Fergus Tierney Fokus Tingkatkan Prestasi Di Thailand

Penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney kini fokus meningkatkan prestasinya bersama kelab Thailand, Chonburi. Penyerang berusia 21 tahun itu menyertai The Sharks secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada penghujung Julai lalu. Tierney kekal bersama Chonburi sehingga tamat musim 2024/25. Sejak menyertai kelab berkenaan, beliau telah menjaringkan satu gol daripada empat penampilan. Menariknya, […]
Media Thailand Kagum Dengan Kualiti Fergus Tierney

Nama penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney menjadi sebutan media Thailand baru-baru ini. Penyerang berdarah Scotland itu mencipta sensasi apabila menyumbat gol pantas buat Chonburi dalam aksi pertama Thai League 2 menentang Suphanburi pada 9 Ogos lalu. Gol sulungnya juga gol terpantas dalam Thai League musim ini dengan catatan 28 saat. Gol tersebut membuka ruang buat […]
Fergus Tierney Hanya Perlukan 1 Minit Jaringkan Gol

Penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney pantas mencipta nama di Thailand apabila menyumbat jaringan pertama buat Chonburi FC. Sebelum ini, penyerang berusia 21 tahun itu mengejutkan peminat bola sepak negara dengan memilih menyertai pasukan Thai League 2 itu. Tierney menyertai Derley, Charlie Clough, Jeon San-hae dan Marcus Haber sebagai tonggak import baru The Sharks untuk musim […]
Fergus Tierney Ke Liga Thailand

Penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney mencipta kejutan apabila memilih menyertai kelab Thai League 2, Chonburi FC. Perpindahan penyerang berusia 21 tahun itu diumumkan sendiri Chonburi dalam satu majlis pengenalan pemain dan jersi baru pasukan. Berita perpindahan itu turut dikongsikan oleh wartawan sukan Thailand, Ta Lao menerusi satu hantaran terbaru di X. Walau bagaimanapun, tidak dapat […]
Dua Bekas Penyerang Liga Super Ikut Jejak Tan Cheng Hoe Di Thailand

Dua bekas penyerang berbisa Liga Malaysia iaitu Herlison Caion dan Willian Lira alami nasib serupa seperti jurulatih Police Tero FC yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Tan Cheng Hoe. Caion dan Lira merupakan penyerang untuk kelab Chonburi FC dan kelab tersebut disahkan tersingkir ke divisyen dua Thailand selepas menduduki tangga ke-14 liga. Walaupun Lira […]
Gol Sendiri ‘Ala’ Robin Van Persie Terjadi Di Liga Thailand

Gol sendiri paling unik mencuri perhatian apabila berlaku di Liga Thailand baru-baru ini. Pertembungan antara pasukan Chonburi dan juga PT Prachuap bagi aksi ke-28 musim ini. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan Chonburi diketuai oleh Willian Lira dan juga Caion. PT Prachuap mempertaruhkan Derley dan juga Samuel untuk merobek gawang yang dikawal kemas […]
Tumbuk Pemain Lawan, Chonburi Jatuhkan 4 Hukuman Keras Kepada Phitak Phimpae

Pemain sayap Chonburi FC, Phitak Phimpae menerima hukuman keras daripada kelab itu susulan tindakannya menumbuk pemain Bangkok United. Perlawanan Thai League 1 yang berlangsung pada 31 Mac itu menyaksikan Phitak dikesan menumbuk pemain pertahanan, Peerapat Notchaiya. Insiden tersebut dikesan pembantu pengadil video (VAR) dengan pengadil diminta pergi ke monitor untuk melihat sendiri apa yang berlaku. […]
Tular Aksi Penyelamatan Paling Hebat Penjaga Gol Di Thailand

Aksi seorang penjaga gol sebuah kelab di Thailand menyelamatkan bola dari menerjah ke gawangnya menjadi perhatian warga maya. Perlawanan yang membabitkan True Bangkok United dan Chonburi dalam saingan Thai League 1 itu menjadi tular apabila penjaga gol Bangkok United, Patiwat Khammai berjaya menyelamatkan gawangnya meskipun sudah tertewas setelah menepis percubaan pertama lawan. Kejadian yang berlaku […]
Wakil Chonburi Akui Kekuatan JDT Tidak Berubah Tanpa Ramai Tonggak Utama

