Harry Kane Sertai Gergasi Jerman, Bayern Munich

Penyerang profilik England, Harry Kane sah akan sertai Bayern Munich dengan kontrak 4 tahun seperti yang disahkan oleh wartawan terkenal Eropah Fabrizio Romano. Fabrizio Romano menyatakan di laman Twitternya bahwa penyerang Spurs itu sah akan sertai Bayern Munich dengan nilai 100 juta dan tambahan 20 juta. Kini, penyerang berusia 30 tahun itu baru sahaja lepas […]

Bintang Muda Chelsea Ajar Cara Sebenar Jadi Pertahanan Moden

Selepas cemerlang bersama Brighton musim lepas, Levi Colwill kini menjadi antara aset masa hadapan Chelsea di bahagian pertahanan. Dan bintang pasukan bawah 21 tahun England itu menunjukkan cara sebagai bek tengah moden. Dalam aksi separuh akhir EURO B-21 menentang Israel beberapa hari lepas, Colwill mengejutkan penyokong Three Lions dengan berupaya mengawal bola selama 30 saat. […]

Kelayakan Euro 2024: England Gugurkan Dua Pemain Bertaraf Bintang

Ketua jurulatih England, Gareth Southgate berani mengambil risiko menggugurkan dua pemain bertaraf bintang dalam senarai akhir 25 pemain menghadapi Kelayakan Euro 2024 pada hujung bulan ini. Dua pemain tersebut ialah Trent Alexander-Arnold daripada Liverpool dan Raheem Sterling daripada Chelsea. Menurut Southgate temubual daripada wartawan terkenal Fabrizio Romano, Sterling terpaksa digugurkan oleh kerana beliau dianggap masih […]

Bakat Kobe Chong Tidak Dihargai Di Eropah?

Pemain sensasi Malaysia-England, Kobe Chong berkemungkinan tidak akan kekal beraksi Di Eropah setelah dikhabarkan bergelar ejen bebas. Bintang muda berusia 21 tahun itu merupakan antara pemain masa depan buat Malaysia setelah beberapa tahun berjaya menempatkan diri dalam kancah bola sepak Eropah di beberapa negara. Namun begitu, beliau dikesan mula kehilangan tempat selepas dilepaskan oleh bekas […]

Arteta Hampir Berperang Dengan FIFA Kerana Tak Bagi Dia Main Dengan England

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta diketahui antara pemain tengah terbaik pernah disaksikan di Liga Perdana Inggeris (EPL) antara tahun 2005-2016. Tetapi tahukah anda, Arteta tidak mempunyai satupun kap antarabangsa di peringkat senior, sesuatu yang boleh dianggap mengejutkan mengambil kira karier impresif dan reputasi hebatnya selaku jeneral padang baik ketika bersama Everton mahupun Arsenal. Dia cuma pernah […]

Perancis Singkirkan England Dari Piala Dunia

Hasrat Perancis untuk layak ke separuh akhir Piala Dunia 2022 menjadi kenyataan selepas berjaya menundukkan England 2-1 dalam perlawanan terakhir pusingan suku akhir hari ini. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan bermula seimbang. Tetapi Perancis terlebih dahulu menguji penjaga gol Jordan Pickford menerusi Olivier Giroud pada minit ketujuh selepas mendapat hantaran Kylian Mbappe. Tetapi disebabkan dirinya […]

Misteri Kehilangan Mbappe Dari Kem Latihan Perancis Akhirnya Terjawab

Penyerang berbisa Perancis, Kylian Mbappe telah mencetuskan keresahan dalam bilik persalinan pasukan apabila dilaporkan tidak menyertai latihan Selasa lalu. Pemain berusia 23 tahun ini difahamkan baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali uang dialaminya sebelum kejohanan Piala Dunia bermula. Malah, beliau segera memberi impak seperti yang dijangkakan apabila meledak 5 gol dalam 4 penampilan di […]

Piala Dunia: England Benam Senegal, Jumpa Perancis Di Suku Akhir

England membuktikan status mereka sebagai pasukan gergasi Eropah dengan mengalahkan Senegal dalam pusingan kalah mati Piala Dunia 2022. Dengan kemenangan ini, ia bakal menyakskan pertembungan Three Lions dan Perancis di peringkat suku akhir. Babak pertama menyaksikan Senegal bertahan menyerap asakan Three Lions. Tetapi mereka boleh saja mendahului pada minit ke-23 menerusi Ismaila Sarr selepas England […]

