FAM Rehatkan Pengadil Aksi Perak vs JDT

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan merehatkan pengadil dan pegawai VAR aksi Liga Super membabitkan Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Keputusan ini diumumkan oleh Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram. Ini selepas Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil memuktamadkan analisis dua insiden dalam perlawanan tersebut. Dua insiden tersebut ialah insiden […]
FAM Puji Prestasi Membanggakan Futsal Malaysia

Skuad futsal kebangsaan menerima pujian oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah berjuang di AFF Futsal Championship yang lalu. Pada kejohanan yang berlangsung di Thailand itu, pasukan negara mengakhiri cabaran di peringkat kumpulan setelah berada di kedudukan ketiga kumpulan A dengan enam mata. Anak didik Rakhpol Sainetngam bermula baik apabila tampil cemerlang membelasah Brunei 11-0 […]
FAM Pertimbang Ambil Tindakan Insiden Arif Aiman & Tommy Mawat

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mengambil tindakan ke atas Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada berhubung insiden perbalahan yang berlaku pada 10 November lalu. Aksi Liga Super membabitkan Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) panas apabila kedua-dua pemain tersebut berbalah pada minit ke-82. Gelagat Arif yang dikesan menumbuk Tommy menjadi bualan hangat […]
“Ada 6 Tahun Lagi Lihat Kejayaan Peta Hala Tuju F:30” – FAM

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram melihat masih ada enam tahun untuk melihat kejayaan peta hala tuju F:30. F:30 secara ringkas merujuk kepada pelan strategik yang dirangka FAM dengan matlamat menjadi lima pasukan terbaik Asia menjelang 2030. Pelan ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pertama (2019-2022), fasa kedua (2023-2026) dan […]
FAM Letak Harapan Besar, Malaysia Gah Di Kejuaraan Futsal ASEAN

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Rosmadi Ismail percaya skuad futsal negara mampu menyerlah dalam Kejuaraan Futsal ASEAN 2024. Selepas terkandas di peringkat kumpulan untuk edisi 2022, Malaysia berharap dapat bangkit untuk edisi 2024. Pasukan itu berada dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Vietnam, Timor Leste dan Brunei. Meskipun menyedari cabaran hebat yang […]
Tunku Ismail: Saya Tak Sertai FAM, FAM Sertai Saya

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan tentang kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Peminat meletakkan harapan besar kepada DYAM Tunku Ismail untuk kembali memegang tampuk kepimpinan pasukan kebangsaan. Hal ini susulan perkembangan memberangsangkan oleh negara jiran terutamanya Timnas Indonesia yang kini menapak gagah sebagai […]
FAM Tunggu Kajian AFC Terhadap AMD & NFDP

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menunggu terlebih dahulu hasil kajian berkenaan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP). Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meminta Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menilai semula keberkesanan NFDP. Penilaian tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen […]
“Peta Hala Tuju F:30 Tak Gagal, Ada Lagi 6 Tahun” – FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menganggap bahawa peta hala tuju F:30 tidak gagal sebaliknya masih mempunyai waktu. Perkara ini disuarakan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram mengenai kegagalan kedua-dua skuad remaja itu tidak menjadi kayu ukur bahawa Peta Hala Tuju F:30 gagal sepenuhnya. FAM bagaimanapun mengakui kegagalan skuad B-16 dan B-19 kebangsaan pada […]
FAM Hormat Keputusan Christopher Raj

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghormati keputusan peletakan jawatan yang dibuat pengurus pasukan Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17), Christopher Raj. Christopher memilih mengundur diri sebagai pengurus skuad muda negara selepas Malaysia gagal layak ke Piala Asia B-17 2025. Malaysia terlepas peluang layak selaku naib juara terbaik Kumpulan H apabila sekadar seri 2-2 dengan Laos dalam […]
Tunku Ismail & FAM Bincang Langkah Pembangunan Bola Sepak Malaysia

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin berkenaan langkah pembangunan bola sepak. Pertemuan ini turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Pertemuan empat figura ini diadakan pada 23 Oktober lalu. Hannah memaklumkan semua idea dan pandangan […]
FAM Sedia Bayar RM200,000 Buat Jurulatih Baharu Harimau Malaya

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sanggup berbelanja besar sehingga RM200,000 untuk mendapatkan jurulatih baharu Harimau Malaya. Pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon menyaksikan posisinya digalas oleh Pau Marti Vicente yang berjaya menjulang Pestabola Merdeka 2024. FAM menerusi satu kenyataan oleh Presidennya iaitu Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa beliau sedia mencari pengganti yang lebih […]
4 Calon Senarai Pendek Ketua Jurulatih Harimau Malaya

4 calon telah disenarai pendek sebagai barisan akhir yang berpotensi untuk mengemudi Harimau Malaya. Skuad negara kini dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti berjaya memperagakan aksi cemerlang selepas muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Malaysia menundukkan Lubnan 1-0 hasil jaringan Romel Morales untuk muncul juara selepas berduka pada edisi lalu. Perkara ini dikongsikan oleh Timbalan Presiden […]
Berita Palsu Menggunakan Nama MakanBola, Tindakan Undang-undang Akan Diambil

MakanBola tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menaburkan berita palsu menggunakan nama syarikat. Baru-baru ini, tular berita palsu mengenai identiti pemain yang tidak dikenali yang didakwa bakal memperkuat Malaysia. Laporan tersebut bersifat palsu selepas menggunakan logo syarikat MakanBola dengan berita tersebut bukan daripada sumber asal portal kami. Identiti palsu yang direka dengan […]
FAM Sahkan Posisi Ketua Jurulatih Malaysia Jadi Rebutan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan posisi selaku ketua jurulatih Harimau Malaya kini menjadi rebutan beberapa nama. Jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan kini dipegang oleh Pau Marti yang mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Kim Pan-gon sejak Julai yang lalu. Di bawah bimbingan Pau Marti, skuad negara telah meraih gelaran juara di kejohanan Pestabola Merdeka […]
“Skuad Senior Atau B-23, FAM Belum Putuskan” – Noor Azman

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman memaklumkan badan induk itu belum memutuskan pasukan mana yang akan dihantar ke ASEAN Championship 2024. Sebelum ini, beberapa pihak mencadangkan pasukan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dihantar beraksi dalam kejohanan berprestij dwitahunan itu. Ini kerana ini bukan saja peluang buat anak buah Juan Torres […]
FAM Letak Syarat Ketat Pemain Warisan Sertai Harimau Malaya

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan syarat ketat pemain warisan yang bakal mewakili Harimau Malaya. Hasrat skuad kebangsaan untuk mendapatkan pemain warisan baharu tidak kesampaian baru-baru ini selepas tonggak Go Ahead Eagles, Mats Deijl tidak melepasi syarat FIFA untuk mewakili Malaysia. Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi berkenaan penekanan yang […]