Ke Mana De Paula ‘Menghilang’?

Pemain naturalisasi Malaysia, Guilherme De Paula kini hilang dalam radar bola sepak apabila masih belum membuat sebarang penampilan rasmi bagi saingan bola sepak musim 2022. Penyerang JDT tersebut bukan sahaja tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama, malah turut tiada namanya dibangku simpanan JDT. Dalam 3 perlawanan awal JDT iaitu sewaktu menentang KL City, Penang dan Sarawak […]
Netizen Persoal Tindakan Kim Pan-gon

Senarai nama 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya telah pun diumumkan sebentar tadi namun terdapat pelbagai reaksi yang diutarakan oleh netizen mengenai pemain yang dibawa oleh Kim Pan-gon. Respon ini dilihat bertitik tolak daripada senarai pemain tersebut yang dirasakan segelintirnya sudah tidak lagi relevan untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya. Jurulatih […]
Tan Cheng Hoe Jelaskan Mengapa Beliau ‘Tetap’ Pilih De Paula Sebelum Ini

Dalam satu tembual bersama Astro Arena, bekas pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah tampil memberi komentar berkenaan prestasi semasa penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula. Tan Cheng Hoe memuji sikap yang ditampilkan De Paula setiap kali bersama skuad Harimau Malaya. Menurut pengendali yang berusia 53 tahun itu, De Paula adalah antara pemain yang memiliki disiplin […]
Yusoff Mahadi: Sumbangan De Paula ‘Tak Sampai’

Pengurus skuad kebanggsaan, Yusoff Mahadi akui kecewa tidak dapat melihat kemenjadian penyerang naturalisasi ketiga negara, Guilherme De Paula ketika membantu skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki kali ini. Tegas Yusof, setakat ini De Paula tidak memberikan sebarang impak yang positif dalam skuad kebanggsaan. Walhal, tujuan utama pemain tersebut dinaturalisasi adalah untuk menambah kekuatan […]
Asmawi Bakiri Kesal Kehadiran Pemain Naturalisasi Beri Kesan Buruk Kepada Harimau Malaya

Penganalisis bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri dilihat berdukacita dengan kehadiran pemain naturalisasi ke dalam pasukan negara yang sememangnya tidak memberi impak yang diharapkan untuk menjayakan kempen Piala AFF kali ini. Bekas pemain pasukan Selangor dan Perak itu juga menjelaskan, sungguhpun perancangan bagi menggunakan khidmat pemain naturalisasi ini sekadar pelan jangka pendek, namun ia ternyata tidak […]
De Paula Baling Jersi Pada Penyokong, Raih Tepukan Dan Semangat Baru

Penyerang Harimau Malaya, De Paula sebelum ini seringkali menjadi bualan dan perhatian penyokong skuad negara. Bukan sahaja prestasi beliau tetapi setiap tingkah lakunya ketika di atas padang mahupun di luar padang turut dipertikai peminat setia tanah air. Akan tetapi setiap yang berlaku, beliau bersikap positif menerima segala kritikan baik ataupun buruk dan menganggap perkara itu […]
Warkah De Paula Buat Rakyat Malaysia

Penyerang sensasi kebangsaan, Guilherme De Paula telah membuat satu hantaran di Instagram Story miliknya hari ini. Hantaran tersebut telah dikongsikan Paula dalam satu tulisan panjang yang meluahkan beberapa perkara bagi mengharmonikan keadaan. Pemain yang berusia 35 tahun itu sebelum ini sering kali menjadi bualan dan perhatian penyokong Harimau Malaya. Setiap tingkah laku dan aksinya ketika […]
De Paula: Kita Semua Dahagakan Kemenangan, Saya Akan Terus Berjuang

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula hari ini telah tampil mengulas dan memberikan penjelasan berkaitan insiden yang melibatkan dirinya semalam. De Paula semalam dikatakan berang sebaik sahaja dikeluarkan pada minit ke-65 permainan ketika skuad negara menentang Kemboja. Pemain kelahiran Brazil itu menjelaskan di IG Story miliknya bahawa beliau sentiasa menghormati keputusan jurulatih dan rakan sepasukan. […]
De Paula Berang Baling Botol, Tan Cheng Hoe Minta Beliau Bersabar

