Piala Dunia Futsal: Thailand Tumbangkan Croatia

Aksi pembukaan Piala Dunia Futsal menyaksikan Thailand menewaskan Croatia dalam perlawanan pertama kumpulan B pada Sabtu. Thailand yang berada di ranking kesembilan dunia tidak menunggu lama untuk berada di hadapan hasil penyudah tonggak utama, Muhammad Osamanmusa seawal minit ke-3. Gol tunggal dari pemain Jimbee Cartagena di Liga Futsal Sepanyol itu kekal sehingga tamat separuh masa […]
Cristiano Ronaldo Ledak Gol Ke-900

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo mencipta satu lagi rekod sejarah dengan meledakkan gol ke-900 dalam kariernya. Akhbar Daily Mail melaporkan gol tersebut dicipta dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA (UNL) antara Portugal dan Croatia di Lisbon awal pagi ini. A Selecao membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi bek kanan Manchester United, Diogo Dalot. Ronaldo menggandakan kelebihan […]
Euro 2024: Gol Minit Akhir Itali Musnahkan Hajat Croatia

Itali berjaya mengikat Croatia pada minit akhir perlawanan untuk mengiringi Sepanyol ke peringkat kalah mati kejohanan Euro 2024 selaku naib juara kumpulan B. Croatia menurunkan kesebelasan terbaik pasukan yang dibarisi pemain seperti Luka Modric, Marcelo Brozovic, Mateo Kovacic serta Mario Pasalic dalam aksi terakhir kumpulan B. Itali pula mempertaruhkan sistem bek bertiga yang diperkuatkan oleh […]
Euro 2024: Sepanyol Bermaharajalela Tundukkan Croatia

Tiga gol di separuh masa pertama berjaya memastikan Sepanyol membuka kempen Euro 2024 dengan penuh bergaya ke atas Croatia pada awal pagi Ahad. La Roja yang merupakan juara edisi 1964, 2008 dan 2012 berada di dalam kumpulan B bersama-sama Croatia, Albania dan juga juara bertahan, Itali yang memenangi aksi final di Stadium Wembley. Jurulatih Sepanyol, […]
Portugal Dihukum Croatia Di Laman Sendiri

Portugal menerima tamparan hebat sebelum kejohanan Euro 2024 selepas ditewaskan Croatia dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Centro Desportivo Nacional do Jamor, Portugal awal pagi tadi. Croatia yang turun sebagai pasukan pelawat menurunkan barisan terkuat dengan kehadiran Luka Modric di bahagian tengah manakala Portugal tidak menurunkan Cristiano Ronaldo di kesebelasan utama. Belum sempat Portugal mengatur […]
Thailand Hadapi Brazil & Croatia Di Piala Dunia Futsal

Jaguh futsal Asia Tenggara, Thailand bakal berdepan cabaran getir apabila diundi bersama Brazil dan Croatia dalam saingan Piala Dunia Futsal 2024. Thailand melayakkan diri ke kejohanan berprestij dunia itu setelah muncul naib juara Piala Asia Futsal apabila tunduk 1-4 kepada Iran dalam aksi final yang diadakan pada April lalu di Bangkok Arena. Pada sesi undian […]
Croatia Bawa Pulang Trofi, Musnahkan Impian Mesir

Aksi perlawanan Acud Cup Final Cairo di antara pasukan Croatia dan Mesir berakhir dengan Croatia menewaskan lawan dengan keputusan 4-2. Perlawanan separuh masa pertama bermula dengan garang apabila masing-masing mempamerkan aksi yang cemerlang untuk mendapatkan gol pembukaan. Anak buah Hossam Hassan tidak mengambil masa yang lama apabila pada minit keenam perlawanan menerusi sepakan daripada Ramy […]
Jurulatih Croatia Dijangka Kemudi KL City

Jurulatih kelahiran Croatia, Miroslav Kuljanac dijangka bakal ‘naik pangkat’ sebagai Ketua Jurulatih KL City bagi musim baharu ini. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang melaporkan bahwa penolong jurulatih KL City itu akan menjadi pengendali tetap pasukan. Miroslav Kuljanac bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Nenad Bacina yang mengumumkan secara mengejut […]
Pemain Liga Utama Croatia Bakal Sertai Terengganu

