Dollah Salleh Dilantik Jurulatih Skuad Piala Emas Raja-Raja Penang

Ramai peminat Sri Pahang FC tertanya-tanya tentang kedudukan terkini Dato’ Dollah Salleh sebagai pengurus pasukan itu. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Melayu Pulau Pinang (PBMPP) mengumumkan perlantikan legenda bola sepak Malaysia itu sebagai jurulatih skuad Piala Emas Raja-Raja (PERR) Pulau Pinang pada 8 Julai lalu. PERR ialah pertandingan bola sepak tahunan berprestij membabitkan pasukan-pasukan negeri […]

“Kita Pun Tak Sangka Dia Boleh Rembat Macam Tu” – Dollah Salleh

Lagenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh mengakui tahap bola sepak wanita di Malaysia makin meningkat. Bekas pengendali kebangsaan itu teruja dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh bakat wanita negara yang berpotensi besar untuk membantu pasukan kebangsaan. Beliau juga mengakui pemain bola sepak wanita sekarang dapat beraksi mengikut penerapan taktikal yang dimahukan oleh barisan kejurulatihan. “Kalau […]

Seorang Pemain Tengah Bertaraf Tinggi Bakal Perkuat Sri Pahang

Sri Pahang FC kini berusaha mendapatkan pemain tengah berkualiti tinggi sebagai penambahan terakhir kepada skuad mereka. Perkara ini didedahkan sendiri oleh pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Dollah Salleh kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena. Dollah memaklumkan rundingan antara pemain tersebut dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Yang Amat Mulia (YAM) […]

Dollah Salleh: Dion Cools Sesuai Ketuai Harimau Malaya

Penyerang legenda negara, Dollah Salleh merasakan bek tengah Dion Cools mampu mengetuai cabaran Malaysia ke Piala Asia 2023. Sejak Kim Pan-gon mengambil alih Harimau Malaya pada 2022, beberapa pemain telah diberi kepercayaan memegang lilitan kapten seperti Cools, Matthew Davies dan Faisal Halim. Dalam beberapa aksi antarabangsa terakhir Malaysia, peranan tersebut dipegang secara bergilir oleh Davies […]

“Skuad Ini Kembalikan Era Gemilang Malaysia”

Kecemerlangan prestasi yang ditampilkan oleh Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini mendapat pujian dan perhatian lagenda bola sepak negara, Dollah Salleh. Bekas penyerang kebangsaan itu melihat pasukan negara kini dalam momentum terbaik untuk membentu satu era ’emas’ baharu buat Harimau Malaya. Beliau ketika ditemui di Majlis Pelancaran Pestabola Merdeka di Wangsa Maju menjelaskan, kembalinya penganjuran […]

Keharmonian Bilik Persalinan Sri Pahang Kunci Prestasi Luar Biasa

Kunci kepada kestabilan musim sesebuah pasukan dipengaruhi oleh keharmonian bilik persalinan. Dan ini menjelaskan bagaimana Sri Pahang muncul sebagai salah satu daripada dua pasukan yang masih belum kalah dalam Liga Super musim ini. Semua mengetahui keupayaan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikatakan berada pada tahap berbeza. Tetapi bagi Sri Pahang, ia dianggap luar […]

Tidak Semua Pemain Yang Hebat Boleh Menjadi Jurulatih Yang Hebat

Menjadi jurulatih yang hebat, tidak semestinya mempunyai rekod cemerlang ketika bergelar pemain dan dan begitulah sebaliknya perjalanan karier yang cemerlang sebagai pemain tidak semestinya menjadikan seseorang itu sebagai jurulatih yang bagus. Dalam Liga Malaysia sendiri, hanya segelintir yang berjaya membina reputasi yang baik dalam kedua-duanya, sebagai pemain dan juga jurulatih. Berikut lima anak tempatan yang […]

Dollah Salleh Sifatkan Dakwaan Thomas Dooley Terlalu Berat dan Berniat Jahat

Pengendali Sri Pahang FC, Dato’ Dollah Salleh nyata berang dengan beberapa kenyataan dan dakwaan dibuat oleh bekas jurulatih pasukan itu, Thomas Dooley yang disifatkannya sebagai mengarut dan sengaja direka. MakanBola pada Jumaat menyiarkan perkongsian pengalaman Thomas Dooley sepanjang tempoh singkat dia mengendalikan skuad tok gajah, di mana dia mendedahkan ‘cerita dalam kain’ serta kesukaran dihadapinya […]

