Faisal Halim Kelihatan Sedih

Pemain sayap Terengganu, Muhammad Faisal bin Abd Halim kelihatan sedih terhadap reaksi penyokong pasukan Terengganu. Bintang berusia 24 tahun itu tampil memberi respon di laman rasmi media sosial Instagram miliknya harini. Di ruangan IG Story, Faisal telah repost satu Story, dan meletakkan emoji ‘🙏😔’ seolah mahu memberitahu bahawa beliau meminta maaf dan sedang bersedih. Desas […]

Gelagat Faisal Halim Jadi Cikgu Matematik Curi Perhatian Netizen

Gelagat bintang sensasi Terengganu FC, Muhammad Faisal bin Abdul Halim terus mencuri perhatian netizen apabila baru-baru ini, beliau menjadi cikgu matematik kepada seorang budak. Rakaman yang tular di Tiktok itu menunjukkan Faisal sedang mengajar seorang budak di dalam kawasan halaman rumahnya. Faisal mengajar secara asas cara mudah untuk mengira dengan menggunakan jari. Ketika itu, Faisal […]

Nafuzi Zain Gembira Faisal Halim Sukakan Taktikalnya

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui terkejut dan tidak menyangka dengan jawapan yang diberikan oleh pemain sayap pasukannya iaitu Faisal Halim. Sebelum ini, pemain sayap lincah itu ada menyatakan mengenai pendirian masa depannya terletak kepada situasi pengendali kelahiran Kelantan itu. Malah, beliau berkongsi secara terbuka mengenai kesediannya untuk kekal di bumi Darul Iman […]

Faisal Halim Akui Dipancing Selangor

Pemain sayap Terengganu, Muhammad Faisal bin Abd Halim mengakui ada mendapat tawaran untuk menyertai pasukan Selangor pada jendela perpindahan musim hadapan. Perkara itu telah dikongsikan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam satu hantaran di akaun Twitter miliknya. Faisal Halim masih belum membuat keputusan berhubung perjalanan kariernya samaada memilih untuk berpindah ataupun menyambung kontrak bersama Terengganu. […]

Nidzam Jamil: Terengganu Beruntung Ada Faisal Halim

Jurulatih sementara Selangor FC, Nidzam Jamil akui Faisal Halim memainkan peranannya dengan baik bersama Terengganu dan dia berjaya memberikan masalah buat para pemain Selangor terutamanya di bahagian pertahanan. “Kita ada dua half yang berbeza, separuh masa pertama dan kedua, Terengganu amat beruntung memiliki pemain seperti Faisal Halim yang berjaya melakukan banyak perkara berbeza. “Penglibatan dia […]

Shane Lowry Akui Faisal Halim & Faiz Nasir Pemain Bijak

Pertembungan dinantikan sebahagian peminat bola sepak Malaysia di Liga Super Malaysia 2022 kini kunjung tiba dengan JDT & Terengganu bertembung ketika kedua-dua pasukan dalam kemuncak prestasi. Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT) kelahiran Perth, Australia, Shane Lowry menzahirkan perasaan risaunya dengan kelincahan Faisal Halim & Faiz Nasir. Walaupun keberadaan Faisal Halim dalam perlawanan menentang JDT […]

Faisal Halim: Jumpa JDT Di Final? Kita Harus Berdoa Dan Tawakal

Kemaraan pasukan Terengganu FC ke pentas final Piala FA disambut dengan meriah oleh ribuan penyokong mereka di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Dalam perlawanan tersebut, Terengganu menewaskan Selangor FC melalui penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1. Pada aksi final nanti, Terengganu akan berdepan tugas getir apabila bakal bertemu juara 8 kali Liga Super, Johor […]

Kim Pan-gon Bertentang Mata Dengan Faisal Halim

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat bertemu dengan pemain sayap lincah Terengganu Faisal Halim ketika menjamu selera di Kedai Selera Kampung Teluk Ketapang, Terengganu bersama barisan kejurulatihan Harimau Malaya. Hubungan baik antara pemain yang berusia 24 tahun itu dan Kim Pan-gon telah menarik minat barisan kejurulatihan lain untuk turut serta minum petang bersama. Pertemuan […]

