“Saya Kena Berterima Kasih Setiap Hari Kepada De Gea”

Pengurus ACF Forentina, Raffaele Palladino merasakan dirinya perlu mengucapkan terima kasih setiap hari kepada penjaga golnya, David de Gea dek kerana kehebatan pemain itu dalam mempertahankan gawang Fiorentina daripada dibolosi. Palladino menganggap De Gea masih mempunyai kualiti sebagai penjaga gol terbaik di dunia walaupun sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif. “Percayalah saya. Dia (De […]

De Gea Jumpa Aksi Sebenar Selepas Tinggalkan Man Utd

Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea terus mempamerkan aksi mantap bersama kelab barunya, Fiorentina. Terbaru, de Gea muncul wira dengan memastikan La Viola meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab tercorot Serie A, Genoa. Pemain sayap kiri, Robin Gosens muncul wira pelawat di Stadium Luigi Ferraris dengan meledakkan gol kemenangan pada separuh masa […]

De Gea Jadi Makin Hebat Selepas Tinggalkan Man United

Bekas penjaga gol Man United, David de Gea semakin menyerlah bersama kelab barunya, Fiorentina. Terbaru, penjaga gol berusia 33 tahun itu menjadi wira Viola dengan menewaskan A.C Milan 2-1 di Stadium Artemio Franchi pada 6 Oktober lalu. De Gea berjaya menafikan dua penalti Rossoneri yang diambil Tammy Abraham dan Theo Hernandez. Fiorentina meraih dua gol […]

David de Gea Hampiri Perpindahan Ke Fiorentina

Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea bakal menamatkan penantian kelab barunya dengan berhijrah ke Fiorentina. Selepas meninggalkan United sebagai ejen bebas pada akhir musim 2022/2023, penjaga gol Sepanyol itu dihujani dengan pelbagai tawaran dari luar negara seperti Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, semua tawaran berkenaan ditolak oleh de Gea. Sepanjang tempohnya […]

Karier David De Gea Bakal Diselamatkan

Bekas penjaga gol Manchester United yang kini masih berstatus ejen bebas, David De Gea difahamkan sedang dipantau Barcelona untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan Catalan itu. Pada usia 33 tahun, De Gea telah meraih minat dari pelbagai kelab terutamanya dari England dan Arab Saudi. Namun begitu, beberapa laporan dari media tempatan mengesahkan bahawa De Gea […]

David De Gea Bakal Kembali Ke EPL?

Bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea dikhabarkan bakal kembali semula beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Menurut laporan daripada media antarabangsa, MailSport menyatakan David De Gea antara calon pilihan untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh penjaga gol utama Newcastle United, Nick Pope. Penjaga gol utama The Magpies mengalami kecederaan bahu yang memaksa beliau […]

Kelab Terpencil Sepanyol Pilihan David De Gea?

Gosip perpindahan bekas penjaga gol Manchester United masih lagi belum tamat apabila pemain tersebut turut dikaitkan dengan kelab divisyen kedua Sepanyol, Eldense. Penjaga gol berusia 33 tahun itu sebelum ini kembali dikaitkan dengan United apabila dikhabarkan Andre Onana akan terlepas beberapa aksi penting liga ekoran kejohanan Piala Negara-Negara Afrika tahun hadapan. Namun kini De Gea […]

De Gea Perli Roy Keane

Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea tidak teragak-agak membidas legenda kelab, Roy Keane awal pagi ini. Penjaga gol Sepanyol itu berbuat demikian selepas Keane dan beberapa legenda United lain menganggap Bruno Fernandes tidak layak menjadi kapten The Red Devils. Selepas melihat United tewas 3-0 kepada City pada minggu lepas, akhbar Manchester Evening News […]

David De Gea Beri Bayangan Mahu Bersara

Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea sudah berkira-kira untuk menggantung but sekiranya masih gagal mendapatkan kelab baru. Akhbar The Guardian melaporkan penjaga gol berusia 32 tahun itu mahu mencari kelab yang memilihnya sebagai penjaga gol utama dan bukan sebagai penjaga gol sokongan. Penjaga gol Sepanyol itu hanya berminat menyertai kelab yang memburu trofi […]

Kelab Ronaldo Buru David de Gea

Selepas kontraknya tidak diperbaharui oleh Manchester United, penjaga gol David de Gea kini bergelar ejen bebas. Dan disebabkan statusnya itu, penjaga gol Sepanyol itu berpeluang untuk kembali bergandingan dengan Cristiano Ronaldo di kelab Saudi Pro League, Al-Nassr. Akhbar The Sun melaporkan Al-Alami sedang menimbang sama ada menawarkan kontrak kepada bekas penjaga gol Atletico Madrid itu. […]

Ten Hag Mahu Dapatkan Pesaing De Gea

Manchester United mengakhiri musim 2022-2023 dengan pencapaian tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Carabao Cup. Tetapi bagi pengurus Erik ten Hag, beliau tahu untuk United lebih berjaya musim hadapan, pasukan memerlukan seorang penjaga gol baru untuk bersaing dengan David de Gea. Hal ini disahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Ten Hag melihat dengan […]