Darwin Nunez Masuk Tempat Penyokong, Serang Penyokong Mabuk

Penyerang Uruguay, Darwin Nunez bertindak masuk ke tempat duduk penyokong dan menyerang penyokong Colombia yang mabuk selepas perlawanan terbaru Copa America 2024. Aksi separuh akhir Copa America 2024 menyaksikan La Celeste dan La Tricolor berentap untuk memburu tiket final kejohanan. Pemenang bakal berdepan Argentina di peringkat dengan pasukan yang tewas bersaing dengan Kanada untuk memburu […]
EPL: Mo Salah Kembali Menyengat, Liverpool Belasah Brentford

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara Liverpool menentang Brentford yang berkesudahan dengan keputusan 4-1. Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. Selepas sentengah jam berlangsung, penyerang Uruguay, Darwin Nunez membuka jaringan pertama pasukan selepas berjaya menewaskan penjaga gol Brentford, Mark Flekken dengan ‘cip’ yang menarik. Seminit sebelum […]
EPL: Liverpool Benam Bournemouth Penuh Bergaya

Liverpool mengukuhkan status sebagai pendahulu liga setelah menewaskan Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). Pada aksi yang berlangsung di Stadium Vitality itu, kedua-dua pasukan bermula sedikit perlahan dengan penguasaan bola dilihat seimbang. Ketumpulan jentera serangan menyaksikan tiada jaringan dapat dijelmakan sekaligus mengakhiri babak pertama dengan keputusan 0-0. Bersambung babak kedua, Liverpool tidak menunggu lama […]
Darwin Núñez Mahu Baiki Diri Lepas Insiden Di Anfield

Penyerang Liverpool, Darwin Nunez berjanji akan menambahbaik kemahiran penyudahnya selepas terlepas peluang menambah gol di Anfield awal pagi tadi. Nunez yang sebelum itu menjaringkan gol pada minit ke-34 berpeluang menambah koleksi golnya selepas membuat larian solo ke arah gawang Toulouse. Dengan penjaga gol Guillaume Restes sudah tertewas, penyerang Uruguay itu cuba menolak bola ke dalam […]
Liga Europa: Liverpool Kenduri Gol Belasah Toulouse

Liverpool meneruskan rentak kemenangan dalam saingan liga Europa apabila membelasah Toulouse 5-1 di Stadium Anfield. Diego Jota membuka jaringan seawal minit ke-9 perlawanan sebelum Toulouse menyamakan kedudukan 7 minit kemudian menerusi T. Dallinga. Pemain Jepun, Wataru Endo meletakkan Liverpool kembali dihadapan menerusi tandukan pada minit ke-30 permainan. Giliran Nunez mencetak nama selaku penjaring 4 minit […]
Liga Europa: Liverpool Nyaris Diaibkan Kelab Austria

Kelab gergasi EPL, Liverpool bangkit dari ketinggalan buat kali keempat musim ini sebelum mengalahkan kelab kerdil Austria, LASK dalam saingan Liga Europa awal pagi ini. Seperti disaksikan dalam perlawanan menentang Bournemouth, Newcastle United dan Wolves, The Reds dikejutkan dengan gol awal pihak lawan. The Black-Whites mendahului menerusi Florian Flecker pada minit ke-14. Flecker melepaskan satu […]
TMJ Bertemu Dengan Pemain-Pemain Liverpool

DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan tiga tonggak utama Liverpool hari ini iaitu Alexis MacAllister, Luis Diaz dan Darwin Nunez. Dalam satu perkongsiannya di X, baginda membawa puteri dan putera-puteranya iaitu YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah, DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan DYAM Tunku Abu Bakar Ibrahim […]
Darwin Nunez Tak Sangka EPL Sebenarnya Terlalu Susah

Sejak tiba di Liverpool dengan yuran perpindahan £85 juta (RM442 juta) pada musim panas lepas, Darwin Nunez berdepan banyak kesukaran termasuk kesukaran menjaringkan gol. Dan ini menyebabkan bekas penyerang Benfica itu mengakui EPL sebenarnya satu liga yang sukar. Dalam tempohnya menyesuaikan diri bersama Reds, ia tidak dibantu dengan tindakannya menanduk bek tengah Crystal Palace, Joachim […]
“Semak Dulu Pencapaian Saya Sebelum Bandingkan Dengan Nunez” – Andy Cole

