Russia Belasah Syria Di Volgograd

Russia merekodkan satu lagi kemenangan besar apabila membelasah Syria 4-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Volgograd. Sbornaya mahu meneruskan rentak kemenangan selepas membelasah Brunei 11-0. Manakala Syria pula mahu bangkit selepas tewas kepada Thailand dalam aksi final King’s Cup pada Oktober lalu. Aleksei Miranchuk menjadi pilihan pengendali Russia, Valery Karpin untuk merobek gawang Helang Qasiun. […]

Jurulatih Rebah Ketika Aksi Hungary & Belanda

Aksi Liga Negara-Negara UEFA (UNL) membabitkan Hungary dan Belanda ditangguh selama 13 minit susulan insiden kecemasan perubatan membabitkan Adam Szalai. Belanda perlu menang jika ingin layak ke suku akhir UNL selaku naib juara Kumpulan A3. Manakala Hungary juga perlu menang jika ingin memburu slot naib juara kumpulan. Ini juga aksi ketiga Szalai sebagai pembantu jurulatih […]

Portugal Jadikan Poland Mangsa Belasahan

Portugal mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) dengan membelasah Poland 5-1. A Selecao berharap dapat mengesahkan kelayakan ke suku akhir UNL dengan satu lagi kemenangan. Manakala Orly pula mahu merampas kedudukan kedua Kumpulan A daripada Croatia sekiranya berjaya menewaskan Portugal. Pengendali Portugal, Roberto Martinez menurunkan skuad terkuat diketuai Cristiano Ronaldo meskipun berdepan […]

Cristiano Ronaldo Sedih Ada Pemain Tolak Peluang Wakili Negara

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo mengakui kecewa bila ada pemain yang menolak peluang mewakili skuad kebangsaan negara itu. Luahan penyerang berusia 39 tahun itu dibuat dalam majlis anugerah Quinas De Ouro anjuran Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) pada 11 November lalu. Legenda Manchester United itu menerima anugerah Platinum Quinas bagi mengiktiraf jasanya yang mempromosikan kecemerlangan bola […]

Benjamin Mora Tinggalkan York United, Pulang Ke Malaysia?

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak lagi bersama kelab Kanada, York United. Hal ini selepas pengendali muda itu telah mencapai persetujuan untuk meninggalkan kelab Canadian Premier League (CPL) itu pada akhir musim 2024. Keputusan ini diumumkan York United di laman sesawang rasmi mereka. “Kami berterima kasih kepada Benjamin atas semua perkara yang […]

FA Palestin Kecam Tindakan Biadab Penyokong Israel Di Belanda

Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengecam tindakan biadab penyokong Israel dalam aksi Liga Europa UEFA antara Ajax Amsterdam dan Maccabi Tel Aviv. Kekecohan tercetus di luar Johan Cruyff Arena selepas tamat perlawanan antara kedua-dua pasukan pada 7 November (awal pagi 8 November). Ramai penduduk Amsterdam menyifatkan perkara ini terjadi angkara provokasi melampau penyokong Maccabi. Beberapa […]

Pemain Warisan, Joshua Brownhill Dicalonkan Pemain Terbaik Bulanan Di England

Kapten Burnley, Joshua Brownhill sekali lagi menerima pencalonan untuk Pemain Terbaik Bulanan PFA untuk bulan Oktober 2024. Pemain tengah warisan Malaysia itu menerima pencalonan itu selepas membantu Burnley kekal tanpa kalah sepanjang bulan berkenaan. Ini termasuk dua kemenangan yang diraih ke atas Plymouth Argyle dan Sheffield Wednesday pada 1 dan 19 Oktober lalu. Menariknya, kedua-dua […]

Suphanat Mueanta Tinggalkan OH Leuven

Penyerang muda Thailand, Suphanat Mueanta sah meninggalkan kelab Belgian Pro League, OH Leuven. Perkara ini disahkan pengurusan OHL menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi pasukan itu. Keputusan menamatkan kontrak pinjaman beliau dibuat pengurusan kelab Belgium itu dan Buriram United selepas mendapati Suphanat tidak mendapat minit permainan yang kerap untuk musim 2024/25. “Suphanat ‘Bank’ Mueanta […]

