Jawapan Faisal Halim Tentang Perbualannya Panjangnya Dengan Son Heung-min

Pemain sayap Malaysia, Faisal Halim membuka mulut tentang perbualannya dengan kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min. Beliau menjadi watak penting buat Harimau Malaya yang mempamerkan kebangkitan memukau untuk mengikat jaguh Asia itu dengan keputusan 3-3. Gol yang dijaringkan oleh Romel Morales pada saat akhir tambahan masa telah membantu skuad kebangsaan untuk pulang dengan satu mata. […]

Pempengaruh Terkenal Korea Selatan Marah Kim Min-jae Tergolek Jaga Faisal Halim

Pempengaruh terkenal Korea Selatan menyatakan rasa amarahnya selepas melihat pertahanan terbaik Liga Serie A, Kim Min-jae tergolek ketika cuba merantai pemain sayap Malaysia, Faisal Halim. Pemain berusia 27 tahun itu diberi peranan khas oleh ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann untuk mengemudi benteng terakhir Taeguk Warriors. Hasrat itu bagaimanapun terlerai selepas Korea Selatan bolos tiga gol berdepan […]

Faisal Halim Mahu Balas Pengorbanan Derrick Gan Ke Qatar

Malaysia mencipta fenomena apabila berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas menghadapi jalan yang berliku dengan Korea Selatan dengan keputusan seri 3-3. Dalam aksi tersebut, usaha keras pasukan Harimau Malaya akhirnya terbalas dengan gol pertama penyamaan menerusi pemain sensasi, Faisal Halim, gol kedua daripada Arif Aiman dan jaringan ketiga daripada Romel Morales. Gol tersebut telah […]

Kim Min-jae Pamer Aksi Terburuk Di Piala Asia Ketika Lawan Malaysia

fa malaysia-kim min-jae

Pemain pertahanan terbaik Korea Selatan, Kim Min-jae mempamerkan aksi terburuk di Piala Asia 2023 ketika melawan pasukan Malaysia. Berdasarkan statistik Sofascore, Kim Min-jae merekodkan penilaian 6.9 sewaktu menentang Bahrain dan 6.8 ketika berdepan Jordan. Namun pertahanan tengah itu hanya merekodkan penilaian 6.6 sewaktu melawan Harimau Malaya. Kim Min-jae ternyata bergelut untuk merantai serangan Malaysia yang […]

AFC Letak Faisal Halim Sebaris Lee Kang-in Sebagai Pemain Terbaik ‘Matchday 3’

Pemain sayap sensasi Malaysia, Faisal Halim tersenarai dalam kesebelasan terbaik di Piala Asia AFC 2023 bagi perlawanan minggu ke-3 (Matchday 3). Bintang berusia 26 tahun itu diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk terus berada dalam kesebelasan utama menentang Korea Selatan. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang diberikan apabila berjaya menjaringkan satu gol penting yang […]

Tular Perbualan Panjang Faisal Halim & Son Heung-min, Dominic Tahan ‘Sebak’

Aksi antara pasukan Malaysia dan Korea Selatan semalam tertumpu kepada kelibat dua watak penting perlawanan, Faisal Halim dan Son Heung-min yang dikesan berbual panjang. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Janoub, Qatar itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3 hasil kebangkitan dramatik Harimau Malaya. Keadaan itu bagaimanapun dihiasi dengan perbualan panjang oleh Faisal dan Son […]

Media Lawak Antarabangsa Sifatkan Gol Faisal Halim Gol Terbaik Piala Asia

Gol pertama Malaysia dalam Piala Asia 2023 yang dijaringkan oleh Faisal Halim disifatkan sebagai gol terbaik kejohanan buat setakat ini. Perkara tersebut diakui oleh sebuah media lawak antarabangsa, Troll Football Media yang berkongsi video tersebut melalui laman sosial X sebentar tadi. Gol yang terhasil pada minit ke-51 itu dilihat sangat menarik dengan Faisal berjaya memperdaya […]

AFC Asian Cup: “Bila Kalah, Itu Yang Dibangkitkan” – Faisal Halim

Pemain sayap negara, Faisal Halim menzahirkan perasaannya selepas pemain Harimau Malaya dikritik hebat menerusi prestasi yang ditampilkan di pentas Piala Asia 2023. Pemain berusia 26 tahun itu ditemui ketika sesi latihan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Qatar tidak dapat berselindung apabila skuad negara gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam dua perlawanan menentang Jordan […]

