“Kami Tahu Cara Kekang Mereka” – Dion Cools

Pertahanan tengah negara, Dion Cools yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya menjelang aksi terkahir kumpulan AFC Asian Cup berdepan Korea Selatan. Beliau berkata ketika sidang media pra perlawanan bahawa beliau sedar dengan kualiti yang dimiliki pemain-pemain lawan dan percaya mampu untuk mengekang asakan mereka. “Kita semua tahu mereka adalah pemain-pemain yang berkualiti tetapi pada akhirnya, ini […]
Panggilan Telefon TMJ ‘Ketuk’ Hati Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya

Satu panggilan yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM YMJ telah membuka pintu hati bintang kelahiran Belgium-Malaysia, Dion Cools untuk mewakili Harimau Malaya. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan pemain idaman yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat apabila impian untuk melihat beliau tampil beraksi buat skuad kebangsaan. Beliau berkongsikan kisah ini […]
FIFA Kongsi Kisah TMJ Buka Pintu Hati Dion Cools Buat Malaysia

Laman FIFA berkongsi kisah pertahanan kental Malaysia, Dion Cools yang menerima satu panggilan telefon daripada DYAM TMJ sekaligus membuka pintu hatinya untuk beraksi buat Harimau Malaya. Perkara ini dikongsikan oleh anak kelahiran Kuching, Sarawak kepada laman Fifa.com terhadap bagaimana perjalanannya untuk sampai ke Malaysia bermula. Pemain berusia 27 tahun itu melakukan debut pada tahun 2021 […]
AFC Asian Cup: Perbezaan Jordan & Malaysia Menurut Dion Cools

Pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools memberitahu bahawa terdapat perbezaan antara skuad negara menjelang pertemuan dengan pasukan ke-87 dunia, Jordan. Aksi pembukaan Piala Asia 2023 menyaksikan anak didik Kim Pan-gon berdepan misi besar untuk menamatkan rekod buruk berdepan pasukan Timur Tengah itu. Pemain berusia 27 tahun itu optimis untuk menggunakan sepenuhnya pengalaman beliau bagi membantu Malaysia […]
AFC Asian Cup: “Kami Juga Ada Kualiti Untuk Cabar Jordan” – Dion Cools

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools yakin Malaysia memiliki kualiti yang tersendiri untuk mencabar pasukan Jordan menjelang aksi pertama kumpulan E Piala Asia 2023. “Kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan pertama. Sebelum ini saya sudah separuh musim di Thailand jadi bagi saya tiada isu tentang masalah fizikal.” ujar Cools tentang persediaan Harimau Malaya menentang Jordan. Cools […]
5 Pemain Asia Tenggara Paling Bernilai Warnai Piala Asia 2023

5 pemain Asia Tenggara paling bernilai akan mewarnai Piala Asia 2023 setelah pasukan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam berjaya melayakkan diri secara merit. Berdasarkan laman Transfermarkt, berikut merupakan 5 pemain Asia Tenggara paling bernilai yang dipanggil menyertai kejohanan Piala Asia di Qatar: 1. Sandy Walsh (Indonesia) – RM7.62 juta Sandy Walsh merupakan pemain kacukan Indonesia-Belanda […]
Dollah Salleh: Dion Cools Sesuai Ketuai Harimau Malaya

Penyerang legenda negara, Dollah Salleh merasakan bek tengah Dion Cools mampu mengetuai cabaran Malaysia ke Piala Asia 2023. Sejak Kim Pan-gon mengambil alih Harimau Malaya pada 2022, beberapa pemain telah diberi kepercayaan memegang lilitan kapten seperti Cools, Matthew Davies dan Faisal Halim. Dalam beberapa aksi antarabangsa terakhir Malaysia, peranan tersebut dipegang secara bergilir oleh Davies […]
Dion Cools Dalam Perjalanan Ke Qatar

