Dion Cools Ketuai Pesta 8 Gol Buriram United, Catat Nama Sebagai Penjaring

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mengetuai pesta jaringan besar Buriram United dalam aksi terakhir Thai League 1 hari ini. Selepas kecewa disingkirkan Muangthong United dalam saingan separuh akhir Thai League Cup baru-baru ini, Buriram berazam mendapatkan kemenangan ke atas Khon Kaen United. Dan Cools memastikan Thunder Castle mendahului seawal minit ke-12 selepas menyudahkan hantaran […]

Malaysia Bawa 3 Watak Berbeza Kemudi Pertahanan Kanan

Malaysia mempersiapkan tiga watak berbeza untuk mengemudi posisi pertahanan kanan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon mahu bangkit daripada kedukaan apabila tunduk dua perlawanan menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memilih untui mempertaruhkan beberapa muka baharu termasuklah pemain Malaysia B-23 yang beraksi cemerlang di Qatar tempoh […]

Hasrat Dion Cools Raih Trofi Ke-5 Di Thailand Berkecai

Keinginan pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools meraih trofi kelima di Thailand tidak kesampaian semalam. Ini selepas Muangthong United meraih kemenangan 2-0 ke atas kelab beliau, Buriram United dalam aksi separuh akhir Thai League Cup musim 2023/24. Thunder Castle berharap dapat mempertahankan gelaran juara Thai League Cup yang dimenangi pada musim lepas bagi memastikan mereka […]

Posisi Dion Cools Di Buriram Bakal Tergugat?

Pemain pertahanan Harimau Malaya dan Buriram United, Dion Cools mungkin terpaksa melupakan posisi pertahanan tengah kelab gergasi Thailand itu. Ini selepas Buriram United dikhabarkan bakal membawa masuk seorang pemain baharu yang sarat dengan pengalaman bola sepak di eropah. Pemain yang dimaksudkan itu adalah bekas pemain Newcastle United, Curtis Good yang kini beraksi untuk Melbourne City […]

Dion Cools & Buriram United Muncul Juara Thai League 1 Kali Ke-2 Berturut-Turut

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools berjaya menjulang kejuaraan Thai League 1 bersama kelabnya, Buriram United. Kejayaan ini dicapai apabila pencabar utama Buriram United iaitu Bangkok United tewas mengejut kepada Police Tero yang dibimbing oleh bekas jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe. Aksi yang berlangsung pada Jumaat itu menyaksikan tiga gol Police Tero hasil ledakan padu […]

Asnawi Mangkualam Terima Kad Kuning, Terjah Keras Dion Cools

Aksi Thai League 1 membabitkan Port FC dan Buriram United baru-baru ini mencuri perhatian penyokong kerana pertembungan Asnawi Mangkualam dan Dion Cools. Nama dua pemain pertahanan ini amat dikenali peminat bola sepak Asia Tenggara. Asnawi merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Indonesia di bahagian pertahanan. Manakala Cools pula bukan saja pemimpin di bahagian pertahanan Malaysia. Malah, […]

Penjaga Gol Filipina, Neil Etheridge Dalam Radar Buriram United

Penjaga gol pasukan kebangsaan Filipina, Neil Ethridge dilaporkan berada dalam radar jaguh Thai League 1, Buriram United. Pemain berusia 34 tahun menghabiskan sebahagian besar karierinya di Eropah selain pernah menghangatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Cardiff City. Beliau kini bersaing EFL Championship iaitu Divisyen Dua England bersama Birmingham City FC sejak musim 2020/2021. Menerusi […]

Dion Cools Berpotensi Beraksi Menentang Kelab Malaysia

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools berpeluang beraksi menentang kelab Malaysia apabila saingan Shopee Cup bermula pada 17 Julai ini. Ini selepas kelab beliau, Buriram United dinamakan sebagai salah satu daripada dua wakil Thailand yang beraksi dalam kejohanan itu. Sementara BG Pathum United dipilih sebagai satu lagi pasukan yang mengiringi Buriram ke Shopee Cup. Buriram dipilih […]

