Jerman Guna Cara Unik Elak Diintip Lawan

Tuan rumah EURO 2024, Jerman menggunakan kaedah unik untuk mengelakkan strategi mereka diketahui menjelang aksi suku akhir menentang Sepanyol. Aksi suku akhir menyaksikan Sepanyol dilabel pasukan pilihan berdasarkan prestasi semasa. Ini kerana La Roja telah meraih kemenangan sebanyak empat kali dan hanya dibolosi sekali dalam EURO 2024. Atas sebab itu, pengendali Jerman, Julian Nagelsmann berusaha […]

UEFA Buka Kertas Siasatan Terhadap Jude Bellingham

Pemain tengah England, Jude Bellingham berkemungkinan bakal dikenakan hukuman setelah pihak Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) membuka kertas siasatan ke atas beliau. Bellingham sekali lagi diberi kepercayaan oleh Gareth Southgate untuk mengemudi bahagian tengah England ketika turun beraksi menentang Slovakia dalam pusingan 16 terbaik Isnin lalu. Aksi konsisten Bellingham ditambah pula dengan satu gol menerusi […]

Euro 2024: Penalti Pastikan Portugal Ke Suku Akhir, Padam Kedegilan Slovenia

Portugal mengsahkan tempat ke suku akhir Euro 2024 selepas menewaskan Slovenia menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Portugal mempertaruhkan Cristiano Ronaldo di bahagian serangan manakala Slovenia pula meletakkan kepercayaan kepada Jan Oblak sebagai penjaga gol utama. Perlawanan dimulakan dengan Portugal mendominasi perlawanan menerusi hantaran-hantaran yang tepat. Ronaldo mempunyai […]

Euro 2024: Gol Sendiri Belgium ‘Hantar’ Perancis Ke Suku Akhir

Naib juara edisi 2016, Perancis menepati ramalan untuk mara ke suku akhir Euro 2024 setelah dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Belgium dalam aksi yang penuh dengan sengit. Perancis yang mara ke pusingan kalah mati sebagai naib juara kumpulan D dijadualkan bertemu satu lagi pasukan pilihan ramai, Belgium yang juga merupakan naib juara bagi kumpulan E. […]

Jude Bellingham Dedah Isyarat Pelik Ketika Raikan Jaringan Lawan Slovakia

Bintang muda England, Jude Bellingham dilihat melakukan isyarat pelik semasa meraikan jaringan penyamaan pasukan itu dalam aksi terbaru EURO 2024 menentang Slovakia. England turun menentang Slovakia dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik dengan misi memburu tiket ke peringkat suku akhir. The Slovak Falcons yang menduduki ranking ke-45 dunia mencipta kejutan dengan mendahului menerusi gol Ivan […]

Euro 2024: Gol Sepakan Gunting Jude Bellingham Hiasi Kemenangan England Singkir Slovakia

Perlawanan saingan Euro 2024 bagi pusingan ke-16 pagi ini menyaksikan England kembali bangkit tundukkan Slovakia. Seawal minit permainan, kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.  Pada minit ke-25 permainan, Slovakia berjaya membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Ivan Schranz yang menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford.  Percaturan skuad kendalian Southgate seperti sudah diramal Slovakia, separuh masa […]

Euro 2024: Tiga Gol Batal & Petir Bawa Jerman Ke Suku Akhir, Atasi Denmark

Tuan rumah, Jerman menempah tiket ke suku akhir Euro 2024 selepas menewaskan Denmark dalam aksi pusingan 16 terakhir di BVB Stadium Dortmund sebentar tadi. Jerman yang dibimbing Julian Nagelsmann menurunkan skuad terbaik dengan memertaruhkan Kai Havertz di bahagian serangan sambil dibantu Leroy Sane dan Jamal Musiala. Manakala Denmark pula tidak kurang hebatnya apabila meletakkan bintang […]

Euro 2024: Switzerland Pastikan Juara Bertahan, Itali Pulang Hampa

Pusingan 16 terbaik Euro 2024 melibatkan aksi di antara Itali dan Switzerland pada awal pagi Ahad menyaksikan juara edisi lalu itu ditundukkan lawan di ranking ke-19 dunia dengan dua gol yang memukau. Itali yang mara sebagai naib juara kumpulan B setelah terikat seri 1-1 menentang Croatia dalam aksi terakhir manakala Switzerland turut menempah tiket sebagai […]