Jangan cemarkan nama saya dengan perbandingan mengarut dan memalukan. Itu reaksi bekas penyerang Manchester United, Andy Cole selepas ada peminat di media sosial cuba menyamakan dirinya dengan penyerang Liverpool yang masih bergelut, Darwin Nunez. Andy Cole yang merupakan penjaring keempat terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris beranggapan disamakan dengan Nunez ibarat menjatuhkan kredibiliti dan tidak […]
Jurgen Klopp Terkejut Dengan Ketajaman Nunez Waktu Latihan

Ketua jurulatih Liverpool FC, Jurgen Klopp teruja dengan kemampuan penyerang muda pasukan, Darwin Nunez ketika sesi latihan. Pemain berusia 23 tahun ini telah mencuri tumpuan pengendali kelahiran Jerman itu dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Kepulangan Diogo Jota daripada kecederaan selain adanya khidmat Roberto Firmino menambah saingan bagi mengisi posisi nombor 9 The […]
Darwin Nunez Akui Tak Faham Arahan Klopp

Penyerang muda Liverpool, Darwin Nunez mengalami kesukaran untuk berkomunikasi di Kelabnya terutama bersama ketua jurulatih, Jurgen Klopp. Bintang kelahiran Uruguay itu tiba di Merseyside pada rekod tanda harga yang begitu tinggi tetapi masih gagal memberikan impak yang diharapkan. Beliau juga sering dibayangi dengan kehebatan Erling Haaland yang kini menyerlah di Manchester City sedangkan beliau kekal […]
Tonton: Aksi Tanduk Muka Darwin Nunez Yang Koyak Rabak Kena Buli

Kegagalan penyerang muda berbakat Liverpool FC, Darwin Nunez untuk mengawal emosinya di atas padang membawa padah apabila beliau dihukum dengan kad merah ketika Liverpool seri 1-1 menentang Crystal Palace. Pemain berusia 23 tahun itu turun dalam kesebelasan utama buat pertama kalinya di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah. Walau bagaimanapun, beliau jelas sukar untuk melepasi […]
Tangisan ‘RM 446 Juta’ Darwin Nunez Bertukar Trofi Bermakna Buat Liverpool

Penyerang baharu pasukan Liverpool FC, Darwin Nunez membuktikan kalibernya sebagai peledak berbisa apabila membantu pasukan menewaskan Manchester City 3-1. Bekas peledak berbiasa Benfica ini dimasukkan pada minit ke-59 bagi menggantikan Roberto Firmino jelas memberi impak yang cukup besar buat pasukan Jurgen Klopp. Beliau bergandingan dengan cukup baik bersama Luiz Diaz dan juga Mohamad Salah nyata menjadi […]
Terlucut Wajah Sebenar ‘RM 446 Juta’ Darwin Nunez

Kelibat penyerang baharu Liverpool FC, Darwin Nunez masih lagi kekal dipantau oleh penyokong bola sepak serata dunia sehingga kini. Terbaru, pemain bintang sensasi Benfica ini dibawa masuk dengan tanda harga sebesar € 100 Juta masih lagi gagal membawa impak yang diharapkan. Sungguhpun telah meledak 4 gol ketika menentang RB Leipzig tempoh hari, beliau jelas gagal […]
‘RM 446 Juta’ Darwin Nunez Mula Terbayar

Penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez menutup mulut pengkritik apabila menjadi watak penting pasukan ketika mencatat kemenangan ke atas RB Leipzig dengan keputusan 5-0. Pemain kelahiran Uruguay ini dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua nyata memberi impak segera kepada jentera serangan Jurgen Klopp menerusi keampuhan penyudahnya. Nunez bergandingan dengan cukup baik bersama Mohamed Salah dan […]
Darwin Nunez ‘RM446 Juta’ Buat Hal Lagi

Aksi memukau yang ditampilkan oleh penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez ketika menentang Crystal Palace dalam perlawanan pra-musim yang berlangsung di Singapura semalam. Anak didik Jurgen Klopp turun dengan misi untuk mencari kemenangan apabila mereka dibelasah oleh Manchester United dengan keputusan 4-0. Klopp tidak lagi mahu bereksperimen apabila menurunkan hampir kesemua kesebelasan terbaiknya dalam perlawanan ini. Namun […]