Sean Bai Berhijrah Dari Singapura Ke Kelab EPL

Arena bola sepak Singapura dikejutkan dengan berita bekas pengarah urusan Geylang International FC, Sean Bai menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Burnley. Pengumuman ini dibuat The Eagles yang disiarkan di platform media sosial rasmi pasukan itu semalam. “Kami mengucapkan selamat tinggal kepada pengarah urusan yang kami sayang, Sean Bai yang meninggalkan pantai kita untuk menyertai […]

EPL: Man United Pamer Kebangkitan Dramatik Kalahkan Sheffield United

Man United bangkit daripada ketinggalan sebelum mengalahkan Sheffield United dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi ini. Selepas berjaya mara ke final The FA Cup menerusi penentuan sepakan penalti, The Red Devils kini memburu Tottenham Hotspur yang menduduki tangga kelima liga. Sementara The Blades pula berusaha untuk mengelak disingkirkan ke Liga Kejohanan selepas […]

EPL: Arsenal Mengamuk Di Stadium Emirates Atasi Chelsea

Arsenal terus mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mudah membelasah seteru setempat, Chelsea pada awal pagi Rabu. Chelsea turun tanpa beberapa pemain utama seperti penjaring terbanyak pasukan, Cole Palmer, Malo Gusto dan Ben Chilwell yang dilaporkan tidak cergas sebelum perlawanan dan menyenaraikan pemain-pemain muda di bangku simpanan. Manakala Arsenal pula membariskan […]

Chelsea Makin ‘Pening Kepala’

Tamparan hebat buat Chelsea menjelang pertemuan epik London Derby menentang Arsenal pada awal pagi Rabu. Ini selepas beberapa tonggak utama pasukan The Blues dilaporkan mengalami kecederaan dan berada dalam keadaan tidak cergas untuk diturunkan oleh pengendali, Mauricio Pochettino. Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik oleh Chelsea FC di laman X, pemain utama seperti penjaring terbanyak pasukan, […]

EPL: Liverpool Lepas Geram, Tumbangkan Fulham Penuh Bergaya

Liverpool bangkit dari episod duka tersingkir di pentas Eropah dengan menewaskan Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Liverpool yang ditunjukkan jalan keluar oleh Atalanta pada Jumaat melakukan beberapa rombakan dengan nama-nama seperti Mo Salah, Dominik Szoboszlai, dan Alexis Mac Allister diletakkan di senarai bangku simpanan. Anak-anak buah Jurgen Klopp terlebih dahulu memimpin permainan hasil […]

EPL: Arsenal Kembali Terajui Liga, Tundukkan Wolves

Arsenal melupakan kekecewaan disingkirkan Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0. The Gunners perlu meraih kemenangan ke atas Wolves di Molineux jika ingin merampas takhta liga daripada Manchester City. Ini kerana The Citizens tidak beraksi dalam liga minggu ini kerana memenuhi komitmen perlawanan separuh akhir The FA Cup dengan Chelsea. […]

Pemain Chelsea Buat Hal, Berebut Penalti Sesama Sendiri

Tular aksi beberapa pemain Chelsea yang dilihat bergaduh sesama sendiri berebut mengambil sepakan penalti. Kejadian tersebut berlaku ketika perlawanan diantara Chelsea menentang Everton pada separuh masa kedua dimana The Blues sedang mendahului dengan jaringan 4-0 Everton. Penyerang Chelsea, Nicolas Jackson dan Noni Madueke dilihat mahu mengambil sepakan penalti tersebut. Aksi tolak menolak antara satu sama […]

Detik Malang Liverpool 10 Tahun Lalu Berulang Kembali

Ramai penyokong Liverpool hampa apabila melihat pasukan kesayangan mereka tewas 1-0 kepada Crystal Palace semalam. Ini kerana kekalahan tersebut meranapkan impian mereka bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24. Kekalahan tipis di tangan The Eagles mengingatkan penyokong The Reds kepada apa yang berlaku di Anfield 10 tahun lalu. Musim 2013/14 menyaksikan Liverpool merebut kejuaraan […]