Kisah Riccardo Calafiori, Bek Kebal Itali Bangkit Dari Kecederaan Ngeri

Nama Riccardo Calafiori mula meletup sejak perlawanan pembuka tirai Itali di dalam kempen Euro 2024 dengan aksi dan penampilannya yang saling tidak tumpah seperti lagenda Azzurri, Paolo Maldini. Penampilan Calafiori yang berambut panjang di atas padang dengan sosok tubuh yang tegap selain bijak membaca gerakan lawanan persis tidak ubah seperti Maldini ketika menyarung jersi Itali […]

Cristiano Ronaldo Nyaris Cedera Teruk

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo nyaris mengalami kecederaan teruk selepas tamat perlawanan terakhir Kumpulan F EURO 2024 pada 27 Jun lalu. Ini selepas sekumpulan pegawai keselamatan bertindak menghalang seorang peminat yang cuba mendapatkan beliau semasa hendak kembali ke bilik persalinan. Akhbar Daily Mail melaporkan peminat tersebut berusaha mendekati Ronaldo dengan melompat ke laluan tangga menuju ke […]

Georgia Terima Ganjaran RM50 Juta

Skuad Georgia mendapat durian runtuh berjumlah £8.4 juta (RM50 juta) selepas berjaya menewaskan Portugal dalam aksi terakhir Kumpulan F EURO 2024. Aksi terakhir Kumpulan F menyaksikan kejutan dilakar The Crusaders ke atas A Selecao. Khvicha Kvaratskhelia dan Georges Mikautadze merobek ego Portugal menerusi gol pada minit kedua dan ke-57. Dua gol tersebut sudah cukup untuk […]

Euro 2024: Senarai Aksi Pusingan 16 Curi Tumpuan, Dua Gergasi Bertemu Awal

Selepas tamat aksi Kumpulan E dan Kumpulan F, aksi pusingan 16 pasukan terbaik EURO 2024 bakal menjanjikan lapan pertembungan menarik. Salah satu aksi yang dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak ialah aksi membabitkan Perancis dan Belgium di Dusseldorf Arena. Pertembungan ini dinantikan ramai kerana kedua-dua pasukan dianggotai ramai bintang ternama yang beraksi di liga-liga utama […]

Euro 2024: Gol Dramatik Bantu Turkiye Tewaskan Republik Czech

Bekas penyerang Everton, Cenk Tosun muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan buat Turkiye dalam aksi terakhir Kumpulan F EURO 2024 menentang Republik Czech. The Crescent-Stars tahu mereka hanya perlu mengelak daripada tewas di tangan Republik Czech untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik. Sementara Republik Czech pula perlu menang jika ingin mengiringi Portugal yang layak […]

Euro 2024: Dua Penalti Akhiri Aksi Perancis & Poland Dengan Satu Mata

Aksi terakhir peringkat kumpulan D menyaksikan naib juara edisi 2016, Perancis terikat seri ketika menentang Poland dalam perlawanan penuh mendebarkan di Dortmund pada awal pagi Rabu. Perancis yang terikat tanpa jaringan ketika berdepan Belanda sebelum ini mencari tiga mata bagi menempah tempat ke pusingan kalah mati manakala Poland hadir bagi melengkapkan aksi kumpulan setelah tersingkir […]

Euro 2024: Sepanyol Muncul Juara Kumpulan B, Gah Tumbangkan Albania

Perlawanan akhir peringkat kumpulan B pagi tadi menyaksikan Sepanyol berjaya menumbangkan Albania dengan keputusan 1-0. Perlawanan bermula dengan rancak apabila kedua buah pasukan cuba menguasai permainan. Seawal 13 minit permainan, pemain sayap Sepanyol, Ferran Torres membuka jaringan pertama pasukan selepas menerima lorongan kemas datipada Dani Olmo. Skuad kendalian Luis Enrique sememangnya menguasai permainan dengan 60 […]

Akta Pekerja Jerman Risikokan Aksi Lamine Yamal

Khidmat bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal berkemungkinan tidak dapat digunakan sepenuhnya disebabkan oleh akta yang digunapakai di negara Jerman Lamine Yamal merupakan tonggak utama skuad La Roja dan telah diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam dua aksi pertama di Euro 2024 menentang Croatia dan Itali minggu lalu. Meskipun baru berusia 16 tahun, namun aksi lincah pemain […]