Israel Jadi ‘Lauk’ Itali

Israel menaggung malu dalam saingan UEFA Nations League apabila tumpas di tangan Itali. Aksi kedua Kumpulan 2 menyaksikan The Azzurri berdepan Israel di Hungary dengan misi untuk meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Perancis. Pasukan bimbingan Luciano Spaletti menurunkan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Donnarumma, Bastoni, Tonali dan Raspadori dalam senarai permulaan. Usaha baik itu dimulakan […]

‘Dokumen Dari Jerman’ Mats Deijl Hampiri Harimau Malaya

Pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl menunggu dokumen dari Jerman sekaligus menghampiri Harimau Malaya. Baru-baru ini, tular berita selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin bahawa FAM telah dihubungi oleh pemain kelahiran Belanda. Beliau memberitahu Ketua Jurulatih, Pau Marti mengenai susur galurnya yang berketurunan Malaysia. Mats dalam satu sesi […]

Kapten Burnley, Joshua Brownhill Sahkan Ada Darah Malaysia

Kapten Burnley FC, Joshua Brownhill mengesahkan bahawa dirinya benar-benar berketurunan Malaysia. Perkara ini dikongsikan secara rasmi oleh laman Frfuturetalents mengenai perkhabaran seorang lagi tonggak yang berpotensi mewakili Harimau Malaya. Baru-baru ini, pertahanan Go Ahead Eagles iaitu Mats Deijl memberitahu bahawa beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia dan sudah pun berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia […]

Belgium Malukan Israel Cukup-Cukup

Pasukan kebangsaan Belgium memberikan kekalahan memalukan kepada Israel awal pagi tadi. Skuad kendalian Domenico Tedesco beraksi cemerlang untuk membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan, Kevin De Bruyne pada minit ke-21. Belgium bagaimanapun tersentak namun Israel hanya mengharapkan jasa baik gol sendiri pertahanan lawan iaitu Timo Castagne pada minit ke-36. Aksi babak pertama tamat dengan keputusan […]

Bintang JDT, Chico Geraldes Sertai Kelab LaLiga 2, Eldense

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Chico Geraldes telah menyertai kelab La Liga 2, CD Eldense. Pemain berusia 29 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25 namun berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat. Tonggak kelahiran Portugal itu kali terakhir bersama JDT adalah pada aksi final Piala FA 2024 sebelum membuat keputusan untuk berhijrah. Menerusi […]

Fernando Forestieri Di Watford

Penyerang berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dikesan berada di Watford. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan pemain Harimau Selatan sejak tahun 2022 namun kurang beraksi musim ini akibat kecederaan. Beliau bagaimanapun mencuri perhatian peminat bola sepak tanah air apabila dikesan berada di Watford yang juga merupakan bekas kelabnya. Tonggak kelahiran Itali ini beraksi […]

Bolos 6 Gol, Penyokong Wolves Balik Awal Lawan Chelsea

Penyokong Wolves memilih untuk pulang lebih awal selepas melihat pasukan kesayangan dibelasah teruk oleh Chelsea. The Blues mempamerkan aura sebenar di atas padang selepas tewas 2-0 di tangan Manchester City. Chelsea bermula kurang baik pada babak pertama apabila dibolosi dua gol namun diselamatkan dengan ledakan awal Nicolas Jackson dan gol cantik Cole Palmer. Aksi babak […]

Pemain Kacukan Malaysia Banggakan Chelsea

Pemain kacukan Malaysia mencipta kebanggaan di Chelsea ketika ini. Tonggak yang dimaksudkan itu ialah perancang tengah The Blues, Kiernan Dewsbury-Hall yang mula menjadi pilihan utama pasukan. Ketua Jurulatih, Enzo Maresca sekali lagi meletakkan kepercayaan kepada pemain berusia 25 tahun itu untuk beraksi tetapi kali ini dalam kesebelasan utama. Beliau memastikan Chelsea selangkah untuk layak ke […]