Sporting CP Untung RM66 Juta Kerana Man Utd

Kelab gergasi Portugal, Sporting CP meraih laba bernilai €14 juta (RM66 juta) disebabkan usaha Man Utd mendapatkan pengurus mereka, Ruben Amorim. Selepas memilih memecat pengurus Belanda, Erik ten Hag, pengurusan The Red Devils memilih Amorim sebagai calon utama untuk mengisi kerusi panas di Old Trafford. Walau bagaimanapun, Sky Sports mendedahkan United perlu membayar klausa pelepasan […]

Piala EFL: Cody Gakpo Pacu Liverpool Ke Suku Akhir, Tundukkan Brighton

Dua gol Cody Gakpo pada separuh masa kedua memastikan Liverpool menewaskan Brighton 3-2 di pusingan 16 pasukan terbaik Piala EFL. Kedua-dua pasukan mahu meneruskan rentak baik dalam kejohanan ini untuk meraih trofi buat jurulatih, Arne Slot (Liverpool) dan Fabian Hurzeler (Brighton). Gakpo dan Luis Diaz menjadi sandaran gol The Reds. Manakala Julio Enciso dan Evan […]

Rodri Muncul Pemenang Ballon d’Or, Atasi Vinicius Jr

Pemain tengah Sepanyol dan Manchester City, Rodri sah bergelar pemenang Ballon d’Or 2024. Pemilik nama Rodrigo Hernández Cascante itu menewaskan dua bintang Real Madrid, Vinicius Jr dan Jude Bellingham untuk anugerah berkenaan. Rodri menjadi pilihan selepas membantu Sepanyol muncul juara EURO 2024. Beliau turut membantu The Citizens muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala Super […]

Warga Eropah ‘Terbang’ 10,000 KM Saksikan Aksi Selangor vs JDT

Warga Eropah sanggup terbang ke Malaysia bagi menyaksikan pertembungan antara Selangor vs JDT. Aksi ke-14 Liga Super 2024/25 itu menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil tunduk dengan keputusan 3-0. Kehadiran 10,215 orang penyokong ke Stadium MBPJ pada 27 Oktober itu diserikan dengan kehadiran beberapa orang penyokong dari Eropah. Dua pemuda kelahiran Belanda itu ditemui oleh MakanBola […]

UEFA Siasat Pemain Turki Laung ‘Bebas Palestin’ vs Kelab Israel

Seorang pemain Turki disiasat Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana melaungkan slogan ‘Bebas Palestin’ ketika menentang kelab Israel, Maccabi Tel Aviv. Wartawan sukan, Leyla Hamed mendedahkan pemain tengah FC Midtjylland, Aral Simsir disiasat selepas melaungkan slogan pro-Palestin dalam aksi Liga Europa UEFA (UEL) pada awal pagi 4 Oktober. Bekas pemain FK Jerv itu turut dilaporkan […]

Manchester United Suram Tanpa Khidmat Bintang Berbisa, Antony

Manchester United terus diuji apabila Antony menjadi pemain terbaru menyertai senarai kecederaan pasukan itu. United terikat 1-1 dengan Fenerbahce dalam aksi terbaru Liga Europa UEFA (UEL) pada awal pagi 25 Oktober. Gol Youssef En-Nesyri memastikan The Red Devils terus kempunan meraih tiga mata di pentas UEL. Situasi mereka tidak dibantu apabila Antony memberi isyarat kepada […]

UEL: Man Utd Jatuh Ke Tangga 21 Selepas 3 Aksi Hambar

Selepas mengharungi tiga perlawanan Liga Europa UEFA (UEL), Man Utd kini berada di tangga ke-21 liga UEL. Hal ini berlaku selepas The Red Devils merekodkan keputusan seri buat kali ketiga dalam kejohanan itu. Kali ini, giliran Fenerbahce dan bos lama mereka, Jose Mourinho yang mencuri mata daripada United. United pada awalnya mendahului menerusi pemain perancang […]

Anwar El Ghazi Kembali Meledak Bersama Cardiff City

Bekas bintang Aston Villa, Anwar El Ghazi kembali menunjukkan sentuhan gol bersama kelab barunya, Cardiff City. Nama pemain sayap Belanda berusia 29 tahun itu menjadi sebutan peminat bola sepak pada akhir tahun 2023 kerana ketegasannya menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Hal ini menyebabkan El Ghazi dikenakan penggantungan oleh kelabnya ketika itu, FSV Mainz. Meskipun […]