Indonesia Akan Bawa Masuk Lebih Ramai Pemain Warisan Berkualiti Tinggi

Pengerusi PSSI, Erick Thohir mengatakan akan memasukan lebih pemain warisan yang berkualiti tinggi untuk pasukan kebangsaan Indonesia. Beliau akui ada beberapa calon sudah dikenalpasti untuk dipilih tetapi masih dalam perbincangan. Perkara itu dikongsikan di dalam temubual Erick Thohir bersama TvOne yang turut menjelaskan beliau akan berhubung dengan pemain warisan dalam waktu terdekat. Bagaimanapun, nama pemain-pemain […]

Shin Tae-yong Sanggup Ke Eropah Cari Peledak Kacukan Indonesia

Shin Tae-yong_PSSI

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong bersedia terbang ke Eropah untuk mencari peledak kacukan terbaik untuk pasukan kebangsaan Indonesia. Jurulatih berusia 54 tahun itu mahu mendapatkan penyerang berkualiti bagi memantapkan lagi jentera serangan pasukan Indonesia. Malah beliau sudah melakukan perbincangan bersama pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia, Erick Thohir tentang perkara tersebut. “Saat ini saya sudah berdiskusi […]

FIFA Bertapak Di Indonesia

FIFA mula bertapak di Indonesia dengan membuka pejabat baru organisasi itu di Jakarta beberapa hari lepas. Majlis perasmian ini dibuat oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden FIFA, Gianni Infantino. Menariknya, perasmian ini dibuat pada hari sama Piala Dunia B-17 bermula. Bagi Infantino, hari itu cukup bermakna buat FIFA kerana ini membantu badan induk bola […]

Indonesia & Malaysia Bincang Potensi Anjurkan Piala Dunia 2034

Selepas Arab Saudi, Indonesia pula mempunyai keinginan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 dengan gagasan membentuk pakatan dengan Malaysia, Singapura dan Australia. Perkara itu dinyatakan Ketua Umum PSSI, Erick Thohir semasa ditemubual akhbar Sydney Morning Herald. Pemilik Oxford United itu menyifatkan jika itu berlaku, mereka mampu memberi saingan kepada bidaan yang dibuat oleh Arab Saudi. […]

FIFA Arahkan Indonesia Tukar Rumput

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan agar Indonesia melakukan tindakan segera untuk menukar rumput menjelang sepak mula Piala Dunia bawah 17 tahun. Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Umum PSSI, Erick Thohir yang telah menerima surat daripada badan induk tersebut dan meminta agar Indonesia memperbaiki kualiti lokasi pertandingan termasuklah rumput di Stadium Internasional Jakarta (JIS). […]

Erick Thohir Janjikan Bonus Jika Indonesia Berjaya Kekang Argentina

Aksi persahabatan Indonesia-Argentina bakal menjadi tumpuan ramai penyokong di Gelora Bung Karno esok. Dan bagi membakar semangat anak-anak buah Shin Tae-yong, Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir bersedia memberi bonus kepada mereka jika berjaya mengikat Albiceleste. Erick mengakui mencipta kemenangan ke atas anak-anak buah Lionel Scaloni dianggap satu misi mustahil. Tetapi jika Indonesia […]

Legenda Argentina Jadikan Pertembungan Dengan Indonesia Sebagai Kenyataan

Perlawanan persahabatan Indonesia-Argentina di Gelora Bung Karno pada 19 Jun ini pastinya dinantikan ramai penyokong Tim Garuda. Tetapi semua ini tidak akan berlaku tanpa kerjasama pertahanan legenda Argentina yang terkenal, Javier Zanetti. Zanetti amat dikenali oleh Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir. Ini kerana sebelum bergelar pemilik kelab Oxford United, Erick pernah […]

Ketum PSSI Mahu Pemainnya Elak Fikir Pasal Bonus Juarai Sukan Sea

Menjelang aksi final Sukan SEA 2023 membabitkan Indonesia dan Thailand, anak-anak buah Indra Sjafri pasti membayangkan insentif yang menanti mereka jika meraih pingat emas pada hari ini. Tetapi bagi Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir, hal itu perlu ditolak ke tepi terlebih dahulu. Bagi bekas pemilik Inter Milan itu, beliau mahu […]

FIFA ‘Layangkan Kad Kuning’ Kepada Indonesia

Selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik balik hak penganjuran Piala Dunia B-20 daripada Indonesia susulan bantahan terhadap pasukan bola sepak Israel, ramai bimbang negara itu bakal digantung FIFA. Tetapi berdasarkan pengumuman terbaru Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), masih ada sinar buat bola sepak negara itu. Berdasarkan laporan SNE Sports, Indonesia hanya dikenakan ‘kad kuning’ […]

Resmi: Erick Thohir Ketua Umum Baru PSSI

Mantan pemilik Inter Milan, Erick Thohir kini menjabat sebagai Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) periode 2023-2027. Hal itu setelah ia diumumkan sebagai pemenang posisi dalam Kongres Luar Biasa (KLB) PSSI yang digelar hari ini. Erick yang juga Menteri Badan Usaha Milik Negara berhasil mendapatkan suara terbanyak yaitu 64 suara. Sedangkan pesaing terdekatnya, […]

Rasmi: Erick Thohir Ketum Baru PSSI

Bekas pemilik Inter Milan, Erick Thohir kini menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk penggal 2023-2027. Ini selepas beliau diumumkan sebagai pemenang jawatan itu dalam Kongres Luar Biasa (KLB) PSSI yang diadakan hari ini. Erick yang juga Menteri Badan Usaha Negara berjaya meraih majoriti 64 undi. Sementara pesaing beliau yang terdekat […]