Dion Cools Dipilih Pemain Terbaik Mingguan Di Thailand

Prestasi memberangsangkan pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools terus mendapat perhatian apabila beliau dipilih antara pemain terbaik Thai League 1 minggu ke-27. Sejak jurulatih Buriram, Jorginho Campos meletakkan beliau sebagai bek kanan untuk perlawanan menentang Muangthong United, pemain pertahanan berusia 27 tahun itu menunjukkan peningkatan dari segi prestasi. Berdasarkan penilaian Sofascore, Cools merekodkan markah 7.5 dan […]

Penilaian Dion Cools Mencanak Naik Sejak Jadi Pertahanan Kanan

Penilaian yang diterima oleh pertahanan Buriram United, Dion Cools mencanak naik sejak beraksi pada posisi pertahanan kanan. Pemain berusia 27 tahun itu mengharungi kempen cemerlang pada tahun keduanya beraksi bersama juara bertahan Thai League 1 itu. Beliau yang menyertai pasukan itu pada Januari tahun lalu sering mendapat tempat untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan. Khidmat […]

Dion Cools Dapat Posisi Asal Semula, Beraksi Seperti Tiga Jantung

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools kembali memainkan posisi asalnya dan beraksi seperti memiliki tiga jantung. Pemain berusia 27 tahun itu dalam momentum terbaik selepas menjaringkan gol roket dalam satu perlawanan Thai League Cup untuk mara ke peringkat separuh akhir. Dion kembali dengan peranan baharu bersama Buriram United selepas hampir satu musim setengah diletakkan sebagai […]

Gol Roket Dion Cools ‘Gegar’ Liga Thailand

Nama Dion Cools terus meniti di bibir peminat bola sepak Thailand apabila jaringan padunya berjaya memukau para penonton pada aksi lalu. Cools yang merupakan kapten pasukan kebangsaan muncul wira buat kelabnya apabila melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk membantu pasukannya mara ke separuh akhir Thail League Cup. Jaringan padu bak roket yang dilakukan […]

“Pakai Lilitan Kapten Tapi Tiada Kepimpinan” – Safee Sali

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali merasakan elemen kepimpinan telah memberi kesan yang besar kepada persembahan Malaysia berdepan Oman tempoh hari. Skuad kendalian Kim Pan-gon telah tewas dua aksi menentang pasukan ke-77 dunia itu sekaligus menyebabkan Harimau Malaya keciciran 6 mata. Kekalahan itu juga menyebabkan skuad negara hilang kedudukan di puncak Kumpulan E dan kini berada […]

Thai League 1: Dion Cools & Buriram United Kekal Ungguli Carta Benam PT Prachuap

Aksi Thai League 1 menyaksikan diantara pasukan Buriram United melayan kunjungan PT Prachuap berkesudahan dengan keputusan 1-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Chang Arena itu turut menyaksikan jurulatih baharu Buriram United, Jorginho memberi kepercayaan kepada kapten Harimau Malaya, Dion Cools mengemudi barisan pertahanan pasukan bersama Pansa Hemviboon dan pemain dari Korea, Kim Min Hyeok. Permainan […]

Thai League 1: Hajat Dion Cools Julang Buriram Disekat BG Pathum

Buriram United sekadar meraih keputusan seri ketika berdepan BG Pathum United di Stadium Leo hari ini. Turun membariskan skuad terbaik, pengendali baharu Buriram United, Jorginho memberi kepercayaan kepada kapten Harimau Malaya, Dion Cools mengemudi barisan pertahanan pasukan bersama Pansa Hemviboon dan pemain dari Korea, Kim Min Hyeok. Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0. […]

Thai League 1: Dion Cools Pimpin Buriram Tundukkan Chiangrai United

Bek tengah negara, Dion Cools membantu Buriram United menghadiahkan kemenangan pertama kepada jurulatih baru mereka, Jorginho Campos. Ini selepas pasukan yang diberi jolokan Thunder Castle itu mengatasi cabaran Chiangrai United 2-1 dalam aksi terbaru Thai League 1. Perlawanan hari ini merupakan perlawanan pertama Campos sebagai jurulatih menggantikan pengendali Australia, Arthur Papas. Babak pertama menyaksikan tuan […]