Skuad NFDP Bakal Asah Taring Di Jepun, Akademi Terkenal Jadi Lawan

Pasukan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Bawah 11 Tahun (B-11) bakal membawa cabaran Malaysia dalam saingan Copa Bellmare 2024 di bumi Jepun. Penyertaan pasukan itu diumumkan NFDP menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka. Copa Bellmare 2024 bakal berlangsung pada 22 dan 23 Jun ini di Banyu Fureai Football Park, Kanagawa, Jepun. […]