Kesinambungan Idea Kim Pan-gon Mengalir Ke Kem B-23 Malaysia

Corak permainan dan filosofi yang diterapkan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menjadi panduan dan teras buat skuad bawah 23 tahun negara. Pasukan muda negara kini dibimbing Juan Torres Garrido setelah mengambil peranan daripada jurulatih sebelum ini, E. Elavarasan yang kembali membantu Kim Pan-gon di skuad senior. Menurut pertahanan skuad bawah 23 tahun negara, […]

Fergus Tierney Berterima Kasih Kepada E. Elavarasan

Penyerang muda negara, Fergus Tierney berterima kasih kepada E. Elavarasan kerana telah membuka pintu untuk dirinya menyarung jersi pasukan kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun. Fergus Tierney melakukan debut untuk pasukan junior Malaysia sewaktu berdepan Kemboja yang menyaksikan beliau menjaringkan dua gol dalam debut pertamanya. Beliau menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh E. Elavarasan kepadanya untuk […]

E. Elavarasan & Bekas Pemain Korea Selatan Bergabung, Tubuhkan Akademi Bola Sepak

Penolong jurulatih skuad Harimau Malaya, E. Elavarasan terus menyumbang kepada pembangunan akar umbi bola sepak negara meskipun baru sahaja pulang daripada tugasan kebangsaan. Ini selepas pelancaran akademi bola sepak beliau bersama bekas pemain Korea Selatan, Kim Do-heon yang dikenali sebagai Pusat Bola Sepak Global Kim Do-heon. Elavarasan yang dilantik sebagai pengarah pusat akademi tersebut berkata, […]

Juan Torres Garrido Dilantik Jurulatih Malaysia B-23 Menjelang Piala Asia

Jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido sah dilantik sebagai jurulatih skuad Malaysia B-23 yang baru. Pengumuman perlantikan beliau dibuat FAM menerusi satu sidang media khas yang diadakan pada hari ini. Pengumuman ini sekaligus menamatkan spekulasi tentang siapa mengambil alih jawatan tersebut selepas E. Elavarasan meletak jawatan pada bulan lepas. Keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan bekas jurulatih […]

E. Elavarasan Ganti Haqimi Azim Dengan Nik Umar

Susulan kecederaan yang menimpa penyerang KL City FC, Haqimi Azim, pengendali skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan segera memanggil pemain pertahanan Perak FC, Nik Umar Nik Aziz sebagai pengganti. Keputusan tersebut diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam laman media sosial rasmi mereka hari ini. Nik Umar merupakan sebahagian daripada senarai 15 pemain B-23 bersedia seandainya […]

AFF U23: “Pemain Tidak Bermain Seperti Dirancang” – E. Elavarasan

Ketua jurulatih Bawah 23 tahun skuad kebangsaan, E. Elavarasan mengakui corak permainan pada separuh masa pertama tidak seperti yang dirancang.  Beliau menyifatkan para pemain hilang tumpuan terutamanya barisan pertahanan yang alpa menyebabkan Malaysia dibolosi dengan tiga jaringan dalam separuh masa pertama.  “Saya merasakan separuh masa pertama kita tidak beraksi dengan efektif, cara permainan kami tidak […]

AFF U23: “Pemain Vietnam Bahaya, Tapi Jurulatihnya Lebih Berbahaya” – E. Elavarasan

Umum mengetahui, skuad bawah 23 tahun negara kendalian E. Elavarasan berjaya melangkah ke separuh akhir dalam saingan Piala AFF U23 2023 di Thailand. Di peringkat separuh akhir, Malaysia bakal bertemu juara bertahan iaitu Vietnam. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada malam ini (24 Ogos). Bagi Elavarasan, beliau melihat barisan pemain Vietnam yang dibawa ke kejohanan ini […]

AFF U23: Elavarasan Faham Masalah Indonesia

Kemenangan skuad Malaysia ke atas Indonesia dalam saingan Piala AFF U23 semalam nyata mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi Indonesia merupakan juara bertahan yang memenangi kejohanan ini pada edisi lalu. Namun bagi jurulatih Malaysia, E. Elavarasan, beliau sangat memahami bahawa Indonesia menghadapi masalah yang sama dihadapi Malaysia. Masalah yang dikatakan itu adalah kedua-dua pasukan tidak dapat […]

