Tano Solari Kini Dilantik Jurulatih Baru Everton

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Esteban ‘Tano’ Solari sah bergelar jurulatih baru kelab Chile, Everton de Vina del Mar. Perlantikan jurulatih berusia 43 tahun itu diumumkan kelab berkenaan menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini. Solari menggantikan bekas jurulatih sebelumnya, Francisco Meneghini yang dipecat selepas Everton tewas kepada […]

“Kami Tak Raikan Keputusan Seri” – Esteban Solari

Hasrat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengekalkan seratus peratus rekod kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini tidak menjadi kenyataan apabila diikat Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 3-3 pada aksi di Stadium Darul Aman semalam. Keputusan itu nyata memberi kesan kepada barisan pemain dan staf kejurulatihan JDT yang dilihat tidak gembira dengan keputusan […]

Esteban Solari Puji Kekentalan Pertahanan PDRM

Kemenangan 1-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas PDRM semalam dilihat kemenangan berharga bagi melebarkan lagi kelebihan mereka sebagai pendahulu liga. Di sebalik semua itu, jurulatih JDT, Esteban Solari turut memuji usaha pertahanan mantap yang dipamerkan lawan mereka di Stadium MBPJ. Biarpun menurunkan penjaga gol muda, Hakeem Hamidun, The Cops bermati-matian mempertahankan gawang mereka. Malah, […]

Tano Solari: JDT Kena Beradaptasi Dengan Taktik Membuang Masa Lawan

Semalam, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status sebagai pasukan pilihan Piala FA dengan mengalahkan PDRM 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi pada babak kedua, JDT dihampakan dengan taktik ‘roadblock’ pelawat termasuk kerap membuang masa – satu perkara yang menjengkelkan jurulatih mereka, Esteban Solari. Bukan sekali ancaman serangan JDT berjaya dipatahkan barisan pertahanan The Cops yang […]

Esteban Solari Akui Aksi Bertemu Kedah Adalah Perlawanan Sukar

Kemenangan besar 6-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semalam jelas sekali membuktikan jurang yang jauh di antara JDT dan pasukan-pasukan lain yang bersaing di Liga Super musim ini. Ini bukanlah kali pertama JDT mengakhiri perlawanan dengan kemenangan besar kerana mengikut rekod, daripada lapan perlawanan yang telah pun dilalui […]

Tano Solari Lihat Persembahan JDT Sempurna

Selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Sabah, ia bukan saja mengekalkan JDT di tampuk pendahulu liga. Malah, jurulatih mereka Esteban ‘Tano’ Solari menyifatkan persembahan yang ditampilkan Harimau Selatan sebagai sempurna. Ini kerana walaupun Sabah mengamalkan pendekatan bertahan, pasukan pelawat berjaya dibolosi menerusi Arif Aiman (minit ke-20) dan Juan Muniz (minit […]

Natxo Insa Dijangka Kembali Perkuat JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sedikit tempang menjelang perlawanan menentang Sabah esok susulan kecederaan beberapa pemain utama. Di sebalik berita berkenaan, penyokong Harimau Selatan boleh menghela nafas lega apabila Natxo Insa bakal kembali memperkuat pasukan. Natxo sebelum ini berehat panjang selepas mengalami kecederaan belakang. Begitupun, jurulatih JDT, Esteban Solari tidak memberi sebarang jangka masa bila […]

Tano Solari Mahu JDT Waspada Cabaran Selangor

Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini cemerlang di persada liga dengan empat kemenangan dan tanpa sebarang kekalahan. Tetapi menjelang perlawanan Liga Super menentang Selangor esok, Esteban ‘Tano’ Solari mahu anak-anak buahnya berwaspada dengan cabaran tuan rumah. Ini kerana selain JDT, Selangor juga masih belum kalah dalam empat perlawanan. Dan anak-anak buah Tan Cheng Hoe pastinya […]

Tano Solari Anggap Pertahanan JDT Bakal Tampil Lebih Baik Berdepan Selangor

Walaupun mengecapi kemenangan keempat Liga Super ke atas Kelantan hari ini, seri kemenangan 5-1 Johor Darul Ta’zim (JDT) tercalar apabila gawang mereka dibolosi menerusi penalti Leonardo Rolon untuk pasukan Kelantan. Bagi jurulatih JDT, Esteban ‘Tano’ Solari, barisan pertahanan Harimau Selatan perlu tampil lebih baik dalam perlawanan seterusnya menentang Selangor. Gol Kelantan terhasil apabila penjaga gol […]

Tano Solari Tak Mahu Arif Aiman Berhenti Asah Bakatnya

Kehebatan bintang baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi semakin terserlah termasuk dalam Perlawanan Sumbangsih semalam. Atas sebab itu juga, jurulatih JDT, Esteban Solari mahu anak buahnya itu terus berusaha mengasah bakatnya untuk sampai ke peringkat lebih tinggi. Arif meraih satu bantuan gol apabila hantarannya mudah disempurnakan Bergson da Silva untuk gol kedua tuan […]