Bekas Jurulatih Sri Pahang Jadi Halangan Besar Sabah Di Asia

Sentuhan bekas jurulatih Sri Pahang bakal menjadi halangan terbesar wakil Liga Super, Sabah FC di Asia. The Rhinos bakal berdepan jaguh Australia, Macarthur FC dalam aksi separuh akhir Piala AFC Zon Asean yang bakal berlangsung pada 13 Februari 2024. Perjalanan Sabah bagaimanapun dilihat berdepan detik sukar apabila kepakaran bekas jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel kini […]

Hatem Souissi Kini Jurulatih Vietnam

Bekas jurulatih skuad remaja negara, Hatem Souissi kini menjadi sebahagian daripada struktur kejurulatihan skuad Vietnam. Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) membawanya sebagai penolong jurulatih kepada Philippe Troussier untuk skuad senior dan skuad B-23 Vietnam. Perlantikan ini telah dibuat sejak penghujung Ogos lalu bagi membantu Golden Star Warriors mendepani kalendar antarabangsa FIFA pada September. […]

Christophe Gamel Mampu Jadi ‘Ahli Silap Mata’ Di Australia

Bekas pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel akhirnya menoktahkan perjalanan kariernya di Vietnam sebagai pembantu jurulatih kepada pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Philippe Troussier. Kini, Gamel berada di Australia dan menjadi pembantu jurulatih kepada pengendali Mcarthur, Mile Sterjovski. Mcarthur merupakan kelab bola sepak yang berpangkalan di Australia dan beraksi di dalam liga utama Australia. Tugasan berat […]

Christophe Gamel Harap Lee Tuck Perkuat Mental Beraksi Atas Nama Harimau Malaya

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel berharap agar pemain naturalisasi negara, Lee Tuck dapat mempersiapkan diri untuk terus berjuang atas nama Malaysia. Bintang kelahiran England itu merupakan pemain yang baru sahaja dinaturalisasikan bersama-sama Sergio Aguero terus mencetuskan impak yang amat besar buat skuad kebangsaan. Beliau setakat ini berjaya meledak dua gol dalam dua […]

Christophe Gamel Lihat Bakat Azam Azih Mampu Tembus Pasaran Eropah

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel memuji kualiti dan impak yang dimiliki oleh bekas anak didiknya iaitu Nor Azam Azih. Pengendali kelahiran Perancis itu menyifatkan pemain tengah senasi itu memiliki ciri-ciri pemain yang sempurna untuk mengemudi kawasan tengah pasukan. Malah, anak jati kelahiran Pahang itu juga dikatakan mampu untuk memberi pelbagai masalah dan […]

Christophe Gamel Ucap Selamat Tinggal Kepada Pemain Sri Pahang

Susulan prestasi tidak menentu Sri Pahang dalam saingan Liga Super, pengendalinya, Christophe Gamel difahamkan bakal melepaskan jawatannya. Perkara ini disahkan oleh penulis The Star, T. Avineshwaran melalui satu ciapan di laman twitter miliknya. Christophe Gamel dikatakan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada para pemain Sri Pahang dan mengucapkan ‘All The Best’ dalam mengharungi baki kempen Liga […]

Christophe Gamel Beri Amaran Jangan Bandingkan JDT Dengan Sri Pahang

Menjelang aksi hangat Liga Super malam ini, pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel memberi amaran supaya jangan sesekali membandingkan pasukan kendaliannya dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Gamel menganggap JDT sudah berada jauh di hadapan selepas membuktikannya dengan menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut dan beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu, Liga Juara-Juara AFC (ACL). […]

Penyokong Sri Pahang Bagi ‘Nasihat’ Kepada Christophe Gamel

Pasukan Sri Pahang FC baru-baru ini telah membuat satu kenyataan mengenai pelantikan Christophe Gamel selaku ketua jurulatih pasukan menjelang sepak mula musim baharu tidak lama lagi. Menerusi satu kenyataan rasmi di media sosial Sri Pahang, pasukan mengalu-alukan kehadiran Gamel selaku ketua jurulatih menerusi satu hantaran berbentuk video. Jurulatih berpengalaman yang berasal dari Perancis ini menjawat […]