Ekanit Panya Kekal Bersama Urawa Reds

Pemain tengah Thailand, Ekanit Panya sah kekal bersama juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022, Urawa Reds selama semusim lagi. Ini selepas kelab J1 League itu mengumumkan telah melanjutkan lagi tempoh pinjaman Ekanit sehingga penghujung tahun 2024 dari kelab Muangthong United. Pengurusan The Red Devils berbuat demikian selepas berpuas hati dengan impak yang ditunjukkan beliau untuk […]
Ekanit Panya Tolak Panggilan Thailand Ke Qatar

Ramai penyokong Thailand terkejut dengan keputusan yang dibuat pemain tengah Urawa Red Diamonds, Ekanit Panya hari ini. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan Ekanit telah menarik diri daripada skuad Gajah Perang. Pemain berusia 24 tahun itu berbuat demikian kerana mahu mengikuti sesi latihan pra-musim Urawa di bawah bimbingan jurulatih baru, Per-Mathias Hogmo. Hogmo […]
Ekanit Panya Julang Nama Asean Di Piala Kelab Dunia FIFA

Bintang Thailand, Ekanit Panya menempa sejarah tersendiri apabila kelabnya, Urawa Reds menyenaraikannya dalam senarai pemain ke Piala Kelab Dunia FIFA. ASEAN Football melaporkan menerusi penyenaraian tersebut, Ekanit bakal menjadi pemain ASEAN pertama yang beraksi di kejohanan kelab yang berprestij itu. Secara ringkas, Piala Kelab Dunia FIFA ialah kejohanan yang menemukan juara-juara daripada badan bola sepak […]
Gol Debut Bintang AFF Thailand Terjadi Di Asia

Bintang muda Thailand, Ekanit Panya menggamit minat peminat bola sepak ASEAN dengan gol debut dalam ACL bersama Urawa Red Diamonds. Ekanit yang menyarung jersi nombor 27 membuat kemunculan pertama ACL musim ini sebagai pemain gantian pada minit ke-73. Dan bekas pemain Muangthong United itu tidak mengecewakan apabila menyumbat gol keenam yang menembusi gawang Hanoi pada […]
Bintang Piala AFF Thailand Taruhan Utama Urawa Reds Di ACL

Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC (ACL), Urawa Reds telah menamakan bintang Thailand, Ekanit Panya dalam senarai pemain yang beraksi dalam kejohanan itu. Ini susulan keputusan AFC pada musim lepas yang membenarkan pasukan-pasukan ACL mempunyai enam pemain import. Bagaimanapun, satu kuota mestilah diisi oleh pemain Asia. Justeru, langkah Urawa menyenaraikan Ekanit sebagai satu langkah bijak sekaligus […]
Jaguh Asia, Urawa Reds Sambar Bintang Piala AFF Thailand

Kelab gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds membuat keputusan mengejut apabila mendapatkan khidmat perancang tengah berbakat Thailand, Ekanit Panya. Juara AFC Champions League 2022 ini tertarik untuk membawa masuk bintang Asia Tenggara bagi memantapkan cabaran pasukan. Pemain berusia 23 tahun itu merupakan bintang yang cukup menyerlah dalam saingan domestik bersama Muangthong United. Beliau yang turut memperkuat […]