Selangor Mahu Berikan Pengalaman Baharu Semasa Menonton Bola

Selangor FC bakal menjanjikan pengalaman digital berbeza buat para penyokong untuk kempen mereka pada musim 2024. Perkara ini akan tercapai menerusi jalinan kerjasama antara The Red Giants dengan syarikat digital Citadel Group Technologies yang dimeterai semalam. Menerusi kerjasama ini, pengalaman digital penyokong akan ditambahbaik bersesuaian dengan status mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar Merah Kuning. […]