“Mereka Tidak Suka Saya Kerana Tidak Mahu Ubah Budaya Pemalas” – Thomas Dooley

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley mendedahkan pengalaman buruk yang dilaluinya sepanjang tempoh singkat dia membimbing pasukan itu pada musim lalu. Thomas Dooley hanya sempat mengemudi skuad tok gajah untuk dua perlawanan menentang Selangor dan Perak (tewas kedua-duanya) sebelum dia direhatkan dan tugasnya diambil alih oleh Dollah Salleh. Sri Pahang tidak pernah membuat sebarang […]

Penyokong Persoal Pencalonan Dollah Salleh

Baru-baru ini Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan senarai calon bagi kategori-kategori utama yang dipertandingkan di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 yang akan diadakan secara virtual pada bulan Disember nanti. Antara kategori dipertandingkan termasuklah Jurulatih Terbaik, dengan 10 nama jurulatih yang dianggap paling berjaya bagi musim 2022 telahpun disenaraipendek oleh MFL. Dalam senarai tersebut, nama yang […]

“Saya Tak Tahu Kenapa, Biasanya Tak Pernah Berlaku Sampai Macam Ini” – Dollah Salleh

Melihat pasukan bimbingannya dibelasah tanpa belas kasihan di hadapan hampir 20 ribu penyokong di gelanggang sendiri, membuatkan Dollah Salleh hilang kata-kata. Turun dengan misi mahu membawa bekalan selesa dalam aksi pertama pusingan kedua Piala Malaysia, Sri Pahang tersentak apabila terpaksa akur kecundang 1-5 di tangan Terengganu. Dollah Salleh buntu memikirkan apa sebenarnya yang terjadi sehingga […]

Dollah Salleh : “Saya Tak Pernah Anggap Diri Ada Magis, Semuanya Rezeki Tuhan Bagi”

Tidak semua pemain yang hebat akan berjaya sebagai jurulatih, tetapi dalam hal Dato’ Dollah Salleh, dia bukan sahaja pemain yang hebat pada zamannya, tetapi turut berjaya menempa nama sebagai jurulatih yang berjaya dan tanpa ragu merupakan salah seorang jurulatih berprofil tinggi Liga Malaysia. Antara pencapaian Dollah Salleh sebagai pemain adalah memenangi gelaran Liga Perdana dan […]

Baru Sehari Turun Berlatih, Dua Gol Rowley Mengejutkan Dollah Salleh

Pengendali Sri Pahang, Dato’ Dollah Salleh mengakui terkejut dengan sumbangan dua gol oleh David Rowley ketika pasukannya menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam aksi terakhir Liga Super 2022, pada Sabtu. Rowley tidak diturunkan dalam dua perlawanan sebelum ini ketika menentang JDT dan Sabah kerana mengalami kecederaan buku lali, malah dia juga tersisih daripada sesi latihan selama […]

Dollah Salleh : “Malam Ini Sepatutnya Milik Pahang”

Kekecewaan jelas terpancar di wajah Dollah Salleh, berikutan kekalahan 1-2 dialami pasukannya di tangan Sabah pada Selasa. Mana tidaknya, lima minit menuju wisel penamat di Stadium Darulmakmur, Sri Pahang berada di depan menerusi tandukan Steven Rodriguez dan dalam laluan tepat mengutip tiga mata. Namun sebaliknya berlaku, apabila Sabah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Dominic Tan pada […]

“Pasukan Mana Pun Boleh, Asalkan Bukan JDT”

Saingan Liga Super semakin menghampiri penghujungnya, setelah berakhir perlawanan pada Jumaat rata-rata pasukan sudahpun bermain 20 perlawanan. Dengan gelaran juara sudah diketahui menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT), tumpuan kini terarah kepada pasukan manakah akan menamatkan saingan di kedudukan tiga teratas yang menjadi buruan tiga penjuru antara Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan. Manakala baki pasukan […]

Berjaya Lebur Rekod Gah JDT, Dollah Salleh Bersyukur

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh nyata cukup gembira dengan kejayaan pasukannya mengutip satu mata ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada Jumaat. Keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur bukan sahaja menyaksikan Sri Pahang menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas kepada skuad juara Liga Super itu musim ini. Tetapi lebih menarik ia turut menyaksikan […]