Helah Guna Bahasa Melayu Elak Diintip China Menjadi Lagi

Helah menggunakan bahasa Melayu ketika menentang wakil dari China menjadi lagi. Situasi itu berlaku melibatkan pertembungan antara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika menentang pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang. Aksi di gelanggang satu berakhir dengan kemenangan diraih wakil China dengan keputusan 24-22, 21-14. Tumpuan peminat bagaimanapun terarah kepada helah yang digunakan oleh jurulatih, […]

Berita Bekas Bintang Atletico Madrid Sertai JDT Tular Di Thailand

Berita perpindahan bekas pemain bintang Atletico Madrid ke Liga Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di Thailand. Perkara ini dimaklumkan oleh wartawan SNE Sports, Offeris Wichitchote berkenaan perpindahan pemain yang dikaitkan menyertai skuad JDT. Pemain yang dimaksudkan itu ialah Hector Hernandez yang kini beraksi buat GD Chaves dalam kancah Liga Portugal 2. Tonggak yang […]

Harimau Malaya Ada Peluang Miliki 3 Pemain Warisan Berdarah Terengganu

Harimau Malaya berpotensi miliki 3 orang pemain warisan berdarah Terengganu pada masa hadapan. Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai keberadaan tiga watak meningkat naik di Eropah ketika ini. Dua watak yang sering menjadi sebutan penyokong ialah Robin Van Duiven dan juga Jason Van Duiven yang kini berkelana di Belanda. Kedua-dua pemain ini beraksi bersama […]

Euro 2024: Siaran Langsung Aksi Sepanyol & Perancis Awal Pagi Ini

Euro 2024: Siaran langsung aksi separuh akhir antara Sepanyol dan Perancis mencuri tumpuan awal pagi ini. Perjalanan penuh liku dilakui oleh kedua-dua pasukan dalam merebut satu tiket ke final edisi kali ini. La Roja berjaya mengatasi cabaran hebat Jerman dengan keputusan 2-1 sementara Perancis menyingkirkan juara 2016, Portugal menerusi penentuan penalti. Detik kali ini penting […]

Tular Berita Perpindahan Pemain Barcelona Sertai JDT Di Eropah

Berita mengenai perpindahan pemain Barcelona SC ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mula tersebar di Ecuardor. Perkara ini dilaporkan oleh salah seorang wartawan terkemuka Eropah, Joaquin Saavedra tentang kelibat penyerang berbisa Barcelona SC, Francisco Fydriszewski yang dikaitkan ke JDT. Laporan tersebut menyatakan bahawa penyerang yang diberi jolokan ‘El Polaco’ itu menerima pelbagai tawaran dengan salah […]

EURO 2024: Senarai Aksi Siaran Langsung Percuma Buat Rakyat Malaysia Malam Ini

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton aksi EURO 2024 secara percuma malam ini. Kehangatan kejohaanan berprestij di Eropah itu mendapat liputan meluas dalam kalangan peminat bola sepak tempatan dan luar negara. Menerusi satu pengumuman oleh penyiar rasmi EURO 2024, pihaknya telah menawarkan beberapa perlawanan yang boleh ditonton oleh rakyat Malaysia. SPOTV NOW memaklumkan bahawa bakal menyediakan […]

Copa América: Gol Dramatik Bawa Argentina Atasi Kanada

Copa América: Argentina mencatatkan kemenangan 2-0 pada aksi pembukaan berdepan Kanada. Skuad kendalian Lionel Scaloni mempertaruhkan kesebelasan terbaik dengan meletakkan Lionel Messi, Angel Di Maria, Lisandro Martinez dan juga Emiliano Martinez dalam kesebelasan utama. Aksi babak pertama berlangsung hambar apabila tidak banyak percubaan berjaya dilancarkan oleh jentera serangan berkelas dunia Argentina. Kanada lebih selesa mengatur […]

Euro 2024: Sepanyol ‘Titik’ Itali, Mara Ke Pusingan 16 Terbaik

Sepanyol mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik selepas membenam cabaran Itali. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Veltins Arena itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk memburu 3 mata. Anak didik Luis De La Fuente menekan seawal minit pertama permainan menerusi gerakan pantas daripada bahagian sayap kiri dan kanan. Kekebalan benteng pertahanan pasukan telah menafikan […]