Pemain liga utama Croatia bersama kelab NK Varazdin bakal memperkuatkan pasukan Terengganu dalam masa terdekat. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan Zulhelmi Zainal Azam menerusi sebuah hantaran di laman media sosial beliau. Marin Pilj merupakan pemain tengah buat pasukan NK Varazdin dan kini telah melakukan 18 penampilan liga. Pemain berusia 28 tahun ini merekodkan 1 […]
Giliran Ivan Perisic Terima Gaji RM5 Sebulan Selepas Nikola Kalinic

Ivan Perisic menyentuh hati peminat bola sepak apabila sanggup menerima gaji RM5 sebulan demi menyertai kembali kelab zaman remajanya, Hajduk Split. Hajduk Split merupakan kelab bola sepak pertama Ivan Perisic dan beliau merupakan produk akademi yang paling berjaya dalam sejarah kelab Croatia tersebut. Kepulangan pemain sayap ini setelah 17 tahun adalah untuk membantu kelab memenangi […]
Croatia Benam Maghribi, Gondol Tempat Ketiga Piala Dunia

Croatia menamatkan kempen Piala Dunia 2022 dengan bergaya selepas menewaskan Maghribi 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa hari ini. Dengan kemenangan tersebut, Vatreni menggondol tempat ketiga sekaligus pasukan ketiga terbaik dalam kejohanan. Sebaik sepak mula, Croatia mula mengasak benteng pertahanan Maghribi. Dan tekanan mereka hampir membuatkan sepakan penjaga gol Yassine Bounou hampir termasuk ke dalam gol […]
Magis Messi Bawa Argentina Ke Final Piala Dunia

Argentina muncul pasukan pertama layak ke final Piala Dunia 2022 selepas berjaya mengatasi cabaran Croatia di peringkat separuh akhir di Stadium Lusail hari ini. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan bermula berhati-hati dengan fokus terarah kepada kawalan bola. Walaupun kedua-duanya mengatur pergerakan serangan tetapi kebanyakan serangan banyak dikeluarkan oleh pertahanan kedua-dua pasukan diterajui oleh Josko Gvardiol […]
Croatia Atasi Brazil, Pasukan Pertama Ke Separuh Akhir Piala Dunia

Croatia mencipta kejutan dengan menyingkirkan Brazil dari Piala Dunia 2022. Ini selepas Vatreni berjaya menewaskan lawan mereka itu menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Bandar Pendidikan hari ini. Kedua-dua pasukan kelihatan seimbang sebaik sepak mula. Tetapi Brazil terlebih dahulu menguji penjaga gol Dominik Livakovic menerusi sepakan Vinicius Jr pada minit kelima tetapi berjaya ditangkap kemas […]
Piala Dunia: Croatia Singkirkan Jepun, Layak Ke Suku Akhir

Hasrat Jepun untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 tidak kesampaian selepas ditewaskan Croatia 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan pusingan kalah mati hari ini. Sebaik sepak mula, Jepun mula mengasak kubu Croatia terlebih dahulu. Dan anak buah Hajime Moriyasu hampir saja mendahului seawal minit ketiga menerusi tandukan Shogo Taniguchi selepas menerima hantaran […]
Terengganu Mahu Sambar Dua Pemain Croatia

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mendedahkan dua pemain dari Croatia jadi buruan TFC bagi memperkuatkan jentera hadapan bagi musim 2023. Dua pemain tersebut difahamkan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang Terengganu, Kpah Sherman dan pemain tengah, Kipre Tchetche. “Kami berhasrat untuk menawarkan tawaran kepada beberapa pemain asing… Saya sedang mencari seorang penyerang dan pemain tengah untuk […]
Bintang Dunia Belgium Gagal Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia

Croatia mengikat Belgium 0-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan F sekaligus mengiringi Maghribi layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022. Keputusan tersebut turut menyingkirkan The Red Devils dari kejohanan ini. Babak pertama menyaksikan pemain sayap Spurs, Ivan Perisic mengancam gawang The Red Devils menerusi satu percubaan jauh pada minit pertama. Bagaimanapun, percubaannya itu langsung tidak […]