Cemerlang Gilap Hwang Hee-chan, Jurulatih Wolves Diburu Man United

Selepas cemerlang menggilap bakat seperti Hwang Hee-chan, jurulatih Wolves iaitu Gary O’neil kini berada dalam radar Manchester United. Menerusi laporan oleh wartawan ESPN, Mark Odgen, Manchester United mahu bercakap dengan ketua jurulatih Wolverhampton Wanderers, Gary O’Neil mengenai peranan pembentukan barisan kejurulatihan baharu yang berpotensi dibentuk di Old Trafford. Kehadiran kumpulan Ineos kendalian Sir Jim Ratcliffe […]
Liverpool & Man United Buru Tonggak Hebat Bernilai RM180 Juta

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Man United FC memburu khidmat pengganti jangka panjang di bahagian serangan pasukan. Pemain yang dimaksudkan itu ialah pemain sayap Borussia Dormund, Donyell Malen yang kini menjadi sebutan ramai di Jerman. Bintang kelahiran Belanda itu sudah menyertai The Yellow Walls sejak tahun 2021 menjadi antara watak penting pasukan. […]
PSG Pilih Musa Al-Taamari Ganti Kylian Mbappe

Jaguh Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) memantau rapi perjalanan pemain sayap Jordan, Musa Al-Tamari sebagai pengganti terbaik kepada Kylian Mbappe. Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan persembahan cemerlang pada kejohanan Piala Asia AFC 2023 untuk membantu Jordan muncul selaku naib juara. Kudrat pemain sayap Montpellier itu bagaimanapun telah membuka mata beberapa kelab ternama Eropah […]
Pemain Malaysia ‘Berguru’ Dengan Hwang Hee-chan Di England

Pemain Malaysia berpeluang untuk menimba ilmu dan belajar bersama penyerang prolifik Liga Perdana Inggeris (EPL), Hwang Hee-chan di England. Bintang Korea Selatan itu merupakan watak penting pasukan di Piala Asia AFC 2023 tempoh hari apabila membantu Taeguk Warriors ke separuh akhir. Beliau kini kembali bersama kelabnya, Wolverhampton Wanderes di England bagi meneruskan saingan musim ini. […]
Selangor Jadi Bualan Orang Eropah

Kelab Liga Super, Selangor FC mula menjadi perhatian dan bualan orang Eropah selepas satu sesi pengenalan pemain yang mengagumkan. Semuanya bermula apabila The Red Giants mengumumkan ketibaan pemain tengah berbakat, Nooa Laine yang dipinjam dari kelab Finland, SJK Seinajoki. Pemain berusia 22 tahun itu tiba ke Liga Malaysia secara pinjaman selama semusim dan berpeluang untuk […]
Balotelli Tinggalkan Kedah, Kembali Ke Eropah

Penyerang import Kedah Darul Aman FC, Jonathan Balotelli mengejutkan para penyokong Sang Kenari apabila sah meninggalkan Kedah untuk kembali ke kancah bola sepak eropah. Balotelli, 34, merupakan pemain import yang dibawa masuk ke Kedah pada awal musim 2023 bersama-sama seorang lagi penyerang dari Brazil iaitu Willian Lira. Khidmat Balotelli sememangnya jarang digunakan oleh pengendali Kedah, […]
4 Pemain Utama Korea Selatan ‘Meletup-Letup’ Di Eropah

Pasukan ketiga terbaik Asia, Korea Selatan kini sibuk mengatur persiapan ke Piala Asia 2023. Persiapan pasukan yang dibimbing Jurgen Klinsmann itu mendapat suntikan semangat apabila empat tonggak utama mereka cemerlang dengan pasukan masing-masing di Eropah. Empat pemain yang dimaksudkan ialah Kim Min-jae (Bayern Munich), Lee Kang-in (Paris Saint-Germain), Hong Hyun-seok (KAA Gent) dan kapten, Son […]
Bakat Baru: Pemain Malaysia-Belanda, Noah Leembruggen Kukuhkan Langkah di Eropah