Skuad Harimau Malaya bakal lengkap dengan kehadiran Dion Cools ke dalam pasukan. Menerusi catatan instatory pemain pertahanan itu, beliau dilihat berada di dalam kapal terbang dan sedang dalam perjalanan ke Qatar berdasarkan emoji yang disertakan. Cools dijangka tiba ke Qatar hari ini dan bakal memulakan sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain bagi menghadapi perlawanan […]
Dion Cools & Endrick Belum Lapor Diri

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengesahkan bahawa dua tonggak penting pasukan, Dion Cools dan Endrick Dos Santos masih belum melaporkan diri atas sebab-sebab tertentu. Skuad kebangsaan kini dalam persiapan menjelang kejohanan penting iaitu Piala Asia 2023 dengan percaturan ampuh pengendali kelahiran Korea Selatan itu ditagih untuk memantapkan pasukan. Mengulas lanjut, beliau berpuas hati dengan […]
Dion Cools Bawa Prestasi Kukuh Di Thailand Bersama Malaysia

Prestasi cemerlang Dion Cools bersama juara Thai League 1 musim lepas, Buriram United amat berguna untuk skuad negara menjelang saingan Piala Asia 2023. Musim 2023-2024 menyaksikan bekas bek tengah FC Brugge itu telah merekodkan 21 penampilan dalam semua kejohanan untuk Buriram United termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Biarpun Thunder Castle ketika ini di tangga keempat […]
Dua Pemain Luar Negara Perkuat Malaysia Ke Qatar

Malaysia telah mengumumkan senarai 26 orang pemain yang bakal menggalas tugas negara menjelang aksi Piala Asia di Qatar pada Januari tahun hadapan. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ketua jurulatih, Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk mengekalkan 22 orang pemain daripada 25 pemain yang dipanggil tempoh hari. Beliau juga memilih untuk menampilkan […]
ACL: Kudrat Dion Cools Gagal Sekat Ventforet Kofu Tewaskan Buriram United

Bek tengah Buriram United dan Harimau Malaya, Dion Cools gagal sekat pasukan J2 League, Ventforet Kofu mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) hari ini. Ini selepas juara treble dari Thailand itu tunduk 3-2 kepada Kofu dalam aksi terakhir Kumpulan H. Walaupun mendahului Kumpulan H dengan kelebihan gol, Kofu memerlukan kemenangan […]
Dion Cools Terselamat Dari Hukuman Berat

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools terselamat daripada hukuman berat yang dikenakan oleh Konferderasi Bola Sepak Asia (AFC). Pemain berusia 27 tahun itu beraksi ketika pasukan Thailand itu berdepan wakil China, Zheijang ketika tewas tipis 3-2. Aksi tersebut bagaimanapun diserikan dengan insiden besar yang melibatkan pergaduhan antara Cools dan pemain Zheijang yang kelihatan berada dalam […]
AFC Gantung 3 Pemain Buriram United

Susulan pergaduhan yang tercetus dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) membabitkan Zhejiang dan Buriram United beberapa minggu lepas, tindakan disiplin telah dikenakan kepada semua individu yang terlibat. ASEAN Football melaporkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan penggantungan buat tiga pemain Thunder Castle. Penyerang Azerbaijan, Ramil Sheydayev dikenakan penggantungan lapan perlawanan. Sementara dua lagi rakan sepasukannya, […]
Penyokong China Masih Marah, Dakwa Dion Cools Lupa Asal Usul

Penyokong China dilihat masih menyimpan perasaan marah terhadap Dion Cools selepas membuat keputusan untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan China selepas memilih untuk bersama Malaysia. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi duri dalam daging buat China apabila membantu Harimau Malaya mengikat pasukan ke-79 dunia itu dengan keputusan 1-1 pada bulan September lalu. Skuad bimbingan Aleksandar Janković […]
Dion Cools Tunjuk Sikap Kepimpinan Tinggi, Pertahan Rakan Sepasukan Di ACL

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools terus membuktikan mengapa beliau menjadi tonggak utama Buriram United dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Cools muncul wira apabila tampil mempertahankan rakan-rakan sepasukannya yang diserang pemain dan staf pasukan Zhejiang FC semalam. Insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan ini tercetus selepas tamat perlawanan Zhejiang-Buriram. Ramai percaya insiden tersebut […]