Erick Thohir Beri Amaran Keras Kepada Elkan Baggott

Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir memberi amaran keras kepada Elkan Baggott untuk kekal komited bersama Indonesia. Isu antara Baggott dengan PSSI timbul apabila nama bek tengah Ipswich Town itu disisihkan oleh jurulatih Shin Tae-yong untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan ini. Apabila diminta menjelaskan sebab Baggott tidak dipanggil, jurulatih […]

Keanehan Statistik Elkan Baggott Mengejutkan Jurulatih Bristol Rovers

Jurulatih Bristol Rovers, Matt Taylor mengakui aneh apabila melihat statistik pemain pertahanan Indonesia, Elkan Baggott yang baru sahaja menyertai Bristol Rovers secara pinjaman bagi mengharungi baki musim 2023/2024. Pemain berusia 21 tahun itu dibawa masuk secara pinjaman dari Ipswich Town dan akan memperkuatkan bahagian benteng pasukan. Bristol Rovers merupakan pasukan yang menghuni tangga ke-11 di […]

Elkan Baggott ‘Singkirkan’ Kelab EPL

Bek tengah muda Indonesia, Elkan Baggott membantu Ipswich Town melakar kejutan dengan menyingkirkan kelab EPL, Wolves dari saingan Piala EFL semalam. Kejayaan hebat ini dilakar anak-anak buah Kieran McKenna biarpun pada satu ketika, mereka ketinggalan 2-0 pada babak pertama. Gol Wolves dijaringkan oleh penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan dan Toti Gomes. Bagaimanapun, The Tractor Boys […]

Kelayakan Piala Asia U23: Indonesia Bantai Taiwan 9-0

Skuad B-23 Indonesia memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan bergaya apabila membelasah Taiwan 9-0 dalam aksi kedua Kumpulan K di Stadium Manahan, Surakarta hari ini. Hadir sebagai naib juara Piala AFF B-23 2023, Timnas Indonesia yang dibimbing Shin Tae-yong tampil garang pada babak pertama. Pemain tengah KMSK Deinze, Marselino Ferdinan membuka tirai jaringan […]

Elkan Baggott Kukuhkan Reputasi Di Eropah

Bek tengah muda Indonesia, Elkan Baggott bakal berpeluang beraksi di Liga Kejohanan EFL (divisyen kedua England) pada musim hadapan. Ini selepas kelabnya, Ipswich Town telah mendedahkan senarai pemain yang bakal beraksi dalam divisyen itu untuk musim 2023-2024. Baggott, 20, bakal menyarung jersi nombor 26. Beliau sebelum ini beraksi secara pinjaman bersama Gillingham dan Cheltenham Town […]

Aksi Sensasi Elkan Baggott Pacu Ipswich Town Kejutkan Gergasi Jerman

Pertahan muda Indonesia, Elkan Baggott berjaya membantu pasukannya, Ipswich Town mencatat kemenangan bergaya mengatasi pasukan gergasi dari Jerman, RB Leibziq. Baggott telah diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan dalam kempen pra musim Piala Innsbruck malam semalam. Perlawanan tiga penjuru ini juga melibatkan pasukan Werder Bremen yang mana pertandingan ini mengguna pakai format 2×30 […]

Elkan Baggott Bakal Dipinjamkan Lagi

Pertahanan muda Indonesia, Elkan Baggott dikhabarkan bakal dipinjamkan ke kelab lain untuk musim 2023/2024. Hal ini selepas ketua jurulatih pasukan Ipswich Town, Kieran McKenna memberi bayangan bakal meminjamkan tonggak muda Sang Garuda itu ke pasukan lain. Beliau melihat perkara itu sebagai jalan terbaik buat pemain berusia 20 tahun itu peroleh minit permainan dan menempa pengalaman. […]

Elkan Baggott Sertai Kelab Divisyen Tiga England, Cheltenham

Bek tengah Indonesia, Elkan Baggott tidak lagi bersama kelab League Two (divisyen empat England), Gillingham. Ini selepas kelab asalnya, Ipswich Town memanggilnya semula dan meminjamkannya ke kelab League One (divisyen tiga England), Cheltenham. Pengumuman perpindahan ini dibuat oleh Cheltenham di laman media sosial mereka awal pagi tadi. Pengumuman tersebut turut dikongsikan Baggott di akaun media […]