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula dikatakan berang selepas dikeluarkan pada minit ke-65 permainan. Pemain kelahiran Brazil ini sebelum itu diturunkan dalam aksi pertama Harimau Malaya sebagai kesebelasan utama. Selepas sahaja dikeluarkan, De Paula dikatakan merenung tajam ke arah ekor Harimau Malaya yang berada di dalam stadium. Reaksi De Paula yang dilihat tidak berpuas hati […]
De Paula Rantai Mulut Pengkritik Bantu Kemenangan Bergaya Malaysia

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula hari ini mempamerkan persembahan yang cukup memberangsangkan ketika memastikan kemenangan pertama bertemu Kemboja dalam aksi pembukaan hari ini. Pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini yang beraksi selaku pemain nombor 9 nyata memainkan peranan yang cukup baik ketika bergandingan dengan dua rakan sepasukan, Safawi Rasid dan juga Akhyar Rashid […]
Jawapan Padu Tunku Ismail Mengenai Aksi Lain Macam De Paula Bersama JDT

Dalam satu ruang komen di Instagram, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris telah tampil menjawab persoalan yang sering dikaitkan dengan penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula. De Paula sebelum ini hangat dikritik peminat Harimau Malaya kerana beliau dilihat mempamerkan aksi sambil lewa ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan. Namun dalam perlawanan Kelantan FC bertemu […]
Jaringan Unik De Paula Dan Syafiq Ahmad Bantu JDT Berpesta Gol

Perlawanan keenam saingan Piala Malaysia kumpulan D yang berlangsung di Stadium Kota Bharu telah menampilkan pasukan Kelantan FC melayani kunjungan Johor Darul Ta’zim. Johor Darul Ta’zim yang turun dengan formasi 4-3-3 dilihat lebih ampuh mendominasi perlawanan. Percaturan unik Benjamin Mora dengan mempertaruhkan De Paula, Syafiq Ahmad dan Azrif Nasrulhaq dibarisan serangan membuahkan hasil apabila ketiga-tiga […]
Kritikan Buat De Paula Jadi Makin Kuat Dan Bersemangat

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula menjelaskan bahawa kritikan merupakan satu perkara yang menjadi lumrah sebagai seorang pemain bola sepak profesional. Menurut beliau, perkara tersebut sudah menjadi asam garam dalam kehidupan beliau sungguhpun beliau mengetahui bahawa ia bukanlah satu perkara yang mudah buat sesiapa pun. Malah, pemain berusia 35 tahun yang beraksi di posisi penyerang […]
Aksi Amri Yahyah dan Guilherme De Paula Cetus Dilema Tan Cheng Hoe

Tatkala aksi Liga Super sudah memasuki perlawanan ke-16 pada minggu ini, para penyokong bola sepak tanah air sudah mula berteka-teki mengenai masa depan skuad Harimau Malaya. Ramai antara pemain yang tidak mendapat panggilan ke skuad kebangsaan sedang menikmati aksi yang cukup memberangsangkan ketika ini bersama pasukan masing-masing. Ini sekaligus menimbulkan teka-teki mengenai barisan pemain baharu […]
Thailand Rangka Strategi Kekang Ancaman De Paula

Thailand yang sebelum ini tewas 2-1 ketika berhadapan Malaysia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur merangka taktikal khas untuk mengekang ancaman dari pemain naturalisasi Malaysia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh media Thai FA dan laman berita Thairath, Ketua Jurulatih Thailand dari Jepun, Akira Nishino sedar ancaman dan asakan yang bakal diterima pasukannya apabila berhadapan pemain naturalisasi […]
[Foto] Hari Pertama Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Di Johor Bahru

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani sesi latihan sulung mereka di Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, Johor, petang tadi. Kem latihan pusat sembilan hari ini disertai 28 pemain sebagai persiapan menjelang baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu […]