‘Hai Shin Tae-yong’ David Da Silva Mahu Bantu Timnas Indonesia

Penyerang Persib Bandung, David Da Silva meluahkan hasrat untuk menyarung jersi Timnas Indonesia di bawah bimbingan ketua jurulatih, Shin Tae-yong. David Da Silva muncul penjaring terbanyaj Liga 1 Indonesia musim lalu setelah merekodkan 30 jaringan dan 26 bantuan gol untuk membantu Persib Bandung meraih gelaran juara. Menurut Da Silva, kejayaan selaku penjaring terbanyak yang dicapai […]
Respon Nafuzi Zain Lihat David Da Silva Berjaya Di Indonesia Berbanding Malaysia

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga bekas jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memberikan respon selepas bekas pemainnya di Terengganu iaitu David Da Silva cemerlang di bumi Indonesia. David Da Silva merupakan bekas penyerang Terengganu yang beraksi di bawah kendalian Nafuzi dalam saingan Liga Malaysia musim 2021. Namun pada ketika itu, David Da […]
David Da Silva Rangkul Kasut Emas Di Indonesia

Bekas penyerang import Terengganu FC, David da Silva ceria bukan saja kerana membantu kelabnya, Persib Bandung muncul juara Liga 1 Indonesia musim 2023/24. Malah, penyerang Brazil berusia 34 tahun itu dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas musim ini selepas menyumbat 30 gol dalam 34 perlawanan. Da Silva menambah gol ke-30 dalam liga apabila membantu Pangeran Biru […]
Bojan Hodak Pacu Persib Bandung Muncul Juara Liga 1 Indonesia

Persib Bandung muncul juara Liga 1 Indonesia selepas menewaskan Madura United dalam aksi penentuan yang kedua berakhir dengan keputusan 3-1 dengan agregat (6-1). Pada saingan pertama, skuad kendalian Bojan Hodak menang selesa dengan keputusan 3-0 Madura United. Persib Bandung mengekalkan kesebelasan utamanya seperti di perlawanan pertama dengan dibarisi Kevin Ray Mendoza, dan gandingan penyerang berbisa […]
Dua Bekas Penyerang Liga Malaysia Kekal Berbisa Di Asean

Meskipun tidak lagi beraksi di Liga Malaysia (Liga M), nama David da Silva dan Willian Lira masih diingati ramai peminat bola sepak negara. Ini kerana dua penyerang Brazil itu menyerlah bersama kelab masing-masing di Liga 1 Indonesia dan Thai League 1. Da Silva yang kini beraksi untuk Persib Bandung menjadi penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia […]
Bojan Hodak Ubah Dua Penyerang Persib Jadi Berbisa

Selepas Bojan Hodak dilantik sebagai jurulatih Persib Bandung pada Julai lalu, transformasi yang dibawa beliau mengagumkan penyokong. Ini termasuk menjadikan duo Brazil, David da Silva dan Ciro Alves sebagai peledak berbisa dalam Liga 1 Indonesia musim ini. Musim 2023-2024 menyaksikan da Silva dan Alves masing-masing meledakkan 14 dan 10 gol untuk Pangeran Biru. Bisa dua […]
Bojan Hodak Berjaya Ubah David Da Silva Jadi Penyerang Yang Rajin

Bojan Hodak bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia apabila berjaya membawa Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta beberapa kejayaan manis seperti menjulang Piala Malaysia 2021. Kini Bojan menghadapi situasi yang sedikit berbeza apabila mengemudi pasukan gergasi Indonesia, Persib Bandung yang diketahui mempunyai kelompok penyokong yang sangat besar. Baru-baru ini, telah tular […]
Rekod Jaringan David Da Silva Makin Memukau Di Indonesia

Sejak Persib Bandung dibimbing bekas jurulatih KL City FC, Bojan Hodak, David da Silva semakin menyerlah sebagai peledak utama mereka musim ini. Ini kerana berdasarkan prestasi semasa beliau, bekas penyerang Terengganu FC itu sudah meledakkan 14 gol setakat ini. Ini sekaligus menyamai rekod 14 gol da Silva semasa bersama Persebaya Surabaya pada musim 2018-2019 seperti […]
Persib & Persija Jakarta Sama Lesu

Aksi Derby Indonesia membabitkan dua seteru ketat dalam Liga 1 Indonesia, Persib Bandung dan Persija Jakarta hari ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini mampu melonjakkan mereka kedudukan lapan teratas liga. Justeru, sebaik wisel perlawanan ditiup, Persija berusaha memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah. Dan Stadium Patriot Candrabhaga gegak-gempita apabila Marko […]
Gabungan ‘DNA Taktikal’ Bojan Hodak & David Da Silva Menjadi Di Indonesia

Penghijrahan bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak ke kelab Indonesia, Persib Bandung memberi impak yang cukup besar terutamanya dibantu oleh impak peledak berbisa pasukan, David Da Silva. Jurulatih kelahiran Croatia itu membuat keputusan untuk berhijrah selepas tiga tahun menabur bakti di Malaysia. Percaturan awal bekas pengendali PSM Makassar ini berjaya diserap dengan begitu cepat […]
Bekas Penyerang Terengganu Tepis Tanggapan Buruk Di Malaysia

Bekas penyerang Terengganu FC, David Da Silva terus mengukuhkan kedudukannya selaku penyerang berbisa di Liga 1 Indonesia. Pemain kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama di barisan serangan Persib Bandung sekaligus menyaksikan mereka melalui musim yang cukup cemerlang apabila menamatkan saingan di tempat ke-3 pada 2022/2023. Kemenjadian penyerang berusia 34 tahun ini berterusan pada musim ini […]
David Da Silva: Dari Ketumpulan, Kini Setajam Pedang

Penyerang Persib Bandung, David da Silva membuktikan bahawa beliau masih lagi berbisa apabila tidak henti-henti meledak gol buat kelabnya dalam saingan Liga 1 Indonesia. Bekas penyerang berbisa pasukan Terengganu FC itu sebelum ini menjadi mangsa kecaman segelintir penyokong pasukan Terengganu apabila beliau gagal mempamerkan ketajaman di hadapan gol ketika beraksi di Malaysia. Bersama Persib musim […]
David Da Silva Selamatkan Maruah Persib Bandung

Penyerang kelahiran Brazil, David Da Silva menjadi wira buat pasukannya apabila menjaringkan gol penting untuk mengikat Bali United dalam pertembungan epik semalam. Perlawanan yang dibanjiri oleh layangan kad malam semalam menyaksikan kedua-dua pasukan saling membalas serangan untuk memperoleh jaringan awal. Hasilnya, pasukan pelawat berjaya menyentap ego Persib Bandung apabila Novri Setiawan mencetak nama selaku penjaring gol […]
Aksi David Da Silva Gagalkan Jaringan Sendiri

Penyerang pasukan Persib Bandung, David Da Silva melakukan tindakan luar biasa ketika aksi menentang Persija Jakarta apabila menggagalkan peluang untuk menjaringkan gol dengan sendirinya. Sungguhpun pada perlawanan epik tersebut, bekas penyerang pasukan Terengganu ini memainkan watak penting dengan mencetak dua gol bagi memastikan kemenangan menjadi milik Persib, beliau seakan menolak ‘tuah’ untuk mencipta hattrick. Da […]
Dua Gol David Da Silva Musnahkan Persija Jakarta

Penyerang import pasukan Persib Bandung, David Da Silva menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya mengatasi Persija Jakarta dengan keputusan 2-0. Pemain berusia 32 tahun itu memperagakan aksi yang cukup menakjubkan apabila menjadi watak penting pasukan kendalian Robert Alberts. Perlawanan bermula garang apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan ke kubu lawan masing-masing untuk mendapatkan gol awal. […]
Gol ‘12 Saat’ David Da Silva Julang Persib Bandung

Bekas penyerang Terengganu FC, David Da Silva mempamerkan ketajaman penyudahnya apabila memainkan watak penting ketika mengatasi PSM Makassar dengan keputusan 2-0. Beliau yang turun dalam kesebelasan utama pasukan bergandingan dengan penyerang Timnas Indonesia, Ezra Walian nyata menjadi duri dalam daging buat pasukan yang berada pada kedudukan ke-13 dalam liga itu. Da Silva tidak menunggu lama […]