3 Pemain Tumpuan Malaysia ‘Gegar’ Tajikistan

Bahang semakin terasa menjelang aksi akhir Pestabola Merdeka antara pasukan Malaysia dan Tajikistan pada Selasa ini. Kelibat 3 pemain ini pastinya mencuri tumpuan dalam membantu pasukan Harimau Malaya meraih trofi pertama dibawah kendalian Kim Pan-gon. 1. Syihan Hazmi Penjaga gol berusia 27 tahun ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih untuk menjaga gawang gol Malaysia sejak […]
Liga Super: Selangor Belasah Terengganu Tanpa Belas

Selangor FC kembali pamer prestasi mantap dalam Liga Super apabila membenam cabaran Terengganu FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak hari ini. Selepas disingkirkan dari Piala Malaysia oleh skuad Peteh awal minggu ini, The Red Giants melihat perlawanan hari ini sebagai medan balas dendam ke atas tuan rumah. Babak pertama menyaksikan pasukan […]
Arif Aiman Dan Faisal Halim Dipelawa Beraksi Di Liga Australia?

Dua pemain Harimau Malaya, Arif Aiman dan Faisal Halim sudah diketahui merupakan dua pemain terbaik di Malaysia buat masa ini. Tidak mustahil jika terdapat kelab luar mahukan khidmat kedua-dua pemain sayap lincah ini. Baru-baru ini, portal Harimau Malaya ada menemubual ketua jurulatih sementara Central Coast Mariners, Abbas Saad mengenai pemain-pemain yang beliau minati untuk dibawa […]
Faisal Halim Pulang Ke Terengganu Dengan Agenda Besar

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim bakal pulang ke Terengganu dengan membawa harapan besar buat pasukannya. Bintang sensasi Malaysia itu membawa satu persembahan yang baik selepas membantu Harimau Malaya mengikat China dan Syria tempoh hari. Beliau bagaimanapun sedia membawa prestasi terbaik ke peringkat kelab untuk membantu Selangor mengharungi aksi yang cukup getir. Impak daripada […]
Faisal Halim Ingin Bawa Aura Malaysia Bersama Selangor FC

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim berharap dapat membawa aura skuad Malaysia bila saingan Piala Malaysia kembali bermula. Faisal menjadi tonggak utama negara dalam dua aksi persahabatan menentang Syria dan China. Malah, beliau turut menyumbang satu gol semasa Harimau Malaya mengikat China 1-1. Kini, impak daripada dua perlawanan tersebut diharap dapat membantunya tampil lebih baik […]
Teknologi Catapult Buktikan Pemain Malaysia Semakin Efisien Dalam Padang

Teknologi Catapult yang digunakan skuad Harimau Malaya membuktikan para pemain Malaysia kini semakin efisien diatas padang. Perkara ini dibahaskan pemerhati bola sepak tempatan, Hafizal Hamad, Richard Scully, Asmawi Bakiri dan Razman Roslan dalam segmen NindiaBola di Astro Arena. Mereka menjelaskan purata persembahan yang ditampilkan anak buah Kim Pan-gon amat-amat baik. “Dia (Junior Eldstal) punya workrate […]
Tanpa Faisal Halim, ‘Siuu’ Tetap Bergema Buat Selangor

Selangor FC meneruskan aksi persahabatan di Indonesia apabila menentang kelab Liga 1 Indonesia, PSIS Semarang. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Jatidiri, Kota Semarang semalam berakhir dengan keputusan seri 3-3. Penjaring gol buat pasukan Selangor adalah Danial Asri (minit ke-37), Rauf Salifu (minit ke-53) dan Ayron Del Valle (minit ke-73). Manakala penjaring gol buat PSIS adalah […]
Faisal Halim Pecah Rekod 16 Tahun Lawan China

Penjaring gol tunggal Malaysia berdepan China, Faisal Halim memecahkan rekod 16 tahun yang melibatkan pertembungan dua pasukan ini. Aksi yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon berjaya meraih keputusan seri 1-1. Kini, berdasarkan kiraan masa nyata FIFA, Malaysia mengumpul keseluruhan mata sebanyak 1094.90 mata selepas berjaya mengikat China dengan keputusan 1-1. […]
Rudie Ramli: Kalau Ada VAR, Kedudukan Faisal Halim Boleh Dipertikai