EPL: Aston Villa ‘Beraya Sakan’ Malukan Arsenal

Arsenal menerima tamparan hebat dalam misi mengejar kejuaraan liga setelah tumpas kepada Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri. The Gunners yang kini berada dalam prestasi terbaik berhasrat memungut tiga mata penuh bagi memberi tekanan kepada pencabar mereka di takhta liga seperti Man City dan Liverpool. Manakala, Aston Villa yang dibimbing […]

Chelsea Alami Kerugian RM1.47 Bilion

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mengalami kerugian operasi terburuk dalam sejarah kelab itu. Akhbar Daily Mail melaporkan Chelsea mengalami kerugian £249 juta (RM1.47 bilion) untuk laporan kewangan musim 2022/23. Kerugian ini jauh mengatasi juara EPL musim 2015/16, Leicester City yang kini beraksi di Liga Kejohanan. Kelab itu merekodkan kerugian lebih £152 juta (RM903 […]

Ethan Wheatley Berpeluang Bantu Misi Man United Di EPL

Penyerang muda kacukan Malaysia, Ethan Wheatley berpeluang membantu Man United merampas kembali kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi ini. Ini selepas namanya disenaraikan sebagai pemain simpanan The Red Devils untuk perlawanan menentang Bournemouth. Penyerang berusia 18 tahun itu bukan satu-satunya pemain muda yang dipanggil pengurus United, Erik ten Hag. Selain Wheatley, pengurus Belanda […]

EPL: Manchester United Lemau Raya Ke-5, Diikat Bournemouth

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan diantara Bournemouth menentang Manchester United yang berakhir dengan keputusan 2-2. Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan, dalam perlawanan saingan pertama sebelum ini The Red Devils tewas ke atas Bournemouth.  Pada minit ke-16 permainan, peledak utama Bournemouth, Dominic Solanke membuka jaringan pertama […]

Pengarah Sukan Man United Undur Diri Mengejut

Pengurusan Man United bakal menyaksikan lebih banyak perubahan di bawah pemilik minoriti, Sir Jim Ratcliffe. Ini selepas The Red Devils mengumumkan pengarah sukan kelab, John Murtough meninggalkan pasukan itu. “John Murtough meletakkan jawatannya sebagai pengarah sukan Manchester United dan meninggalkan kelab selepas 11 tahun memegang pelbagai peranan di Carrington,” kata kelab dalam satu kenyataan. Sebelum […]

EPL: Chelsea ‘Dirantai’ Sheffield United

Hasrat Chelsea melakar kemenangan ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) terbantut apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan Sheffield United. The Blues perlu menang hari ini di Bramall Lane sekiranya ingin merapatkan jurang dengan pasukan di tangga kelapan liga, Newcastle United. Sementara The Blades pula perlu menang untuk menghidupkan sisa harapan untuk kekal dalam EPL. Babak […]

Brighton Catat Keuntungan RM737 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelab EPL

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion mencipta sejarah dengan merekodkan keuntungan tertinggi dalam sejarah kelab bola sepak Inggeris. Daily Mirror melaporkan Brighton merekodkan keuntungan menakjubkan sebanyak £122.8 juta (RM737 juta) untuk musim 2022-2023. Satu-satunya kelab yang berjaya mengatasi pencapaian Brighton pada musim sama ialah Barcelona. Kelab Catalan itu merekodkan keuntungan lebih £300 […]

EPL: Arsenal ‘Bedil’ Brighton Sampai Lunyai

Arsenal meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menang bergaya ke atas Brighton di Stadium Amex. Arsenal berada dalam momentum terbaik setelah menewaskan Luton Town 2-0 sebelum ini dan sedang mengikuti rapat pendahulu liga, Liverpool dengan perbezaan dua mata. Bintang muda The Gunners, Bukayo Saka meletakkan pasukan 1-0 mendahului pada minit ke-33 […]