Louis van Gaal Capai Persetujuan Kendali Pasukan Belanda

Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) dan Louis van Gaal dikhabarkan mencapai persetujuan untuk kembali mengendalikan pasukan “The Oranje” tersebut. Pengendali sebelum ini, Frank de Boer melepaskan jawatannya berikutan aksi buruk Belanda dalam kempen Kejuaraan EURO 2020 baru-baru ini. Kali terakhir Van Gaal mengendalikan pasukan profesional adalah pada tahun 2016 ketika beliau mengendalikan pasukan Manchester United […]

EURO 2020 : Rakaman Ini Menjelaskan Segalanya Apa Yang Terjadi di Wembley

Rakaman berdurasi 26 saat ini menjelaskan segalanya apa yang sebenarnya terjadi pada saat-saat terakhir sebelum Itali memenangi Trofi EURO 2020. Lebih manis (buat penyokong Itali) adalah kemenangan saat akhir ini berlaku di Stadium Wembley dengan kepadatan penonton melebihi 65,000 penonton. Penyokong England menanti dengan penuh harapan terhadap tendangan Bukayo Saka dengan keadaan sedikit sepi. Ternyata […]

Bagaimana Roberto Mancini Bentuk Itali Julang Kejuaraan Euro 2020

Kejuaraan Euro 2020 sudah melabuhkan tirainya selepas Itali berjaya menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley. Pastinya kejuaraan itu membuatkan nama Roberto Mancini sentiasa mekar di hati penyokong-penyokong bola sepak Itali. Ini kerana magis beliau ternyata menjadi dan beliau membuktikannya apabila Itali yang sebelum ini merupakan pasukan yang langsung tidak diletakkan harapan, kini […]

EURO 2020 : Penyokong England Bantai Penyokong Itali

Tular sebuah rakaman di mana beberapa penyokong Itali dicaci dan dibantai di kawasan seakan-akan berdekatan transportasi awam. Dalam perlawanan awal pagi tadi, England tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti selepas Saka, Sancho dan Rashford gagal menyempurnakan sepakan penalti. Keganasan bola sepak melibatkan pengganas (hooligan) dari England bukanlah sesuatu yang asing lagi-lagi perlawanan ini pula […]

Memasukkan Dua Pemain United Pada Masa Kecederaan Makan Diri Southgate

Keputusan jurulatih pasukan England, Gareth Southgate untuk memasukkan dua bintang muda Manchester United, Jadon Sancho dan Marcus Rashford memakan diri sendiri apabila kedua-dua pemain itu menjadi punca kegagalan pasukan itu menjulang piala berprestij itu awal pagi tadi. Keputusan drastik itu dilakukan oleh pengurus tersebut dilihat signifikan dengan kegagalan England untuk menghabiskan 90 minit perlawanan selepas […]

Kemenangan England Ditangguhkan, Itali Menjuarai EURO 2020

Hasrat England membawa pulang bola sepak ke rumah tidak kesampian selepas tewas menerusi sepakan penalti kepada pasukan Itali. England menjaringkan gol seawal minit ke-2 menerusi sepakan deras pertahanan kiri England, Luke Shawl selepas menerima hantaran kemas pemain Atletico Madrid, Kieran Trippier. Itali memperoleh peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi sepakan deras Federico […]

Siaran Langsung (Blog) Euro 2020: Italy vs England Live Streaming Blog + Team News

Hari bersejarah buat kedua-dua pasukan ENGLAND dan Itali untuk perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley di hadapan lebih 65,000 peminat. Kemas Kini: Itali bantai England di Wembley The Three Lions sebelum ini cemerlang sehingga kini namun berhadapan tugas sukar menghadapi pasukan Azzurri. Sepak mula: 3 pagi GMT +8Strim TV / Siaran Langsung: Astro Supersport […]

Didakwa Dari Masa Depan, Individu Ini Ramal England Tewas Kepada Itali

Itali dan England bakal bertemu dalam perlawanan akhir Kejohanan EURO 2020 di Stadium Wembley, London. Perlawanan ini menjadi satu kegilaan terutamanya buat penyokong England yang menunggu berpuluh tahun untuk melihat England kembali ke perlawanan akhir dalam kejohanan sebesar ini. Namun rata-rata penyokong England mula risau setelah tular individu yang mendakwa beliau adalah dari masa depan […]

