Manchester City Mandi Peluh Atasi Cabaran Yokohama F. Marinos

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi kelab gergasi Jepun, Yokohama F. Marinos 5-3 dalam aksi pra-musim di Stadium Nasional Jepun hari ini. Marinos langsung tidak gentar dengan pencapaian treble yang dicapai City musim lepas dan membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi Anderson Lopes. Tersentak, anak-anak buah Pep Guardiola cuba […]
EPL: Manchester City Menang Selesa Ke Atas Leicester City

Manchester City terus merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal kepada tiga mata selepas mengalahkan Leicester City 3-1. Perlawanan ini turut menyaksikan penyerang Norway, Erling Haaland menyumbat gol ke-32 dalam liga musim ini. Sebaik sepak mula, Citizens mula mengasak lawan mereka yang kini berada di zon penyingkiran EPL. Dan penyokong di Stadium Etihad […]
Feroz Baharudin Tersenarai Bersama Bintang Dunia di SoccerBible

Majalah penerbitan berita berkaitan produk sukan dari United Kingdom, SoccerBible menyenaraikan pertahanan muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin yang dirakam memakai kasut keluaran Mizuno bersama-sama 10 bintang dunia lain. Dalam penyenaraian terbaru yang dikeluarkan SoccerBible, turut terdapat bintang dunia lain seperti Erling Haaland, Kylian Mbappe, Phil Foden, Jude Bellingham dan Bukayo Saka. Dalam penerbitan […]
Erling Haaland Seperti Mesin, Ledak 5 Gol Di UCL

Awal pagi tadi, Manchester City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan mengalahkan RB Leipzig 8-1 secara agregat. Tetapi semua ini takkan berlaku tanpa Erling Haaland yang meledakkan lima gol yang berkesudahan kemenangan 7-0 kepada tuan rumah. Bekas penyerang Borussia Dortmund itu menyumbat tiga gol pada babak pertama dengan penalti pada minit ke-22, […]
Erling Haaland Orang Terpantas Jaringkan 20 Gol

Awal pagi ini, Manchester City meraih kemenangan rutin 3-1 dalam perlawanan EPL menentang Leeds United. Tetapi Erling Haaland telah mencipta rekod tersendiri sebagai pemain EPL paling pantas menyumbat 20 gol dalam liga! Dua gol Haaland dalam perlawanan tersebut hadir pada minit ke-51 dan 64 selepas menerima umpanan Jack Grealish. Dengan 20 gol EPL, penyerang Norway […]
Erling Haaland Tak Sabar Tunggu EPL Kembali

Dengan Argentina menjulang Piala Dunia 2022, maka tamatlah sudah temasya bola sepak berprestij itu. Dan itu juga bermakna saingan bola sepak utama termasuk EPL bakal kembali. Salah seorang yang tak sabar saingan liga disambung semula ialah penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland. Musim ini, Haaland sudah menyumbat 18 gol sekaligus menjadikannya penjaring terbanyak EPL setakat […]
Ashton United Mahu Pinjam Haaland 28 Hari

Kelab daripada Utara England, Ashton United dilaporkan mahu meminjam penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland selama 28 hari. Ashton United telahpun mengesahkan bahawa mereka telah menghantar tawaran rasmi kepada Manchester City menerusi sepucuk surat. Menurut kenyataan dikeluarkan, Ashton United mahu membantu penyerang tersebut untuk terus mengekalkan tahap kecergasanya semasa Liga cuti rehat Piala Dunia nanti. […]
“Saya Bagitahu Haaland Tolong Berhenti Jaringkan Gol” – Pep

Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola mengaku bahawa beliau amat cemburu dengan penyerang sensasi pasukan, Erling Haaland. Pengendali kelahiran Sepanyol itu memberi respon kepada kata-kata yang dihamburkan oleh bekas anak didik beliau, Zlatan Ibrahimovic yang pernah bersamamya ketika di Barcelona. Ibrahimovic menggambarkan Guardiola merupakan seorang jurulatih yang sangat ego dan bakal menyekat perkembangan Haaland untuk […]
Guardiola Sedih Dengan Haaland

Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola berdukacita dengan penyerang sensasi pasukannya, Erling Haaland setelah mencatat kemenangan 4-0 ke atas Southampton semalam. Pengendali kelahiran Sepanyol itu terus memberi kepercayaan kepada bintang muda Norway itu untuk bergandingan bersama Phil Foden dan juga Riyad Mahrez pada bahagian serangan. Pemain berusia 22 tahun itu sudah pun menjaringkan gol dalam […]
Bukan Satu, Tapi Tiga Rekod Yang Berjaya Dicipta Oleh Erling Haaland

Kehadiran Erling Haaland dalam skuad Manchester City musim ini jelas sekali menjadi satu kebanggaan buat para penyokong ‘The Citizens’ itu. Ketajaman yang dimiliki Haaland semakin terserlah selepas beliau membantu Manchester City menewaskan musuh setempat, Manchester United dengan keputusan 6-3 dalam perlawanan yang berlangsung semalam. Namun tidak ramai menyangka dalam perlawanan tersebut, Erling Haaland yang baru […]
Gerrard Mohon Pep Rehatkan Haaland

Menjelang aksi Liga Perdana Inggeris yang menemukan Aston Villa dan Manchester City awal pagi esok, pengendali Aston Villa, Steven Gerrard sedar mengenai ketajaman penyerang berbisa City, Erling Haaland. Dalam masa yang sama, Gerrard berharap agar Haaland akan direhatkan dalam aksi menentang pasukannya di laman sendiri. “Dia sangat berbeza. Seorang penyerang yang fizikal. Kami akui bahawa […]
Erling Haaland Beri Petanda Bakal Jadi Tempoyak Di EPL

Penyerang baharu Manchester City, Erling Haaland jelas masih tercari-cari rentak bersama pasukan baharunya apabila gagal membantu pasukan membenam Liverpool semalam. Pemain berusia 22 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama dan bergandingan bersama Jack Grealish dan juga Riyad Mahrez. Beliau yang dibawa masuk oleh Pep Guardiola daripada Borussia Dortmund masih tercari-cari rentak terbaiknya apabila tidak mampu […]
Haaland Tak Terkejut Boleh Sumbat Gol

Pemain baharu Manchester City, Erling Haaland berjaya meledak gol tunggal dalam aksi persahabatan menentang Bayern Munich semalam. Dalam perlawanan tersebut Haaland diturunkan dalam kesebelasan utama sebelum meledak pada minit ke-12. Gol tersebut terhasil daripada umpanan Jack Grealish yang disudahkan dengan baik oleh Haaland sekaligus ianya merupakan gol pertama pemain antarabangsa Norway itu bersama Manchester City. […]