England Dan Amerika Syarikat Mara Ke Pusingan Kedua Piala Dunia

England dan Amerika Syarikat muncul dua pasukan seterusnya mengikut Belanda dan Senegal layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2022. Ini selepas kedua-dua pasukan menang dalam perlawanan terakhir Kumpulan B. England yang berdepan cabaran Wales di Stadium Ahmad bin Ali mendominasi perlawanan sebaik sepak mula. Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-10 apabila Harry Kane membuat […]

‘Messi England’ Aksi Harry Maguire Ayamkan USA

Ramai penyokong England merasa kecewa selepas melihat pasukan mereka diikat 0-0 dengan USA semalam. Tetapi sekurang-kurangnya, mereka merasa terhibur dengan prestasi cemerlang beberapa pemain termasuk bek tengah Manchester United, Harry Maguire. Maguire bukan sekadar menjadi penghalang kebanyakan serangan Amerika Syarikat. Malah, bekas bek tengah Leicester City itu mencipta kejutan dengan menggelecek dua pemain lawan macam […]

Piala Dunia: Amerika Syarikat Ikat England

Aksi kedua Kumpulan B Piala Dunia 2022 di Stadium Al-Bayt menyaksikan England dipaksa seri tanpa jaringan dengan Amerika Syarikat. Tetapi itu menjamin rekod tanpa kalah Three Lions dan The Yanks selepas dua perlawanan. Babak pertama menyaksikan England mendominasi minit-minit awal perlawanan. Pada minit ke-10, Bukayo Saka menghantar bola kepada Harry Kane sebelum penyerang Spurs itu […]

Kobe Chong Bantu AFC Telford Atasi Kings Langley

Pemain kacukan Malaysia-England, Kobe Chong terus membuktikan kebolehan sebenadnya apabila memainkan peranan yang cukup penting ketika membantu AFC Telford United menewaskan Kings Langley semalam. Beliau yang kini mengembangkan karier bersama pasukan divisyen 6 England itu membuktikan kebolehan beliau bersama pasukan. Pemain berusia 21 tahun itu mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan apabila diturunkan dalam kesebelaan utama pasukan […]

Tular Aksi Harry Maguire Gelecek Macam Messi

Kapten Manchester United, Harry Maguire baru-baru ini berjaya membuka mata Ten Hag untuk memberinya mandat baharu dalam skuad besar United bagi menghadapi saingan musim ini. Di media sosial Twitter, telah tular aksi dari Maguire mengelecek dan lincah membawa bola sama seperti penyerang berbisa, Lionel Messi semasa beliau sedang menjalani latihan bersama skuad negaranya England yang […]

Magis Harry Maguire Ditagih England Di Piala Dunia

Bintang sensasi Manchester United, Harry Maguire tersenarai dalam skuad England menjelang aksi Piala Dunia Qatar 2022. Walaupun tidak banyak beraksi, beliau tetap membuktikan kemampuannya untuk berada dalam perancangan pasukan selepas berhempas pulas mendapatkan kepercayaan jurulatih. Sebelum ini, Maguire juga antara bahagian penting pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia pada tahun 2018 dan dipanggil […]

Elkan Baggott Harumkan Nama Indonesia Di Eropah

Pertahanan tinggi lampai Indonesia, Elkan Baggott telah mengharumkan nama negaranya selepas menjadi watak penting ketika membantu pasukannya, Gillingham FC mencatat kemenangan. Bintang berusia 19 tahun membuat kemunculan kali pertama setelah kembali bersama tugasan pasukan kebangsaan memberi impak yang cukup luar biasa. Baggott diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Neil Harris membuahkan hasil apabila pemain ini berjaya […]

Southgate Percaya Harry Maguire Kunci England Julang Piala Dunia

Pertahanan kebangsaan England, Harry Maguire mendapat pujian yang melambung tinggi oleh jurulatih pasukan, Gareth Southgate berkenaan impaknya bersama England. Jurulatih berusia 44 tahun itu dikesan kekal memberi kepercayaan kepada kapten Manchester United ini untuk terus mengemudi benteng pertahanan pasukan. Kata Southgate, pemain berusia 29 tahun ini masih memiliki sentuhan terbaik untuk berada dalam kesebelasan utama […]