Padang SNBJ Bersedia Bagi Aksi Pestabola Merdeka

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi jaminan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh digunakan untuk aksi Pestabola Merdeka 2024 pada bulan hadapan. Perkara ini dinyatakan sendiri Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed bila ditanya tentang keadaan padang untuk kejohanan berprestij berkenaan. Kebimbangan ini timbul selepas isu padang SNBJ merencatkan kualiti beberapa aksi berprofil tinggi […]
Sabah Bakal Dihukum FAM

Sabah FC bakal dihukum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas pasukan itu disahkan tidak hadir dalam satu aksi Piala Belia tempoh hari. Sabah yang dijadualkan bertemu Kuala Lumpur City FC pada Sabtu tidak menghadiri perlawanan dan kemenangan 3-0 diberikan kepada KL City di atas ketidakhadiran pihak lawan. Namun begitu, hukuman yang dikenakan ke atas Sabah akan […]
FAM Beri Sebab Mengapa Ultras Malaya Tak Patut Boikot Pestabola Merdeka

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) beranggapan Ultras Malaya tidak sepatutnya melancarkan boikot ke atas kejohanan Pestabola Merdeka 2024. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berharap Ultras Malaya dan kumpulan-kumpulan penyokong dapat hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan buat skuad kebangsaan. Dalam masa yang sama, sokongan daripada penyokong sangat diperlukan lebih-lebih lagi Pestabola […]
Tawaran Menarik Harga Tiket Kombo Pestabola Merdeka

Pestabola Merdeka edisi 2024 menyaksikan tawaran tiket kombo dengan harga yang menarik telah diperkenalkan. Kejohanan pada edisi kali ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan disertai oleh 4 buah negara iaitu Malaysia, Filipina, Lubnan dan juara bertahan, Tajikistan. Bagi menambah kerancakan edisi 2024, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan inisiatif tiket kombo […]
“Tak Ada Alasan Malaysia Tak Jadi Juara” – FAM

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamad berpandangan skuad negara perlu mengejar gelaran juara Pestabola Merdeka 2024. Perkara ini dinyatakan beliau dalam sidang media selepas majlis cabutan undi pasukan Pestabola Merdeka 2024 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 6 Ogos lalu. Skuad negara yang ketika itu dibimbing Kim Pan-gon terpaksa […]
Malaysia Hilang Aura Kim Pan-gon? FAM Beri Jawapan

Kehilangan Kim Pan-gon sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya mungkin akan memberikan aura yang sedikit berbeza berbanding perlawanan skuad kebangsaan sebelum ini. Namun bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ianya tidak akan merubah apa-apa selepas barisan kejurulatihan yang ada kini masih sama seperti ketika Kim Pan-gon menjadi ketua jurulatih. Perkara itu dijawab oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk […]
FAM Anggap Keputusan Nazmi Nasaruddin Tepat

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap keputusan pengadil, Nazmi Nasaruddin ketika mengendalikan aksi Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tepat. Oleh yang demikian, FAM meminta agar semua pihak terutamanya penyokong untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh seseorang pengadil dan tidak membuat komen mengikut emosi. Peminat juga perlu memahami undang-undang bola sepak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa […]
Harimau Malaya Bakal Uji Taring Negara Piala Dunia

Harimau Malaya kini selangkah untuk menguji kekuatan negara Piala Dunia. Perlawanan ini juga bakal menjadi antara ujian awal buat skuad kendalian Pau Marti Vicente yang kini mengambil alih tugas bersama skuad kebangsaan. Beberapa perlawanan persahabatan difahamkan akan diadakan sebagai persiapan pasukan kebangsaan menjelang sepak mula Piala AFF 2024. Ujian sulung bekas pengendali Akademi Barcelona itu […]
FAM Hantar Surat Pertuduhan Kepada Sony Norde

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah menghantar surat pertuduhan kepada pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde. Surat pertuduhan tersebut telah dihantar kepada kapten pasukan Kedah itu selepas pemain itu secara lantang mengkritik mutu pengadilan pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara tersebut […]
Kim Pan-gon Letak Jawatan, FAM Tak Kenakan Penalti

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak perlu bimbang dengan isu pampasan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Isu pampasan timbul apabila Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi mendedahkan jurulatih berusia 55 tahun itu berkemungkinan perlu membayar pampasan lebih RM3 juta kepada badan induk itu. Ini disebabkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih […]
Pengganti Kim Pan-gon? Ini Jawapan FAM

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi memaklumkan badan induk itu belum memikirkan usaha mencari pengganti Kim Pan-gon. Bekas pengendali Harimau Malaya itu mengumumkan perletakan jawatannya dalam satu sidang media khas yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 16 Julai lalu. Keputusan yang dibuat beliau mengejutkan ramai penggiat […]
FAM Akur Gagal Pujuk Kim Pan-gon

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi mengakui pihaknya dan beberapa individu lain sudah cuba memujuk Kim Pan-gon untuk kekal namun tidak berjaya. Yusoff juga dalam masa yang sama menganggap kehilangan Kim Pan-gon sebagai jurulatih skuad kebangsaan adalah sangat dirasai memandangkan jurulatih dari Korea Selatan itu telah melakukan kerja dengan […]
Berbincang Dengan FAM? Ini Respon Kobe Chong

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong telah berkongsi responnya mengenai desas-desus perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Beliau ketika ditemui oleh Keesh Sundaresan di Stadium Astro memberitahu bahawa beliau cukup teruja berada di Malaysia. Pemain berusia 22 tahun itu difahamkan pulang untuk melengkapkan dokumentasinya selain melihat peluang untuk beraksi bersama kelab di Liga Super Malaysia. Kobe […]
Hamidin Sedia Mengadap Sultan Selangor

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan beliau bersedia menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Pada 25 Jun lalu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menjatuhkan hukuman berat ke atas Selangor FC selepas menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih 2024. Antara hukuman yang perlu dilalui […]
Pengganti Shahril Mokhtar Dalam FAM? Ini Penjelasan Hamidin

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjawab mengenai pengganti Exco FAM, Datuk Seri Shahril Mokhtar. Baru-baru ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya dalam FAM. Hamidin ketika ditemui dalam majlis Liga Wanita Nasional memberitahu bahawa beliau sudah menerima surat peletakan jawatan Shahril Mokhtar. “Semalam […]
Fasa 1 Pusat Latihan Kebangsaan Dijangka Siap 2026, Telan Belanja RM69 Juta

Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) yang menelan belanja sebanyak RM69 juta dijangka bakal siap dalam fasa pertama pada tahun 2026. Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, projek NTC bagi fasa 1 terdiri daripada tiga buah padang yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan kerja-kerja pelaksaan telah pun bermula oleh syarikat tempatan pada Jun […]