Setiausaha Chonburi FC, Thitigorn Artwarin mengakui kekuatan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kekal utuh meskipun tanpa kelibat ramai tonggak utama. Hal ini dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook. Thitigorn menjadi sebahagian daripada rombongan The Sharks yang menyertai kem latihan di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Kem ini turut menyaksikan perlawanan pemanas badan antara […]
Skuad Muda JDT Tewas Tipis Kepada Chonburi

Pasukan dari Liga Thai 1, Chonburi berangkat ke bumi Johor untuk mengharungi dua perlawanan latihan sebelum Liga Thailand kembali bersambung minggu hadapan. Ketika ini, saingan Liga Thai 1 sedang berehat bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan yang sedang menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2026. Seramai 23 pemain telah disenaraikan pengendali pasukan, Witthaya Lahakul bagi aksi […]
Dua Bekas Mesin Gol Bakal Kembali Ke Malaysia Dengan Tugas Berbeza

Nama dua penyerang Chonburi FC dijangka dikenali peminat bola sepak Malaysia apabila mereka diturunkan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) nanti. Dua penyerang yang dimaksudkan ialah duo Brazil, Herlison Caion dan Willian Lira. Meskipun Caion dan Lira kini beraksi di Thailand, bisa mereka sebagai peledak dalam Liga Malaysia (Liga M) masih diingati sehingga hari […]
JDT Jadi Sumber Inspirasi Kelab ASEAN

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menapak sebagai kelab contoh terbaik Malaysia yang berada di Asia Tenggara. Skuad Harimau Selatan kini sedang menjalani latihan pra-musim di Johor Bharu namun sudah mula mencuri perhatian ramai. Baru-baru ini, kelab Thai League 1, Police Tero telah pun tiba di Johor Bharu untuk menjalani latihan […]
Giliran Chonburi Bakal Jejakkan Kaki Ke Johor Bahru

Sebuah lagi kelab dari Thailand bakal menjejakkan kaki ke Johor Bahru selepas kehadiran Police Tero pada minggu lalu. Chonburi FC bakal turun menentang jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam dua aksi persahabatan yang dijadualkan pada 20 Mac dan 22 Mac di Stadium Sultan Ibrahim. Seramai 23 pemain akan dibawa Chonburi ke Johor Bahru temasuk […]
Herlison Caion Kembali Sertai Chonburi

Bekas penyerang Selangor FC, Herlison Caion kembali memeriahkan saingan liga Thailand dengan menyertai kelab Thai League 1, Chonburi hari ini. Perpindahan penyerang Brazil itu diumumkan The Sharks menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka. Sebelum ini, bekas penyerang KL City FC itu dilaporkan menyertai Trat FC tetapi perpindahan tersebut gagal direalisasikan. Ini membuka […]
BG Pathum Sambar Kapten Chonburi Dengan Tawaran ‘Pecah Panggung’

Susulan prestasi kurang memberangsangkan dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Thai League 1, BG Pathum United mula membuat perubahan segera. Selepas membawa masuk Makoto Teguramori menggantikan pengendali sebelumnya, Thongcai Sukkoki, The Rabbits mengumumkan perpindahan pemain tengah Thailand, Kritsada Kaman. Perpindahan mengejut Kritsada diumumkan oleh kedua-dua pasukan di laman media sosial masing-masing hari ini. “BG Pathum […]
Liga Thai: Chonburi Terkulai Diaibkan BG Pathum

Aksi Liga 1 Thailand hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Chonburi dan BG Pathum. Seawal minit pertama permainan, BG Pathum mencetak jaringan pembukaan menerusi Freddy Alvarez. Keadaan kelam kabut dalam kawasan pertahanan Chonburi dimanfaatkan Alvarez dengan rembatan untuk gol pertama BG Pathum. Lima minit selepas jaringan itu terhasil, kecuaian pertahanan Chonburi sekali lagi dihukum BG […]