Van Dijk Anggap Padang Di Jerman Memalukan

Kapten Belanda, Virgil van Dijk menyifatkan padang Volksparkstadion untuk aksi Kumpulan D EURO 2024 menentang Poland hari ini sebagai memalukan. Akhbar Daily Mail melaporkan kedua-dua pasukan menyuarakan kebimbangan tentang keadaan padang stadium berkenaan. Ini ditambah dengan arahan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang tidak membenarkan kedua-dua pasukan berlatih di Volksparkstadion untuk latihan pra-perlawanan. Arahan tersebut […]

Euro 2024: Itali Cemas Sebelum Bangkit Tundukkan Albania

Perlawanan pagi ini menyaksikan aksi kumpulan B iaitu Itali yang cemas sebelum bangkit menewaskan Albania bagi saingan Euro 2024 musim ini.  Seawal 23 saat, pemain tengah Albania, Nedim Bajrami mencipta sejarah Euro 2024 apabila menjaringkan gol pertama pasukan sekaligus gol tercepat kejohanan setakat ini. Itali tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila pertahanan kental, Alessandro […]

Euro 2024: Sepanyol Bermaharajalela Tundukkan Croatia

Tiga gol di separuh masa pertama berjaya memastikan Sepanyol membuka kempen Euro 2024 dengan penuh bergaya ke atas Croatia pada awal pagi Ahad. La Roja yang merupakan juara edisi 1964, 2008 dan 2012 berada di dalam kumpulan B bersama-sama Croatia, Albania dan juga juara bertahan, Itali yang memenangi aksi final di Stadium Wembley. Jurulatih Sepanyol, […]

EURO 2024: Jerman ‘Hentam’ Scotland Tanpa Belas Kasihan

Jerman membuka tirai Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2024 dengan kemenangan besar apabila membelasah Scotland 5-1 dalam aksi pertama Kumpulan A. Dengan status selaku tuan rumah dan ranking ke-16 dunia, Die Mannschaft dilihat pasukan pilihan berbanding Scotland (ranking ke-35 dunia). Jerman menurunkan barisan terkuat diketuai bekas kapten Manchester City, Ilkay Gundogan. Sementara The Tartan Army […]

Euro 2024: Jerman Beri RM2 Juta Kepada Setiap Pemain Jika Muncul Juara

Ganjaran sebanyak RM2 juta menanti setiap pemain sekiranya Jerman berjaya memenangi kejohanan Euro 2024 yang bakal bermula pada awal pagi Sabtu. Jerman yang merupakan tuan rumah kejohanan ini telah diundi di dalam kumpulan A bersama tiga lagi negara iaitu Scotland, Hungary dan Switzerland yang tampil cemerlang di edisi lalu apabila mengejutkan Perancis di pusingan 16 […]

Euro 2024: Tiada Siaran Langsung Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Keinginan rakyat Malaysia untuk melihat bintang-bintang bola sepak Eropah dalam saingan EURO 2024 secara percuma kini tinggal harapan. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai kepada MakanBola, Malaysia tidak menawarkan siaran langsung percuma semua perlawanan EURO 2024 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum ini, RTM pernah menyiarkan perlawanan-perlawanan kejohanan bola sepak bertaraf dunia seperti Piala Dunia […]

Sepanyol Jadikan Northern Ireland Mangsa Belasahan

Perlawanan persahabatan hari ini menyaksikan pertembungan diantara Sepanyol menentang Northern Ireland yang berakhir dengan keputusan 5-1.  Perlawanan bermula rancak seawal 2 minit permainan Northern Ireland membuka jaringan menerusi pemain pertahanan Daniel Ballard.  Pada minit ke-10 permainan, pemain tengah Sepanyol, Pedri berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras dari luar kotak.  Selang dua minit bermain, Morata menghadiahkan […]

England Cemerlang Tewaskan Bosnia-Herzegovina

England tidak berdepan masalah menewaskan pasukan dari rantau Balkan, Bosnia-Herzegovina dalam satu aksi persahabatan yang berlangsung pada awal pagi tadi. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada dua aksi pemanas badan anak buah Gareth Southgate sebelum Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2024 bermula. Perlawanan ini turut digunakan Southgate untuk bereksperimen dari segi taktikal dan pemilihan pemain. Antara […]

Syarikat Gergasi Swasta Tempatan Sedia Taja Hak Siaran Euro 2024

Kehangatan saingan EURO 2024 di Jerman semakin terasa yang dijadulkan berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai 2024. Bagi menyemarakkan lagi bahang aksi EURO 2024 itu di Malaysia, beberapa syarikat gergasi negara difahamkan berminat untuk menaja sepenuhnya siaran langsung kejohanan yang dilangsungkan 4 tahun sekali itu bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menontonnya secara percuma. Menurut […]

Pemain Arsenal, Ben White Tolak Panggilan England Ke Euro 2024

England terpaksa melupakan khidmat pertahanan kental Arsenal, Ben White pada kejohanan Euro 2024 nanti. Ini selepas pemain berusia 26 tahun itu tidak mahu menerima panggilan ke kem kebangsaan oleh pengendali England, Gareth Southgate menjelang kejohanan benua yang akan tiba tidak lama lagi. Beberapa hari lalu, kecoh dalam kalangan bola sepak England mengenai ketiadaan nama Ben […]

Dua Penyokong Mati Ditembak Di Stadium

Perlawanan kelayakan EURO 2024 membabitkan Sweden dan Belgium terpaksa dihentikan dua hari lalu selepas dua penyokong Sweden mati ditembak di Brussels. Siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Belgium dipercayai bermotifkan keganasan. Insiden ini memaksa kerajaan negara itu meningkatkan keselamatan ke tahap tertinggi. Apabila berita itu tersebar di seluruh stadium, ramai penyokong mula bimbang dengan keselamatan mereka. […]

Kelayakan Euro 2024: England Gugurkan Dua Pemain Bertaraf Bintang

Ketua jurulatih England, Gareth Southgate berani mengambil risiko menggugurkan dua pemain bertaraf bintang dalam senarai akhir 25 pemain menghadapi Kelayakan Euro 2024 pada hujung bulan ini. Dua pemain tersebut ialah Trent Alexander-Arnold daripada Liverpool dan Raheem Sterling daripada Chelsea. Menurut Southgate temubual daripada wartawan terkenal Fabrizio Romano, Sterling terpaksa digugurkan oleh kerana beliau dianggap masih […]