Skuad Muda Perak Bangkit Ikat Terengganu

Hajat Terengganu FC II merampas kedudukan pendahulu Piala MFL tidak kesampaian apabila diikat Perak FC II 2-2 dalam aksi terbaru Piala MFL musim 2024/25. Skuad muda Terengganu yang dibimbing Hairuddin Omar berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II pada 2 Julai lalu. Sementara Perak pula memburu kemenangan untuk […]
Terengganu Sambar Penyerang Prolifik Piala MFL

Penyerang PDRM FC, Nnabuike Chijioke Chukwu telah disahkan menjadi rekrut terbaru buat pasukan Terengganu FC II (TFC II) yang bakal bersaing di Piala MFL musim 2024/2025. Perpindahan Nnabuike Chijioke Chukwu ke TFC II itu telah disahkan TFC melalui satu hantaran di laman sosial rasmi pasukan tersebut. “Selamat datang Chukwu Nnabuike Chijioke ke Terengganu FC II,” […]
Peledak ‘Buatan’ Nigeria Mengembara Sertai Terengganu

Selepas memilih melepaskan khidmat penyerang Ghana, Jordan Mintah, pengurusan Terengganu FC membawa masuk seorang peledak berbisa dari Nigeria. Penyerang yang dimaksudkan ialah bekas penyerang PDRM FC untuk kempen Piala MFL musim lepas, Nnabuike Chijioke Chukwu. Perpindahan penyerang berusia 26 tahun itu diumumkan pengurusan Terengganu hari ini. Chijioke Chukwu bakal digunakan bagi membantu kempen Terengganu II untuk […]
Skuad Muda Kedah Kalah Besar Dengan PDRM

Skuad muda Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B terus terperosok di tangga tercorot Liga Juara Piala MFL selepas tewas kepada PDRM FC 2-0 di Stadium MBPJ hari ini. Biarpun diperkuatkan dengan penjaring terbanyak mereka, Ebenezer Assifuah, The Cops langsung tidak gentar dengan cabaran Sang Kenari. Malah, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi penyerang import […]
PDRM Berbesar Hati Lengkapkan Kuota 9 Pemain Import

Dengan Liga Super bakal bermula esok menerusi Perlawanan Sumbangsih, pasukan-pasukan mula memuktamadkan senarai pemain import masing-masing. Dan semalam, PDRM telah melengkapkan sembilan pemain import untuk musim 2023. Dua pemain yang melengkapkan senarai awang import Sang Saka Biru ialah Jacque Faye dan Chukwu Nnabuike Chijioke. Faye, 26, beraksi di bahagian tengah dengan Chijioke, 29, pula merupakan […]