Negeri Sembilan & Mika Junco Berpisah, Pengganti Sudah Dalam Perjalanan

Negeri Sembilan dan penyerang import, Mika Junco secara rasmi telah berpisah dan dikhabarkan pengganti beliau sudah pun berada dalam perjalanan. Pada Sabtu, Negeri Sembilan mengumumkan perpisahan dengan Mika Junco dalam satu hantaran di media sosial setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak. Peledak kelahiran Sepanyol itu hanya menyumbang satu jaringan sepanjang lapan penampilan bersama skuad […]
Pemain Negeri Sembilan Bakal Dipinjamkan Ke Kelab Luar Negara

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus mendedahkan pemain pasukan itu bakal dipinjamkan kepada sebuah pasukan yang berpangkalan di luar negara. Perkara ini dinyatakan sendiri Faliq menerusi satu ciapan di X pada 14 Julai lalu. Beliau memaklumkan ini sebahagian daripada strategi jangka panjang Negeri Sembilan untuk meningkatkan kualiti pasukan itu. Strategi ini tidak […]
Pasukan Muda Negeri Sembilan Bakal Peroleh Venue Baru

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus membawa berita gembira buat skuad muda Rusa. Beliau memaklumkan skuad Negeri Sembilan Bawah 18 Tahun (B-18) bakal menggunakan Stadium Mini Kuala Pilah sebagai gelanggang tuan rumah mereka. Ini merupakan sebahagian daripada jalinan kerjasama antara pengurusan skuad Rusa dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP). Ini selepas gawang […]
“15 Tahun Tak Tukar Kelab, Legenda Negeri Sembilan Yang Sebenar”

Negeri Sembilan FC kehilangan khidmat seorang legenda selepas beliau mengumumkan persaraannya hari ini. Legenda yang dimaksudkan ialah penjaga gol, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman. Kaharuddin atau mesra dipanggil Kahar memilih untuk menggantung but pada usia 32 tahun selepas bersama skuad Rusa selama 15 tahun. Sepanjang bersama Negeri Sembilan, beliau telah menggondol dua Piala Malaysia, satu Piala […]
Akram Mahinan: Boleh Panggil & Bincang Baik-Baik

Pemain tengah Terengganu FC, Akram Mahinan menyifatkan situasi antara Zaquan Adha Abdul Radzak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus boleh saja diselesaikan dengan baik. Ini selepas beliau mengulas kemelut yang melanda dua figura itu menerusi akaun X semalam. Kemelut Zaquan dan Faliq tercetus apabila pertanyaan penyerang berusia 37 tahun itu tentang […]
Faliq Firdaus Jawab Kenyataan Tak ‘Layan’ Zaquan Adha

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus menafikan beliau tidak melayan pertanyaan yang dibuat penyerang veteran, Zaquan Adha Abdul Radzak. Kenyataan ini dibuat bagi membalas bidasan yang dibuat penyerang berusia 37 tahun itu di Instagram Story baru-baru ini. Dalam hantaran tersebut, Zaquan mendakwa Faliq enggan membalas pertanyaannya dan disifatkan cuba lari daripada berlaku […]
CEO Negeri Sembilan Senaraikan 5 Sebab Kontrak Zaquan Adha Tidak Disambung

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus baru-baru ini telah menyenaraikan lima sebab utama mengapa Negeri Sembilan tidak menyambung khidmat penyerang veteran, Zaquan Adha Abd Radzak bagi mengharungi saingan Liga Super musim baharu. Faliq berpendapat faktor umur Zaquan yang menjangkau ke angka 37 tahun dan juga rekod kecederaan Zaquan yang serius merupakan dua […]
Faliq Firdaus Dilantik CEO Termuda Di Liga Super Bersama Negeri Sembilan

Susulan prestasi kurang memberangsangkan Negeri Sembilan FC untuk musim 2023, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengumumkan rombakan ke atas struktur pengurusan pasukan itu. Semalam, PBNS mengumumkan Setiausaha Eksekutif PBNS, Faliq Firdaus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan yang baru. Beliau dibawa masuk menggantikan CEO pasukan sebelumnya, Satwant Singh. Perlantikan ini menjadikan Faliq sebagai […]