Dua Bintang Indonesia Tidak Tersenarai Ke Piala AFF

Dua bintang Indonesia tersebut ialah Sandy Walsh dan Elkan Baggott antara pemain penting yang tidak akan beraksi di Piala AFF 2022. Sandy Walsh yang baharu sahaja mendapat kerakyatan dikhabarkan tidak dapat memperkuat pasukan Indonesia kerana tidak mendapat pelepasan daripada kelabnya, KV Mechelen yang beraksi di Liga Belgia. Sebelum ini, pemain kacukan Belanda-Indonesia itu menyertai kem […]

Elkan Baggott Tolak Panggilan Indonesia, Utamakan Tugas Bersama Gillingham

Pertahanan kental timnas Indonesia, Elkan Baggott dilaporkan tidak akan beraksi bersmaa skuad Sang Garuda di Piala AFF kali ini. Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini pernah dipujuk oleh ketua jurulatih, Shin Tae-yong untuk pulang bagi membantu pasukan telah memilih untuk bertindak sebaliknya. Hal ini susulan Gillingham FC yang kini sedang menempuh jadual yang sangat […]

Shin Tae-yong Ke Eropah Runding Kelab Lepaskan Pemain Untuk Piala AFF

Ketua jurulatih timnas Indonesia, Shin Tae-yong difahamkan berada di Eropah ketika ini untuk melakukan rundingan bersama kelab untuk melepaskan pemain mereka. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini dilaporkan mahu membawa skuad terkuatnya dalam kejohanan Piala AFF kali ini dengan nama-nama dalam senarainya iaitu Elkan Baggott dan Sandy Walsh berada dalam radarnya. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua […]

Elkan Baggott Bantu Gillingham Tewaskan Brentford

Pemain kebanggsaan Indonesia, Elkan Baggott berjaya membantu pasukannya menewaskan kelab dari EPL, Brentford dalam penentuan sepakan penalti bagi saingan EFL Carabao Cup pagi tadi. Brentford yang dikenali sebagai pasukan pilihan, mempunyai pemain berstatus bintang iaitu Ivan Toney berjaya disekat oleh barisan pertahanan Gillingham sehingga tamat permainan dengan keputusan 1-1. Pemain berusia 20 tahun ini beraksi […]

Elkan Baggott Diburu 30 Kelab Inggeris

Pertahanan tengah Indonesia, Elkan Baggott sebenarnya diburu 30 kelab di Inggeris yang mahu mendapatkan khidmatnya. Pemain tinggi lampai itu kini dipinjamkan oleh majikannya, Ipswich Town bagi memperoleh lebih banyak minit permainan untuk meningkatkan kebolehannya. Namun begitu, menurut ketua jurulatih beliau di Gillingham FC, Neil Harris, beliau sudah lama melihat aksi Baggott ketika bersama pasukan bawah […]

Elkan Baggott Harumkan Nama Indonesia Di Eropah

Pertahanan tinggi lampai Indonesia, Elkan Baggott telah mengharumkan nama negaranya selepas menjadi watak penting ketika membantu pasukannya, Gillingham FC mencatat kemenangan. Bintang berusia 19 tahun membuat kemunculan kali pertama setelah kembali bersama tugasan pasukan kebangsaan memberi impak yang cukup luar biasa. Baggott diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Neil Harris membuahkan hasil apabila pemain ini berjaya […]

Elkan Baggott Sertai Gillingham FC

Pemain skuad kebangsaan Indonesia, Elkan Baggott diperkenalkan secara rasmi menjadi pemain Gillingham FC selepas dipinjamkan dari Ipswich Town bagi menghadapi saingan Liga EFL Kedua dimana ianya merupakan kasta keempat dalam piramid liga di England. Elkan yang baru berusia 19 tahun sebelum ini dilanjutkan kontrak 3 tahun pada tahun ini menjadikan pemain tersebut akan kekal menjadi […]

Khidmat Bintang Sensasi Indonesia, Elkan Baggott Terus Ditagih Ipswich Town

Pertahanan tengah sensasi Indonesia, Elkan Baggott sah akan terus kekal bersama Ipswich Town FC selepas secara rasminya menyambung kontrak baru bersama kelab tersebut. Pemain berusia 19 tahun itu merupakan antara prospek muda terbaik yang dimiliki oleh Sang Garuda ketika ini bakal terus berkelana di Eropah bagi 3 musim lagi. Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan […]