Cristiano Ronaldo Dedah Cabaran Terbesar Di Arab Saudi

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo melihat adaptasi sebagai cabaran yang perlu dihadapi bila berpindah ke Arab Saudi. Selepas memilih meninggalkan Manchester United secara persetujuan bersama pada November 2022, Ronaldo memilih berkelana ke Timur Tengah. Beliau memilih Al-Nassr sebagai kelab barunya pada Januari 2023. Perpindahan tersebut mengejutkan ramai pihak ketika itu kerana ramai peminat bola sepak menyangka […]
Cristiano Ronaldo Beri Bayangan Awal Tentang Persaraan

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo dilihat memberi bayangan awal tentang bila beliau bakal bersara dari arena bola sepak. Sebelum ini, ramai peminat bola sepak terkejut apabila pasangan beliau, Georgina Fernandez memberi bayangan Ronaldo akan bersara pada tahun hadapan. Walau bagaimanapun, bekas penyerang Manchester United itu memaklumkan beliau tidak akan bersara dalam masa terdekat. Ini kerana matlamat […]
Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Baru

Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo memecahkan rekod baru YouTube selepas melancarkan saluran rasmi miliknya baru-baru ini. Talksport melaporkan usaha terbarunya yang dilancarkan pada 21 Ogos lalu menyaksikan lebih sejuta orang mengikuti akaun berkenaan dalam tempoh kurang 90 minit. Dan berdasarkan semakan terkini, saluran YouTube Ronaldo kini memiliki lebih lapan juta pengikut. Saluran YouTube ini dilancarkan […]
Magis Cristiano Ronaldo Bawa Al-Nassr Ke Final

Magis legenda Portugal, Cristiano Ronaldo memastikan Al-Nassr mara ke final Saudi Super Cup 2024 dengan menewaskan Al-Taawoun 2-0. Kedua-dua pasukan mengintai slot ke final untuk berentap dengan juara Saudi Pro League (SPL) musim 2023/24, Al-Hilal. Ronaldo mengetuai cabaran kesebelasan utama Al-Nassr. Manakala pemain tengah Maghribi-Belanda, Aschraf El Mahdioui mengetuai cabaran Al-Taawoun. Separuh masa pertama menyaksikan […]
Arif Aiman & Cristiano Ronaldo Jadi Muka Depan AFC

Dua bintang ternama Asia, Arif Aiman Hanapi dan juga Cristiano Ronaldo kini menjadi muka depan kempen AFC bagi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Tonggak lincah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sudah menjadi bualan hangat di Asia selepas cemerlang membantu Harimau Selatan sejak beberapa tahun lalu. Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu juga menjadi watak penting dan […]
Lamine Yamal Hampiri Rekod Cristiano Ronaldo

Pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal semakin hampir mengejar rekod yang dilakukan oleh bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo. Yamal bersama Sepanyol masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan Euro keempat dalam sejarah pada awal pagi Isnin setelah menewaskan England dalam aksi final yang berlangsung di Berlin. Pada perlawanan akhir itu, Yamal melakukan satu bantuan jaringan buat […]
Ucapan Penuh Emosi Cristiano Ronaldo Selepas Portugal Tersingkir

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo memuat naik satu hantaran penuh emosi selepas pasukan itu tersingkir dari EURO 2024 baru-baru ini. Portugal yang dilabel antara pasukan pilihan kejohanan terpaksa menelan kepahitan apabila disingkirkan Perancis di peringkat suku akhir. Lebih perit, pasukan yang diberi jolokan A Selecao itu tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti. Ini sekaligus menafikan hasrat Portugal […]
“Kalau Ada Ronaldo Sekalipun Perlu Sesuaikan Diri Dengan Pasukan” – Zaquan Adha

Lagenda bola sepak negara, Zaquan Adha yakin keserasian amat penting dan amat diperlukan sungguhpun memiliki bintang ternama seperti Cristiano Ronaldo. Beliau dalam satu sesi pra-perlawanan bersama Astro Arena memberitahu bahawa terdapat perbezaan yang dimiliki oleh dua penyerang Terengganu iaitu Ismaheel Akinade dan juga Ivan Mamut. Namun begitu, bekas tonggak Negeri Sembilan ini secara peribadi lebih […]
Cristiano Ronaldo Nyaris Cedera Teruk

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo nyaris mengalami kecederaan teruk selepas tamat perlawanan terakhir Kumpulan F EURO 2024 pada 27 Jun lalu. Ini selepas sekumpulan pegawai keselamatan bertindak menghalang seorang peminat yang cuba mendapatkan beliau semasa hendak kembali ke bilik persalinan. Akhbar Daily Mail melaporkan peminat tersebut berusaha mendekati Ronaldo dengan melompat ke laluan tangga menuju ke […]
Euro 2024: Portugal Longlai Dibedil Georgia

Perlawanan akhir peringkat kumpulan F pagi ini menyaksikan Portugal longlai dibedil Georgia. Seawal dua minit permainan, ayam tambatan Georgia, K. Kvaratskhelia menjaringkan gol pembukaan perlawanan selepas kesilapan pemain pertahanan Portugal. Penguasaan permainan lebih memihak kepada Portugal dengan 78 peratus sementara Georgia 28 peratus. Georgia hanya berjaya membuat 3 percubaan ke arah gawang gol sementara Portugal […]
Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Eropah

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo mencipta sejarah tersendiri apabila turun menentang Republik Czech dalam aksi Kumpulan F EURO 2024 semalam. Ini kerana ini merupakan penampilan keenam Ronaldo dalam kejohanan bola sepak berprestij itu. Pencapaian bersejarah ini meletakkanya di hadapan Luka Modric dan rakan senegara, Pepe. Modric yang mengetuai cabaran Croatia untuk EURO 2024 berkongsi lima penampilan […]
Euro 2024: Portugal Pamer Kebangkitan Dramatik Tewaskan Republik Czech

Portugal membuka kempen Kumpulan F EURO 2024 dengan kemenangan dramatik apabila menewaskan Republik Czech 2-1 hari ini. Kedua-dua pasukan tahu mereka perlu menang jika ingin meraih kelebihan awal sebagai pendahulu kumpulan. Ini selepas kedua-dua pasukan mendapat berita Turkiye menewaskan Georgia 3-1 dalam aksi awal kumpulan. Kesebelasan utama A Selecao yang dibimbing bekas pengurus Everton, Roberto […]
Sami Khedira Dedah Impak Cristiano Ronaldo Ubah Mentaliti Pemain Juventus

Bekas pemain Juventus, Sami Khedira telah mendedahkan sebuah kisah bagaimana kehadiran Cristiano Ronaldo berjaya mengubah mentaliti para pemain Juventus. Cristiano Ronaldo mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila menyertai Juventus pada Ogos 2018 dengan yuran perpindahan sebanyak RM591.3 juta (€117 juta) setelah 9 tahun bersama Real Madrid. Sami Khedira yang pernah bermain bersama Ronaldo di Real […]
Komen Cristiano Ronaldo Tentang Perpindahan Kylian Mbappe Ke Real Madrid

Lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memberi komen tentang perpindahan bintang Perancis, Kylian Mbappe yang secara rasminya menyertai Real Madrid. Saga perpindahan pemain Paris Saint Germain (PSG) itu telah hangat diperkatakan sejak beberapa tahun yang lalu. Spekulasi tersebut akhirnya tamat apabila pemain berusia 25 tahun itu secara rasminya melengkapkan perpindahan ke Santiago Bernabeu. Perpindahan ini […]
Cristiano Ronaldo Kekal Bersama Al-Nassr

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo bakal kekal bersama pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Nassr pada musim hadapan. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Nassr, Guido Fienga tidak lama selepas final King’s Cup antara Al-Nassr dengan Al-Hilal. Sebelum ini, timbul khabar angin yang mengaitkan Ronaldo dengan perpindahan ke juara Bundesliga musim 2023/24, Bayer Leverkusen. Khabar angin […]
Cristiano Ronaldo & Al-Nassr Terus Kempunan Trofi, Tewas Kepada Al-Hilal Di Final

Cristiano Ronaldo dan Al-Nassr terus kempunan trofi bagi musim 2024 ini selepas ditewaskan Al-Hilal pada aksi final Piala Raja Saudi awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat dengan Al-Nassr mempertaruhkan beberapa nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Otavio, Sadio Mane dan Marcelo Brozovic. Aksi dimulakan dengan Al-Hilal terlebih dahulu di hadapan seawal minit ke-8 melalui […]