ACL: Bisa Cristiano Ronaldo Julang Al-Nassr Ke Suku Akhir Benam Al-Fayha

Al-Nassr berjaya mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara AFC zon asia barat selepas berjaya menewaskan Al-Fayha dalam aksi pusingan 16 terakhir awal pagi tadi. Al-Nassr yang menurunkan barisan terkuat mereka dengan Cristiano Ronaldo, Sadio Mane dan Otavio menjadi taruhan untuk mencari jaringan. Perlawanan dimulakan dengan penguasaan menyeluruh ditampilkan Al-Nassr yang tampak lebih selesa dengan […]

Eden Hazard Ramal Cristiano Ronaldo Meledak Hingga Umurnya 50 Tahun

Real Madrid/Al-Nassr

Bekas bintang Chelsea dan Real Madrid, Eden Hazard telah meramal Cristiano Ronaldo mampu meledak gol sehingga umurnya 50 tahun. Hazard berkongsikan pandangan beliau sewaktu dalam sebuah temu ramah dan klip video tersebut telah tular di laman media sosial. “Bagi saya Messi adalah nombor satu dan setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza apabila bercakap tentang bola […]

Tanpa Cristiano Ronaldo, Al-Nassr ‘Titik’ Inter Miami 6-0

Inter Miami mengalami kekalahan memalukan dengan keputusan 6-0 dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Al-Nassr lewat pagi tadi. Al-Nassr tenang meledak tiga gol dalam masa yang singkat tanpa lagenda Portugal, Cristiano Ronaldo. Ikon Portugal itu menyaksikan perlawanan di tempat penonton selepas ditepikan daripada aksi persahabatan di Riyadh. Perlawanan bermula dengan garang apabila pasukan Al-Nassr menjaringkan gol […]

Cristiano Ronaldo Buat Peminat Di China Marah

Nama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan para peminat atas tindakan beliau ketika sidang media di China. Sebuah gambar yang kini sedang tular di kalangan peminat menyaksikan Cristiano Ronaldo sedang leka bermain telefon ketika wakil penganjur mengumumkan pembatalan jelajah Al Nassr di China. “Sidang akhbar ini hanyalah formaliti,” kritik seorang peminat. “Penganjur jelas […]

Cristiano Ronaldo Puji Man City “Mereka Amat Menakjubkan”

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menyifatkan musuh setempat Manchester United, Man City sebagai sebuah pasukan yang menakjubkan. Komen tersebut dibuat semasa beliau menjadi panel Globe Soccer Awards yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam. Ronaldo berpandangan sedemikian kerana pasukan itu berjaya menggondol tiga trofi dalam musim 2022-2023. Tiga trofi yang dimenangi City pada musim […]

Jurulatih Al-Hilal Percaya Neymar Bertentangan Dengan Cristiano Ronaldo

Ketua jurulatih Al-Hilal FC, Jorge Jesus baru-baru ini telah mendedahkan faktor utama yang membuatkan karier Neymar dan Cristiano Ronaldo sangat bertentangan. Jorge Jesus yang merupakan jurulatih kelahiran Portugal memberitahu media bahawa Neymar lebih mementingkan kehidupan peribadi berbanding bermain bola sepak. Berbeza dengan Cristiano Ronaldo yang telah memberikan segala-galanya demi bola sepak memandangkan sukan bola sepak […]

Kalah Kepada ‘Cristiano Ronaldo’, Karim Benzema Padam Instagram

Dua gol Cristiano Ronaldo bukan saja membantu Al-Nassr menewaskan musuh tradisi mereka, Al-Ittihad 5-2 pada 27 Disember lalu. Malah, ini mendorong bekas rakan sepasukan beliau di Real Madrid, Karim Benzema untuk memadamkan akaun Instagram peribadinya. Akhbar Daily Mail melaporkan tindakan itu dilakukan bekas penyerang Perancis itu beberapa jam selepas kekalahan besar yang dialami Al-Ittihad. Sehingga […]

Cristiano Ronaldo Labur RM238 Juta Untuk Majukan Permainan Video Baru

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi figura bola sepak terbaru yang menceburi dunia e-sukan. Akhbar Daily Mail melaporkan beberapa hari lepas, permainan video bola sepak terbaru UFL mengumumkan Ronaldo sebahagian daripada sekumpulan pelabur yang menyuntik modal bernilai £40 juta (RM238 juta). UFL atau nama penuhnya United Football League dihasilkan oleh pembangun permainan video Strikerz Inc. dan […]

