan penyamaan lewat permainan oleh Brendan Gan. Mereka terlebih dahulu di depan pada minit ke-74 menerusi Stefano Brundo, tetapi […]
Fandi Ahmad: “Kita Akan Bermasalah Jika Jumpa Pasukan Lebih Baik”

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pasukannya meskipun berjaya meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Kelantan pada Khamis lalu. Menganggap ia kemenangan penting, jurulatih kelahiran Singapura itu bagaimanapun berkata dia cuma berpuas hati dengan aksi ditunjukkan di separuh masa pertama, yang mana kesemua empat gol dijaringkan menerusi Kpah […]
Sri Pahang Sempat Sambar Dua Bintang Korea Sebelum Tamat Jendela Perpindahan?

Dengan tetingkap perpindahan Liga Malaysia (Liga M) bakal ditutup tidak lama lagi, pasukan-pasukan perlu bergegas mendapatkan pemain sasaran mereka. Dan Sri Pahang sempat menambah awang import mereka dengan menyambar dua pemain Korea. Hal ini disahkan oleh jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi selepas perlawanan Liga Super Negeri Sembilan-Pahang di […]
Fandi Ahmad: “Empat atau Enam Import Bukan Pengukur Kekuatan”

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad tidak bersetuju jika pasukannya dikatakan mempunyai kelebihan apabila turun berdepan Negeri Sembilan di Paroi dalam aksi pembukaan Liga Super 2023 pada Ahad. Negeri Sembilan yang mencuri tumpuan dengan menduduki tangga keempat musim lalu, kali ini hilang beberapa pemain tonggak termasuk penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi, pertahanan Khuzaimi Piee serta penjaring […]
Irfan Fandi Hadir Saksikan Latihan Sri Pahang

Pertahanan tengah pasukan kebangsaan Singapura, Irfan Fandi menjadi bualan hangat para peminat susulan kelibatnya dikesan dalam latihan Sri Pahang. Pemain berusia 25 tahun itu kini berkelana di Liga 1 Thai bersama penyandang juara, BG Pathum United dan menjadi tonggak utama pasukan di sana. Beliau yang juga merupakan anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad […]
Fandi Ahmad Rasmi Jurulatih Baharu Sri Pahang

Sebagai tanda Sri Pahang mahu bangkit selepas kempen hambar dalam Liga Malaysia musim lepas, mereka telah mendedahkan identiti jurulatih baru mereka iaitu legenda Singapura, Fandi Ahmad. Sebelum ini, sudah ada ura-ura menyatakan penasihat teknikal skuad Tok Gajah itu telah dipilih untuk mengisi jawatan tersebut. Ini selepas beliau dilihat muncul dalam sesi latihan pertama pasukan itu […]
Ilhan Fandi Alami Kecederaan ACL

Bintang muda sensasi Singapura, Ilhan Fandi bakal terlepas musim panjang apabila beliau disahkan mengalami l koyakan penuh pada ligamen anterior cruciate (ACL) di lutut kirinya dan akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Penyerang berusia 20 tahun ini tidak bernasib baik apabila terpaksa diusung keluar ketika membantu pasukannya mencatat keputusan seri berdepan Vietnam. Ilhan yang menjadi […]
Fandi Ahmad Anggap Bojan Hodak Sebagai Kunci Kejayaan

Bekas penyerang Kuala Lumpur, Fandi Ahmad mempunyai keyakinan tinggi KL City ada segala ramuan yang diperlukan untuk mencipta sejarah menjuarai Piala AFC 2022. Skuad warga kota akan turun menentang kelab dari Oman, Al Seeb dalam aksi final pada Sabtu, dan walaupun bermain di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil, ramai beranggapan KL City adalah […]
Fandi Ahmad Bakal Kemudi Sri Pahang Musim Hadapan?

Pengarah teknikal Sri Pahang FC, Fandi Ahmad dilaporkan bakal mengambil alih pauskan bagi saingan Liga Super musim hadapan. Bekas bintang bola sepak Singapura itu ketika ini memberi impak yang cukup besar buat pasukan kendalian Dato’ Dollah Salleh apabila mereka mempamerkan kebangkitan sejak kebelakangan ini. Fandi berjaya memacu persembahan konsisten Sri Pahang yang kini bangkit untuk […]
Dato’ Dollah Akui Fandi Ahmad Banyak Bantu Kembalikan Kekuatan Sri Pahang

Ketua jurulatih Sri Pahang, Dato’ Dollah Salleh mengakui kedatangan penyerang legenda Fandi Ahmad itu banyak membantu mengembalikan kekuatan serta kebangkitan Sri Pahang. Beliau menjelaskan permainan kelmarin banyak perkara yang dipelajari dan apa yang direncanakan bersama semua jurulatih diberi kepada Fandi untuk merancang persediaan yang lebih rapi untuk pasukan Sri Pahang FC mengharungi saingan. Fandi yang […]
Fandi Ahmad: Nilai Komersial Liga-M Bakal Meningkat Naik

Legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad menyifatkan nilai komersial Liga Malaysia bakal melonjak naik sekali gus akan memberi keistimewaan kepada pasukan itu lebih dinamik dan berdaya saing. Beliau menjelaskan cara itu sudah lama diterapkan banyak negara kerana mereka lihat maklum balas yang sangat positif dalam bola sepak. Fandi juga akui ia tidak mudah dilakukan untuk […]
Fandi Ahmad Terajui Sri Pahang?

Selepas Crhristophe Gamel semakin hampir meninggalkan Sri Pahang, beberapa nama mula dikaitkan untuk mengendalikan skuad yang digelar Tok Gajah itu. Terkini, dua pengendali dari Singapura iaitu Fandi Ahmad dan V. Sundramoorthy dikatakan akan mengendalikan pasukan Sri Pahang. Perkara ini disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melalui satu ciapan di laman twitter milik beliau. […]