Bekas penyerang lagenda Selangor FC, Rudie Ramli yakin keputusan pasti berbeza sekiranya Pembantu Video Pengadil (VAR) digunakan dalam aksi Malaysia menentang China. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu itu menyaksikan Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan ke-80 dunia, China dengan keputusan 1-1. Gol tunggal Faisal Halim pada minit ke-11 menceriakan penyokong Malaysia sebwlum dipadamkan […]
Faisal Halim Terima Tepukan Gemuruh Penyokong China

Pemain sayap sensasi Malaysia, Faisal Halim menerima tepukan gemuruh oleh penyokong China di Stadium Phoenix Hill, Chengdu. Aksi antara Harimau Malaya dan pasukan ke-80 dunia, China menyaksikan percaturan hebat Kim Pan-gon berjaya menyekat kemaraan tuan rumah. Gol pembukaan Faisal Halim pada minit ke-11 bagaimanapun berjaya dipatahkan oleh rembatan deras Lin Liang Ming pada minit ke-36. […]
Faisal Halim Lebar Rekod Jaringan

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim mempamerkan kekuatan setelah kembali menghangatkan saingan Liga Super dengan melebarkan rekod jaringan. Bintang berusia 25 tahun itu terpaksa berehat selama sebulan untuk menjalani tempoh panggantungan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. Beliau bagaimanapun kembali dengan lebih kuat seperti yang dikatakannya apabila terus meledak dua jaringan ketika berdepan Kelantan […]
“Saya Kembali Lebih Kuat” – Faisal Halim

Pemain sayap pasukan Malaysia, Faisal Halim sedia bangkit untuk kembali membantu Harimau Malaya tampil lebih baik kali ini. Pemain berusia 25 tahun itu menjalani penggantungan selama satu bulan yang menyaksikan beliau hanya beraksi 45 minit selepas 5 perlawanan. Beliau bagaimanapun tetap optimis untuk terus membantu pasukan bimbingan Kim Pan-gon lebih cemerlang. Faisal ketika ditemui pada […]
Faisal Halim Kini Ceburi Dunia Fotografi

Pemain sayap Selangor FC, Muhammad Faisal Halim kini menceburi dunia fotografi. Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang Ke-66, Selangor FC telah memuat naik satu video khas yang diberi nama “Dari Lensa Faisal Halim Edisi Hari Kebangsaan 2023.” Video tersebut memaparkan pengembaraan Faisal menjadi seorang juru gambar yang merakam detik-detik indah pasukan Selangor demi menyemarakkan lagi bulan […]
Peminat Indonesia Terlalu Gembira Bertemu Faisal Halim

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melayani sambutan hangat yang diterimanya tatkala pasukannya kini berada di Indonesia. The Red Giants ke Aceh bagi satu aksi persahabatan bertemu Persiraja Banda Aceh. Perlawanan antara finalis Piala Malaysia 2022 menentang pasukan Liga 2 Indonesia itu berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan Selangor FC, 3-0. Faisal memainkan watak penting […]
‘Siuu’ Faisal Halim Bergema Di Banda Aceh

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Faisal Halim berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam aksi persahabatan antara Selangor dan kelab dari Indonesia, Persiraja Banda Aceh. Perlawanan persahabatan itu dijadualkan berlangsung di Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh, Indonesia. Stadium yang berkapasiti sekitar 40000 penonton itu penuh dibanjiri penyokong yang datang menyambut kehadiran pasukan Selangor. Faisal yang turun dalam […]
Pemain Selangor Pantas Tenangkan Emosi Penjaga Gol Kelantan

Susulan kekalahan besar terbaru Kelantan 11-2 di tangan Selangor malam ini, pemain-pemain pelawat pantas menenangkan emosi penjaga gol tuan rumah, Irfan Haikal Mohd Iffendi. Irfan Haikal tidak dapat mengawal emosi selepas wisel penamat ditiup pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin. Ini selepas penjaga gol muda The Red Warriors itu menyaksikan gawangnya dibolosi 11 kali termasuk dua hatrik […]