Tunku Ismail Jawab Tuduhan Kes Akhyar Rashid, Faisal Halim & Safiq Rahim

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menjawab tuduhan terhadap kes yang melibatkan tiga pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan juga Safiq Rahim. Tular beberapa kejadian yang menimpa pemain negara seperti Akhyar Rashid yang diserang oleh individu misteri dengan menggunakan cota di Terengganu. […]
Kim Pan-gon Jenguk Faisal Halim, Motivasi Makin Meningkat

Susulan pemulihan Faisal Halim menunjukkan kemajuan yang positif, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon melawat beliau di sebuah hospital swasta hari ini. Selepas menjadi mangsa kes simbahan asid baru-baru ini, bintang Selangor FC itu terpaksa mengharungi beberapa pembedahan bagi membantu proses pemulihannya. Kini, proses pemulihan Faisal berjalan lancar termasuk dipindahkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) […]
Giliran CEO Selangor Terima Ugutan Bakal Senasib Faisal Halim

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon difahamkan telah menerima ugutan bakal menjadi mangsa simbahan asid seterusnya. Perkara ini dilaporkan oleh Malaysiakini tentang perkembangan pasukan The Red Giants seminggu selepas insiden yang melibatkan pemain sayap pasukan, Faisal Halim yang disimbah asid. Beliau dan juga beberapa pegawai Selangor FC yang lain telah menerima […]
Faisal Halim Jumpa Anak-Anak, Berselera Makan Ayam Penyet

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menunjukkan perkembangan positif sehingga hari ini. Umum mengetahui bahawa beliau diserang oleh individu misteri yang menyimbah asid sehingga menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat. Beliau kini menerima rawatan di salah sebuah hospital Shah Alam dan sudah pun menjalani beberapa pembedahan. Perkembangan terbaru menyaksikan tonggak Harimau Malaya itu menunjukkan […]
Faisal Halim Dipindahkan Ke Wad Biasa, Boleh Keluar Selepas 14 Hari

Peminat Selangor FC ceria apabila pemulihan bintang pasukan itu, Faisal Halim terus menunjukkan perkembangan positif. Sebelum ini, pemain sayap berusia 26 tahun itu terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Petaling Jaya selepas menjadi mangsa kes simbahan asid baru-baru ini. Bagi membantu pemulihan Faisal, beliau turut menjalani beberapa pembedahan termasuk pembedahan […]
Sonny Bill Williams Titip Doa Kepada Faisal Halim

Legenda ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams menjadi individu terbaru yang mendoakan kesejahteraan buat bintang Selangor FC, Faisal Halim. Faisal sebelum ini menjadi mangsa kes simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian di Lembah Klang baru-baru ini. Selepas menjalani beberapa pembedahan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, proses pemulihan beliau berjalan […]
Percakapan Faisal Halim Beransur Pulih, Kini Makin Jelas

Keadaan terkini tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim difahamkan semakin baik terutamanya apabila bercakap dan berkomunikasi. Minggu lalu, Faisal yang sebelum ini ditempatkan di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) dimaklumkan sukar untuk berkomunikasi akibat kecederaan teruk yang dialami ketika menjadi mangsa simbahan asid. Walau bagaimanapun, semakin hari, Faisal terus menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani […]
Selangor Tak Mahu Pertikai Kemenangan JDT

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC menerima kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan hati yang terbuka. Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yakin segala keputusan yang diambil oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) adalah mengikut peraturan yang ditetapkan. The Red Giants telah pun membuat keputusan untuk tidak […]
Emosi Bercampur-Baur Lihat Gol Faisal Halim Kembali Jadi Sebutan Asia

Detik gol yang dijaringkan oleh pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim kembali menjadi sebutan orang Asia. Laman AFC Asian Cup kembali membuat ulang tayang mengenai aksi antara Malaysia dan Korea Selatan dalam pertemuan di Piala Asia B-23. Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya mencipta kejutan untuk mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Menerusi […]
Paulo Josue Dedikasikan ‘Siuu’ Kepada Faisal Halim

Kapten KL City FC, Paulo Josue mencuri tumpuan peminat bola sepak dengan melakukan keraian gol Siuu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Josue mengetuai barisan pemain The City Boys yang turun berentap dengan Kuching City FC untuk aksi pertama Liga Super 2024/25. Meskipun kehilangan Kamal Azizi Mohamad Zabri pada minit awal permainan kerana kecederaan […]
Faisal Halim Selesai Jalani Pembedahan Implan Kulit

Perkembangan terkini membabitkan bintang bola sepak Selangor, Faisal Halim yang dilaporkan telah selesai menjalani satu lagi pembedahan. Menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Yang Berhormat (YB) Najwan Halimi, pembedahan ketiga menerusi prosedur implan kulit yang dirancang sebelum ini telah selesai dengan jayanya. “Alhamdulillah, Faisal telah selamat menjalani pembedahan ketiga tempoh hari menerusi kaedah […]
Andre Onana & Garnacho Doakan Faisal Halim Segera Sembuh

Dua bintang Manchester United, Andre Onana dan Alejandro Garnacho mendoakan kesembuhan segera buat penyerang negara, Faisal Halim. Penjaga gol Manchester United itu mewakili rakan sepasukannya berharap agar Faisal Halim terus kuat dan cekal hadapi cabaran ini. “Kami mendapat berita tentang apa yang terjadi. Kami juga merasainya di sini dan kami menegaskan bahawa kami semua bersama […]
Faisal Halim Sudah Boleh Berjalan, Kini Makin Ceria

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim memberi khabar gembira apabial disahkan kini sudah boleh berjalan. Tonggak penting Harimau Malaya itu menjadi mangsa serangan asid oleh individu yang tidak dikenali beberapa hari lalu sehingga ditempat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Faisal telah menjalani beberapa pembedahan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Perkembangan terbaru dikongsikan oleh […]
Dua ‘Orang Kuat’ Selangor Dipanggil PDRM Beri Keterangan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, memaklumkan sudah menghubungi dua ‘Orang Kuat’ Selangor bagi memberi keterangan lanjut. Dua orang tersebut merupakan ahli pengurusan Selangor FC yang telah menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada individu panggilan tak dikenali. “Semalam kita sudah hubungi dan akan ambil keterangan kedua-dua mereka,” katanya […]
Dr. Zulkifli Kecam Tindakan Simbah Asid, Doakan Faisal Halim Kembali Pulih

Tragedi yang menimpa pemain bola sepak Malaysia, Faisal Halim turut mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al Bakri. Dr. Zulkifli yang merupakan bekas senator Dewan Negara mengucapkan salam takziah buat tonggak utama pasukan Selangor FC itu di atas kejadian ngeri yang dialami pada Ahad lalu. Menerusi hantaran di media sosial rasmi Dr. Zulkifli, […]
Pemulihan Faisal Halim Kini Memasuki Fasa Baharu

Pemain kebangsaan Malaysia Faisal Halim yang baru ditimpa tragedi simbahan asid sulfurik kini sedang dalam proses pemulihan yang memasuki fasa baharu. Selepas dilaporkan mengalami kecederaan lecur tahap empat, Faisal terpaksa menjalani tiga peringkat pembedahan. Beliau juga difahamkan bakal menjalani prosedur implan kulit dalam memastikan kecederaan yang dialami selepas disimbah asid berjaya dipulihkan. Menerusi satu kenyataan […]