Piala Malaysia: Selangor Tumbang Di Gelanggang Sendiri Dibaham Terengganu

Perlawanan Piala Malaysia menemukan Selangor FC selaku tuan rumah melayan kunjungan Terengganu FC dalam aksi terakhir kumpulan B. Terengganu selaku pasukan pelawat berjaya menewaskan Selangor dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ sebentar tadi. Pasukan Terengganu dilihat kerap melakukan asakan dalam tempoh 5 minit pertama yang membuatkan benteng Selangor terpaksa bekerja keras […]
Prestasi Cemerlang Faisal Halim Pacu Terengganu Ke Suku Akhir

Pemain sayap lincah pasukan Terengganu FC, Mohd Faisal Halim terus menjadi nadi ketajaman jentera serangan pasukannya apabila beliau mencatat nama selaku penjaring dalam kemenangan besar ke atas pasukan Perak FC baru-baru ini. Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini mengharungi persembahan yang cukup baik pada penampilan pertamanya bersama pasukan kebangsaan dalam dua perlawanan persahabatan bertemu […]
Faisal Halim & Mukhairi Ajmal Dirisik Kelab Sepanyol & Portugal

Menerusi laporan yang dikeluarkan Arena Metro, kedua-dua pemain yang beraksi di Jordan baru-baru ini dirisik kelab berpengkalan di Eropah. Hal ini disahkan oleh ejen Faisal Halim dan Mukhairi Ajmal, Encik Joe dari Estrada Sports Agency. “Ya benar ada ejen dari Eropah (Portugal dan Sepanyol) bertanya mengenai Faisal Halim. Tapi ianya bukan tawaran rasmi, cuma mereka […]
Faisal Halim Akui Simpan Hasrat Bermain Di Luar Negara

Pemain sayap Harimau Malaya, Mohd Faisal Halim mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk beraksi di luar Malaysia dalam usaha untuk mengembangkan lagi bakatnya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional yang berjaya . Menurut kenyataan oleh Zulhelmi Zainal Azam, pemain sayap lincah itu sudah menyatakan bahawa beliau sebenarnya dihubungi ejen daripada Sepanyol dan Portugal. Ini […]
Faisal Halim Realisasikan Impian Dengan Aksi Tak Reti Penat Bertemu Jordan

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Mohd Faisal Halim menampilkan persembahan yang cukup mengagumkan sungguhpun pasukan negara tewas kepada Jordan dengan keputusan 4-0. Pemain kelahiran Pulau Pinang ini nyata memanfaatkan peluang yang telah diberikan oleh jurulatih negara, Tan Cheng Hoe yang memberikan sepenuhnya kepercayaan buatnya untuk membarisi kesebelasan utama pasukan. Beliau menggalas tanggungjawab sebagai pemain sayap […]
Kelincahan Faisal Halim Kunci Keangkuhan Terengganu FC

Pemain bertubuh kecil, Mohd Faisal Halim berjaya membantu Terengganu FC mencatat kemenangan kedua dalam saingan Piala Malaysia tempoh hari. Aksi cemerlang pasukan Terengganu FC dalam perlawanan itu menatijahkan kemenangan 2-1 keatas Selangor FC. Dalam perlawanan tersebut, Faisal banyak melakukan larian-larian pantas ketika mengasak kubu lawan. Bermain di posisi sayap, Faisal dilihat cukup selesa setiap kali […]
Rahmat Makasuf Layak Digelar ‘Super Sub’ Terengganu FC Musim Ini

Prestasi Rahmat Makasuf bersama Terengganu FC dalam saingan Liga Super tahun ini layak diberikan pujian setelah pemain tersebut berjaya mencetak 3 gol dan 1 assist. Walaupun kehadiran Faisal Abdul Halim sedikit menggugat posisi Rahmat pada musim ini, pemain ini tetap mampu mempamerkan aksi cemerlang. Pemain yang bakal menginjak usia 24 tahun pada 28 September ini […]
“Hang Pijak Kaki Aku Sakit Tau” – Seloroh Syazwan Kepada Faisal Halim

Baru-baru ini, kancah Liga Super Malaysia kecoh dengan isu yang melibatkan dua pemain tempatan, Faisal Halim dan Syazwan Zainon ketika pertembungan antara Kedah FC menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Sungguhpun perlawanan tersebut hangat apabila Terengganu gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada pasukan pelawat. Insiden kasar mengasari […]
Duo Cilik Terengganu Beri Sinar Baru Buat Harimau Malaya

Aksi cemerlang duo sayap Terengganu FC, Muhd Faisal Halim dan juga Faiz Nasir dilihat mampu menyumbang kepada barisan serangan Harimau Malaya pada masa akan datang. Gandingan mereka berdua dilihat cukup ampuh menerajui barisan serangan pasukan kendalian Nafuzi Zain yang diketuai oleh pemain Import dari Brazil iaitu David Da Silva. Malah, aksi konsisten yang diperagakan pada […]
Jentera Serangan Malaysia Dipenuhi Prospek Muda Berkualiti Walaupun Tanpa Pemain Naturalisasi

Skuad kebangsaan Malaysia menggunakan barisan serangan 3 serangkai sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia Jun yang lalu dimana skuad Malaysia dimantapkan lagi dengan kehadiran 2 pemain naturalisasi baharu iaitu De Paula dan Liridon Krashniqi. Namun Malaysia sebenarnya sudah mempunyai beberapa prospek muda yang mampu mengemudi jentera serangan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Artikel ini lebih […]
Faisal Halim Sedia Gugat Perancangan Tan Cheng Hoe

Kelibat pemain sayap pasukan Terengganu FC, Mohd Faisal Halim kembali menjadi tumpuan penyokong setelah memperagakan aksi yang cukup meyakinkan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum bersambungnya aksi Liga Super pada minggu hadapan. Pemain kelahiran Pulau Pinang ini cemerlang membantu pasukan kendalian Nafuzi Zain untuk mencatat kemenangan besar 4-0 ketika menentang pasukan Kelantan United di Stadium […]