Kekayaan Mula Disiasat, Cristiano Ronaldo Berdepan Saman RM5 Bilion

Penyerang pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo kini dalam fasa yang cukup sukar apabila beliau berdepan saman yang hampir mencecah AS$1 bilion (RM4.67 bilion). Hal ini susulan apabila kapten Portugal ini telah bekerjasama dengan sebuah syarikat mata wang kripto yang terbesar di dunia, Binance. Menerusi satu kenyataan oleh mahkamah di Florida mendakwa bahawa bekas penyerang Manchester United […]

Cristiano Ronaldo Berlaku Jujur, Minta Batalkan Hukuman Pemain Lawan

Penyerang berbisa Al-Nassr, Cristiano Ronaldo meminta agar keputusan yang diberikan kepada kepada pasukannya dibatalkan. Pemain berusia 38 tahun itu mengetuai jentera serangan Al-Nassr ketika turun berdepan Persepolis bagi mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik. Keputusan seri tanpa jaringan itu menyaksikan tuan rumah beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-17 selepas Ali Al-Oujami dilayangkan kad merah. […]

Cristiano Ronaldo Temukan ‘Kembar’ Sadio Mane

Reaksi penyerang lagenda Al-Nassr, Cristiano Ronaldo terus menceriakan kem pasukan selepas gelagatnya yang mencuit hati. Pemain berusia 38 tahun itu mencuri tumpuan dunia selepas merakamkan gol bertaraf elit ketika membantu pasukannya menewaskan Al-Akhdood dengan keputusan 3-0. Dua gol Ronaldo selain disusuli oleh jaringan Sami Al-Najei menyaksikan pasukannya membawa pulang tiga mata penting. Pada akhir perlawanan, […]

Seluruh Stadium Kaku Lihat Gol Cristiano Ronaldo

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo terus membuktikan dirinya terus berbisa sebagai peledak gol pada usia 38 tahun. Penyerang Al-Nassr itu mencuri tumpuan ramai apabila melambungkan bola dari luar kotak penalti ke gawang kosong pihak lawan selepas mengatasi penjaga gol Paulo Vitor. Gol tersebut terhasil dalam perlawanan terbaru Saudi Pro League membabitkan Al-Alami dengan Al-Okhdood yang berlangsung […]

Cristiano Ronaldo Hampir Dimalukan Pasukan Ke-200 Dunia

Penyerang lagenda Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi terpaksa menjadi sandaran pasukan sungguhpun beraksi menentang pasukan ke-200 dunia semalam. Kapten Portugal itu diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan pasukan bersama Gonçalo Ramos namun gagal mencatat sebarang jaringan pada babak pertama. Bersambung babak kedua, kudrat pemain berpengalaman ini berjaya memecah kebuntuan apabila menerima hantaran cantik daripada bintang […]

Cristiano Ronaldo & Al-Nassr Dijemput Bersaing Di Eropah

Peminat bola sepak berpeluang melihat kelibat Cristiano Ronaldo kembali beraksi dalam bola sepak Eropah. Ini selepas satu laporan yang dibawa wartawan Arab Saudi, Ali Al-Harbi menyatakan UEFA sedang berkira-kira menjemput kelab Arab Saudi itu. “UEFA berniat untuk menjemput Al-Nassr untuk menyertai UCL 2024 kerana merupakan salah satu daripada tiga kelab terkenal dalam bola sepak dan […]

Punca Kekayaan Cristiano Ronaldo Mula Disiasat

Salah satu media di Sepanyol telah melaporkan bahawa bintang ternama dunia, Cristiano Ronaldo kini mula disiasat pihak berkuasa. Bintang berusia 38 tahun itu dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Sepanyol berhubung klinik pemindahan rambut yang dimiliki secara bersama. Pemain antarabangsa Portugal itu telah membina empayar di luar padang sekaligus membantunya mengumpul nilai bersih sekitar £409 […]

ACL: Ronaldo Pimpin Al-Nassr Tundukkan AL-Duhail

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr terus menerajui Kumpulan E ACL apabila menundukkan kelab Qatar, Al-Duhail dalam aksi ketiga kumpulan awal pagi ini. Al-Duhail turun dengan misi mengutip kemenangan pertama dalam ACL musim ini. Pasukan ini bukan saja diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain perancang Liverpool, Philippe Coutinho. Malah, mereka turut mendapat sentuhan bekas jurulatih PSG dari […]