Penyokong Cadang Kurangkan Import Untuk Naikkan Gaji Faisal Halim

Kehebatan pemain Terengganu FC, Faisal Halim ternyata tidak dapat disangkal lagi apatah lagi beliau menjaringkan gol penyamaan buat pasukannya dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Selangor FC semalam. Pada aksi semalam, Terengganu ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama sebelum Faisal Halim menjaringkan gol melalui larian solo yang memperdaya tiga pertahanan sebelum melepaskan rembatan […]

Gelagat ‘Comel’ Nafuzi Zain Kena Botak Licin Buat Penyokong Terhibur

Gelagat Ketua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mencuri tumpuan apabila beliau dilihat sedang dibotakkan kepala oleh para pemain Terengganu FC susulan kemaraan ke pentas akhir semalam. Pengendali berusia 43 tahun bersama-sama pembantu jurulatih, Zulfadli itu difahamkan telah berjanji kepada para pemain untuk membotakkan kepala sekiranya mereka berjaya melakar kemenangan ke atas Selangor pada pentas separuh akhir […]

Bulu Roma Meremang, SIUU Faisal Halim Bergema Di Gong Badak

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim terus menjadi sandaran utama buat pasukan terutamanya ketika membenam cabaran Kuching City FC semalam. Beliau yang mesra disapa ‘Mickey’ turun dalam kesebelasan utama pasukan tampil dengan cukup bertenaga untuk menyukarkan tugas barisan pertahanan lawan. Kelibat pemain berusia 24 tahun ini jelas menjadi nadi kepada pasukan kendalian Nafuzi Zain […]

Nafuzi Zain Kesan Perubahan Ketara Faisal Halim Selepas Konsisten Bersama Harimau Malaya

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain memuji impak yang dibawa oleh pemain sayap pasukan, Faisal Halim setelah kembali daripada skuad kebangsaan tempoh hari. Pemain berusia 24 tahun itu menjadi sebahagian daripada skuad yang berjaya membantu Harimau Malaya mara ke pentas Piala Asia secara merit selepas penantian selama 42 tahun. Menerusi satu temubual dalam segmen […]

Kelincahan Faisal Halim Jadi Mimpi Ngeri Buat Kedah

Pemain sayap pasukan terengganu FC, Faisal Halim sekali lagi menjadi watak penting buat pasukan apabila beliau berjaya membantu Terengganu untuk mencatatkan kemenangan ke atas Kedah Darul Aman dengan keputusan 1-0. Bintang muda berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dan bergandingan bersama-sama Kpah Sherman dan juga Faiz Nasir jelas menyukarkan barisan pertahanan pasukan […]

Faisal Halim Tolak Spekulasi Sertai Kelab Thailand

Pemain sayap negara, Faisal Halim menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan menyertai kelab Thailand.  Hal ini tercetus kerana difahamkan pemain yang lebih dikenali sebagai Mickey ini kontraknya bersama Terengganu bakal tamat pada 30 November ini.  “Cerita itu saya pun taktahu dari mana datangnya, memang saya taktahu.  Ketika ini, fokus utama pemain main sayap […]

Rentak Cemerlang Faisal Halim Bersama Harimau Malaya Jadi Aset Terengganu Berdepan KL City

Kelincahan pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim dijangka terus menjadi sandaran menjelang pertemuan menentang Kuala Lumpur City FC hari ini. Pemain berusia 24 tahun itu menikmati musim cemerlang selepas menjadi watak penting buat pasukan kendalian Nafuzi Zain dalam pentas Liga Super. Kini, beliau terus mendapat kepercayaan letua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gin apabila menjadi […]

Jadikan Faisal Halim Tunjang Utama Pilihan Tepat Kim Pan-gon

Aksi sulung kempen kelayakan Piala Asia 2023 antara pasukan Malaysia dan Turkmenistan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan Malaysia meraih tiga mata apabila menundukkan pasukan Turkmenistan 3-1. Kelibat pemain sayap kebangsaan, Muhammad Faisal bin Abdul Halim yang menjadi nadi kepada kemenjadian pasukan Kim Pan-gon telah mendapat respon positif daripada peminat bola sepak […]