AFC Asian Cup: Faisal Halim Kongsi Keadaan Padang Stadium Al-Janoub

Pasukan Malaysia diberi peluang melawat serba sedikit keadaan padang di Stadium Al-Janoub, Qatar sebelum memulakan perlawanan pertama Kumpulan E, kejohanan Piala Asia 2023 bertemu Jordan pada jam 8.30 malam esok (1.30 pagi Selasa waktu Malaysia). Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim turut berkongsi pengalaman situasi padang Stadium Al-Janoub dan beberapa pemain seperti Junior Eldstal […]

Faisal Halim: Pemain Yang Diturunkan Karakternya Sama, Hanya Peranan Berbeza

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim mengatakan semua pemain yang diturunkan di dalam kejohanan Piala Asia 2023 mempunyai karakter sama, hanya peranan sebagai pemain berbeza. Pemain berusia 25 tahun itu bersyukur skuad negara berada di tahap tertinggi dunia dan berpeluang beraksi di Qatar. Beliau akui, cabaran besar buat pasukan negara berhadapan pasukan-pasukan di ranking […]

“Mana Tahu Lepas Ini Piala Dunia Pula” – Faisal Halim

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim sememangnya tidak pernah menjangkakan sejak kecil bahawa dirinya akan menyarung jersi Malaysia ke kejohanan berprestij seperti Piala Asia. Pemain berusia 25 tahun itu turut menganggap peluang beraksi di Qatar itu membuatkan dirinya terharu dan bangga menjadi seorang pemain. Bagi Faisal, di dalam bola sepak tiada apa yang mustahil. […]

Faisal Halim Sedar Saingan Bersama Malaysia Makin Susah

Pemain sayap lincah Malaysia, Faisal Halim percaya persaingan di dalam kem kebangsaan menjelang Piala Asia 2023 bulan hadapan semakin sengit. Persaingan sengit itu ditambah dengan kehadiran pemain naturalisasi baharu negara, Romel Morales yang merupakan pemain tengah menyerang Kuala Lumpur City FC (KL City). “Dalam senarai ada 26 pemain dan sudah tentu semuanya berkualiti dan ada […]

Tanda Harga Faisal Halim Kini Cecah RM2 Juta

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim mencatatkan nilai pasaran yang amat memberangsangkan apabila tanda harganya kini melepas angka RM2 Juta. Bintang sensasi The Red Giants ini membuat keputusan untuk membawa haluan baharu ke Lembah Klang dan meninggalkan Terengganu FC pada musim ini. Keputusannya dilihat tepat apabila beliau mula menjadi tunang utama pasukan di bawah […]

Kekal Atau Tinggalkan Selangor? Ini Jawapan Faisal Halim

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim membuka mulut mengenai masa depannya bersama pasukan bagi musim 2024. Pemain berusia 25 tahun itu menikmati musim cemerlang bersama The Red Giants apabila membantu pasukan untuk layak ke pentas Asia musim hadapan. Anak buah Tan Cheng Hoe akan beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) sebagai wakil […]

Faisal Halim Cup Jadi Inisatif Cungkil Bakat Muda Di Malaysia

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim mencuri perhatian ramai dengan menganjurkan pertandingan akar umbi Faisal Halim Cup. Kejohanan bola sepak bawah 10 tahun (B-10) itu diadakan pada hari ini di Padang Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dalam temubualnya bersama Harimau Malaya, Faisal menyatakan antara tujuan penganjuran kejohanan tersebut ialah mencungkil bakat-bakat baru di Pulau […]

Faisal Halim: Saya Tak Peduli Apa Orang Kata

Pemain sayap Selangor, Faisal Halim menzahirkan rasa bangga dan gembira dengan kejayaan pasukan Selangor menamatkan saingan di kedudukan terbaik dalam kempen Liga Super 2023. Berjaya melayakkan diri ke Asia musim depan, Faisal berpendapat kejayaan itu merupakan hasil kerja keras dan kesungguhan daripada rakan sepasukan. Bagi Faisal, Selangor berada dalam momentum terbaik untuk tahun ini. “Semua […]