Malaysia berpotensi mempunyai seorang lagi pemain kacukan kelahiran Belanda, Noah Leembruggen yang kini mengukuhkan langkah di pentas bola sepak Eropah. Pemain berusia 18 tahun ini mula meraih perhatian selepas laman Frfuturetalents memaklumkan tentang perkembangan terkini pertahanan kanan kelahiran Belanda ini. Beliau yang juga merupakan bekas pemain Akademi Ajax memiliki hubungan tiga kewarganegaraan iaitu Malaysia, Belanda […]
Jerman Muncul Juara Piala Dunia B-17 Kali Pertama, Gah Tumbangkan Perancis

Pasukan kebangsaan Jerman melakar sejarah untuk menjulang Piala Dunia B-17 selepas menundukkan jaguh Eropah, Perancis dengan keputusan 4-3 hasil penentuan sepakan penalti. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Manahan menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat untuk menjulang trofi berprestij ini. Anak didik Christian Wuck tampil lebih garang pada babak pertama sekaligus menyebabkan Perancis lebih banyak bertahan. […]
Man United & Liverpool Berebut Bintang ‘RM180 Juta’ Eropah

Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Liverpool membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat pemain sayap lincah Belanda, Donyell Malen. Pemain Borussia Dortmund ini sering mencuri rumpuan pasukan gergasi di Eropah susulan persembahan memukaunya di Bundesliga. Malen sudah lama berada dalam pantauan ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp yang berhasrat untuk membawa pemain ini […]
JDT Bakal ‘Terbang’ Ke Sepanyol & Portugal

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan bahawa pasukan akan menjalani pra-musim 2024 dan 2025 di Sepanyol dan Portugal. Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh laman Johor Southern Tigers, keputusan ini susulan perbincangan yang menggalakkan antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan pemilik Portimonense FC, Constantin Teodoro Panagopoulos. DYAM […]
Kelantan FC Pecah Rekod Swindon Town

Pasukan Liga Super 2023, TRW Kelantan FC kini secara rasmi telah memecahkan rekod yang dipegang oleh kelab Divisyen 3 Inggeris, Swindon Town menerusi aksi yang ditampilkan musim ini. Pasukan bimbingan Alfredo Vera menghadapi pelbagai masalah sama ada dalam mahupun luar padang sekaligus memberikan tamparan hebat kepada pasukan. Hal ini terbukti apabila The Red Warriors kini […]
Pemain Turkiye Bantu Lindungi Kanak-Kanak Pengiring Dari Kesejukan

Pasukan kebangsaan Turkiye mempamerkan sikap terpuji apabila membantu kanak-kanak pengiring yang kesejukan di atas padang. Aksi antara juara Piala Dunia 2014, Jerman dan Turki mencuri perhatian apabila gergasi dunia itu ditumbangkan oleh Turki dengan keputusan 3-2. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik Berlin itu menyaksikan anak didik Julian Nagelsmann tewas dan menerima tamparan hebat selepas […]
Cristiano Ronaldo Hampir Dimalukan Pasukan Ke-200 Dunia

Penyerang lagenda Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi terpaksa menjadi sandaran pasukan sungguhpun beraksi menentang pasukan ke-200 dunia semalam. Kapten Portugal itu diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan pasukan bersama Gonçalo Ramos namun gagal mencatat sebarang jaringan pada babak pertama. Bersambung babak kedua, kudrat pemain berpengalaman ini berjaya memecah kebuntuan apabila menerima hantaran cantik daripada bintang […]
Muka Hampir Pecah, Pengadil Pilih Keputusan Ganjil

Perlawanan Liga Turki antara pasukan Beşiktaş dan juga Başakşehir İstanbul berlangsung dengan penuh kontroversi selepas pengadil perlawanan memilih keputusan ganjil. Aksi antara dua pasukan berstatus besar di Turki itu menyaksikan kemenangan menjadi milik tuan rumah dengan keputusan tipis 1-0. Jaringan daripada Jackson Muleka pada babak kedua sudah cukup untuk membantu pasukan memperoleh tiga mata dan […]
Tular Tindakan Kelab Chile Zahir Sokongan Hebat Kepada Palestin

Perlawanan yang berlangsung di Liga Chile mencuri tumpuan apabila dua pasukan yang bertarung menzahirkan sokongan padu kepada Palestin. Aksi antara pasukan Palestino dan juga Ñublense berkesudahan dengan seri 1-1 namun tumpuan terarah kepada sokongan yang dilakukan oleh para pemain terhadap nasib yang melanda bumi Gaza ketika ini. Felipe Chamorro menjaringkan gol pembukaan perlawanan kepada Palestino […]