Malaysia Jadikan Piala AFF Medan Persiapan Ke Kelayakan Piala Asia

Jurulatih skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan melihat Piala AFF B-23 sebagai medan terbaik menguji persiapan anak-anak buahnya sebelum aksi kelayakan Piala Asia B-23 yang bakal diadakan pada September ini. Ini kerana ini peluang terakhir buat beliau menguji keserasian pemain sebelum pusingan kelayakan bermula. Dengan beberapa tonggak utama skuad B-23 tidak dapat dipanggil kerana tidak mendapat […]

Percaturan Akhir E. Elavarasan Jadi Tumpuan

Jurulatih skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan mencuri tumpuan hari ini dengan tidak menyenaraikan Shafi Azswad (Penang FC) dan Zikri Khalili (Selangor FC) daripada senarai 23 pemain yang akan beraksi di Piala AFF B-23 2023. Sebaliknya, bekas pengendali PDRM FC itu memberi peluang kepada beberapa muka baru. Ini termasuk pemain Imigresen FC, Hazim Abu Said dan […]

Prospek Masa Depan Malaysia Jadi Tumpuan Di Piala AFF

Aksi yang bakal ditampilkan oleh skuad muda Malaysia bakal menjadi tumpuan menjelang sepak mula Piala AFF b-23. Perlawanan yang berlangsung di Thailand itu menyaksikan skuad menyaksikan anak didik E. Elavarasan diundi bersama Indonesia dan Timor Leste dalam kumpulan B. Pertembungan aksi pembukaan bakal melibatkan Malaysia menentang Indonesia pada 18 Ogos ini sekaligu berpeluang menyaksikan aksi […]

Sukan SEA: Malaysia Bantai Singapura

Seakan melepas geram selepas tewas dua kali dalam Kumpulan B, Malaysia mencatat kemenangan besar 7-0 ke atas Singapura dalam perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Visakha. Ini dilihat menebus maruah Harimau Muda selepas gagal layak ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2023. Menyedari keperluan tenaga kreatif di bahagian tengah, E. Elavarasan memanggil Mukhairi Ajmal […]

Razman Roslan: Malaysia Kekurangan Pemain Perancang Kreatif

Kekalahan 2-1 Malaysia kepada Vietnam dalam Kumpulan B semalam bukan sekadar memastikan skuad B-22 negara tersingkir dari Sukan SEA 2023. Malah, menurut bekas pemain pertahanan negara, Razman Roslan, ia turut mendedahkan betapa kurangnya tenaga kreatif di bahagian tengah Harimau Muda. Pengamatan bekas pemain pertahanan Selangor itu dibuat selepas meneliti perlawanan-perlawanan Harimau Muda termasuk perlawanan menentang […]

E. Elavarasan Anggap Keadaan Cuaca Sukarkan Misi Malaysia

Semua sedia maklum dengan kekalahan 2-1 Malaysia di tangan Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B semalam, maka berakhir sudah cabaran Harimau Muda dalam Sukan SEA 2023. Bagi jurulatih skuad B-22 negara, E. Elavarasan, keadaan cuaca menyukarkan mereka mencapai misi menewaskan skuad Naga Emas. Hujan lebat mula melanda Stadium Visakha, Phnom Penh semasa separuh masa kedua perlawanan […]

Elavarasan Percaya Malaysia B-22 Bukan Pasukan Yang Lemah

Walaupun terpaksa akur kepada kekalahan 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua kumpulan B Sukan Sea Kemboja, namun jurulatih Malaysia Bawah 22 (B-22), E. Elavarasan percaya kepada kemampuan anak buahnya untuk bangkit semula. Bagi Elavarasan, pasukan yang dilatihnya kini merupakan sebuah pasukan yang kuat namun kekuatan mental perlu lebih baik lebih-lebih lagi beraksi di dalam suhu […]

Hamidin: Skuad Malaysia B-22 Mampu Capai Sasaran Sukan SEA

Dengan acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 sudah bermula, semua mata tertumpu kepada Kumpulan B. Walaupun diletakkan bersama Thailand dan Vietnam dalam kumpulan berkenaan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin percaya skuad B-22 negara mampu mencapai sasaran layak ke final temasya berkenaan. Sebelum ini, sasaran yang ditetapkan FAM buat anak-anak […]