Sebenarnya Gol Damsgaard Tidak Sah

Perlawanan separuh akhir Euro 2020 membabitkan aksi Denmark menentang England menyaksikan ‘The Great Wall’ pasukan kendalian Gareth Southgate runtuh selepas mengharungi lima perlawanan tanpa sebarang bolos. Semua mata tertumpu kepada gol mustahil jarak jauh yang dijaringkan pemain muda berbakat, Mikkel Damsgaard yang menewaskan penjaga gol Everton, Jordan Pickford menerusi satu sepakan percuma pada minit ke-30 […]

Aksi Tak Masuk Akal Schmeichel Jadi Bualan

Penjaga gol Leicester City dan Denmark, Kasper Schmeichel tampil sebagai wira apabila menampilkan aksi yang cukup menakjubkan meskipun pasukan Denmark tewas kepada England dengan jaringan 2-1 dalam saingan Euro 2020 di Stadium Wembley awal pagi tadi. Dalam perlawanan itu, Kasper beberapa kali berjaya mematahkan serangan pasukan lawan yang dipimpin oleh Harry Kane, Bukayo Saka dan […]

Euro 2020 : Itali ‘Berpeluh’ Ke Final

Pertemuan Sepanyol dan Itali pastinya menarik perhatian ramai apabila pengendali Sepanyol, Jose Enrique mengambil keputusan untuk tidak meletakkan seorang penyerang tulen pun dalam kesebelasan utama walaupun mempunyai Alvaro Morata dan Gerard Moreno. Permainan dimulakan dengan penguasaan sepenuhnya oleh Sepanyol dan Itali menerapkan tekanan tinggi pada 5 minit pertama. Hantaran pendek oleh Sepanyol cuba dipintas secepat […]

Maguire : Sasaran England Adalah Juara Euro 2020

Pertahanan pertahanan England, Harry Maguire menegaskan bahawa sasaran utama England dalam Euro 2020 hanyalah satu iaitu menjadi juara pada edisi kali ini. Jika sasaran itu dicapai, ianya merupakan kali pertama dalam sejarah England memenangi Kejuaraan Eropah. Maguire yang juga merupakan pemain pertahanan termahal dunia itu juga memuji kebijaksanaan dan sumbangan pengendali England, Gareth Southgate dalam […]

Euro 2020: England Belasah Ukraine

Pengendali England, Gareth Southgate menggunakan taktikal berbeza kali ini dengan formasi 4-2-3-1. Beliau memasukkan pemain baru Manchester United, Jadon Sancho dalam kesebelasan utama. Manakala di pihak Ukraine pula, Andriy Shevchenko menggunakan formasi 5-3-2 yang dilihat lebih cenderung untuk mengukuhkan benteng. Permainan dimulakan dengan penguasaan England dan hasilnya seawal minit ke 4 satu hantaran menarik dari […]

Sepanyol Hampir Dimalukan Switzerland

Sepanyol merupakan pasukan pertama yang layak ke peringkat separuh akhir apabila menewaskan Switzerland yang bermain dengan 10 pemain melalui penentuan sepakan penalti di Saint Petersburg awal pagi tadi. Dalam perlawanan itu, Sepanyol terlebih dahulu dihadapan seawal minit ke 7 perlawanan apabila bek kiri pasukan Barcelona iaitu Jordi Alba melakukan satu rembatan yang membias kaki pemain […]

Luca Loutenbach Secara Rasminya Menjadi “Meme” Dan Ditawarkan Tiket Dan Percutian Percuma

Wajah penuh perasaan, putus asa dan akhirnya gembira. Begitulah apa yang terjadi kepada seorang penyokong Switzerland yang gambarnya tular di sosial media. Keadaan yang menggamit dan penuh emosi seorang penyokong sejati ini menarik minat banyak pihak yang mencari lelaki bernama Luca Loutenbach. Luca akhirnya ditawarkan tiket percuma untuk perlawanan suku akhir Switzerland menentang Perancis dan […]

England Robohkan Tembok Jerman

Pasukan kendalian Gareth Southgate berjaya untuk membenam cabaran pasukan Jerman dengan jaringan 2-0 pada pusingan 16 terbaik di laman sendiri awal pagi ini. Permainan yang cukup berintensiti tinggi dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan asakan bertali arus dilancarkan untuk menembusi gawang kedua-dua pasukan pada babak pertama. German kelihatan lebih dominan dengan percubaan-percubaan berbahaya dilancarkan ke arah […]