Choi Moon-sik Menang Kes Saman Terhadap Kelantan

Situasi Kelantan FC kelihatan makin rumit. Ini selepas bekas jurulatih mereka, Choi Moon-sik memenangi kes saman yang difailkan terhadap mereka di tribunal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Perkara ini didedahkan oleh ejen Moon-sik, Leo Jeong menerusi satu perkongsian di Instagram Story beberapa jam lepas. Sebelum ini, Jeong sudah menyatakan hasrat untuk mengheret pengurusan Kijang ke […]
Peguam: Klausa Kalah 5 Perlawanan Tidak Boleh Digunakan

Isu dalaman yang membelenggu sebuah pasukan Liga Super ketika ini turut mendedahkan satu klausa yang disertakan dalam kontrak jurulatih iaitu pemecatan sekiranya pasukan tewas sebanyak lima kali. Tetapi menurut seorang peguam, klausa tersebut tidak boleh dikuatkuasakan. Peguam sukan Zhafri Aminurrashid berpandangan sedemikian kerana ia tidak akan diterima oleh mana-mana badan perundangan bola sepak termasuk Persekutuan […]
Kelantan Tampil Perjelas Kemelut Hangat Pasukan

Selepas beberapa siri dakwaan yang dibuat ejen bola sepak dari Korea Selatan, Jeong Myeong-ho berkenaan pasukan Kelantan, pengurusan The Red Warriors (TRW) membuat penjelasan hari ini. Mereka menyifatkan tuduhan yang dilemparkan ejen kepada jurulatih Choi Moon-sik itu sebagai palsu dan fitnah. Pengurusan kelab percaya semua tuduhan ini dibuat bagi menutup kelemahan bekas jurulatih Daejeon Citizens […]
Isu Choi Moon-sik Raih Perhatian Media Bebas Korea

Sebuah media bebas yang berpangkalan di Korea Selatan, Best Eleven telah melaporkan mengenai nasib bekas pengendali Kelantan FC, Choi Moon-sik di Malaysia. Umum mengetahui bahawa jurulatih kelahiran Korea Selatan itu telah pun direhatkan oleh pihak pengurusan The Red Warriors selepas prestasi hambar yang ditunjukkan oleh pasukan. Menurut kenyataan oleh portal tersebut, Moon-sik difahamkan tidak dilayan […]
Tiada Laporan Prestasi Pasukan Punca Choi Moon-sik Direhatkan

Semalam, kecoh arena bola sepak Malaysia apabila pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengumumkan Choi Moon-sik direhatkan sebagai jurulatih. Hari ini, beliau mendedahkan pelbagai sebab mengapa bekas jurulatih Daejeon Citizen itu direhatkan. Dalam satu kenyataan di Facebook, antara sebab utama Moon-sik direhatkan ialah prestasi pasukan yang merudum termasuk siri kekalahan berturut-turut yang dialami Kelantan. […]
Rezal Zambery Nafi Kem TRW Kelantan Dilanda Masalah

Pengendali sementara TRW Kelantan, Rezal Zambery Yahya menafikan berlaku pergolakan di dalam pasukan sehingga mendorong kepada prestasi buruk ketika menentang Terengganu dalam aksi Liga Super pada Selasa. Kelantan tewas 0-5 kepada Terengganu dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, perlawanan pertama kendalian Rezal Zambery setelah pengurusan membuat keputusan merehatkan ketua jurulatih Choi Moon Sik […]
Choi Moon-sik Direhatkan, Rezal Zambery Ganti Peranan Kemudi Kelantan

Berita mengejutkan mengenai kem di Kelantan apabila ketua jurulatih, Choi Moon-sik direhatkan daripada tugasan berkuat kuasa serta-merta. Berita mengenai perkara ini dikongsikan oleh kelab sendiri apabila pihak pengurusan difahamkan telah pun merehatkan pengendali kelahiran Korea Selatan itu. Perkara ini susulan prestasi hambar The Red Warriors pada permulaan musim ini apabila mencatatkan hanya satu kemenangan daripada […]
Mario Arques Lepas Geram Kepada Jurulatih Kelantan?

Tiada pasukan di dalam dunia ini mahu kalah namun begitulah adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi penyokong Kelantan FC, mereka sudah pasti sukar untuk menelan kekalahan besar 4-2 kepada Negeri Sembilan FC. Walaupun tewas dalam perlawanan tersebut, aksi yang dilangsungkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi itu turut dicemari dengan satu […]
Zamsaham Taruh Harapan Tinggi Terhadap Choi Moon-sik

Semalam, pengumuman perlantikan Frank Bernhardt sebagai Pengarah Teknikal Kelantan menamatkan spekulasi berkenaan kedudukan Choi Moon-sik. Dan bagi pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham, beliau masih percaya dengan keupayaan jurulatih Korea Selatan itu membimbing The Red Warriors. Setakat ini, Kelantan merekodkan satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. Tetapi semangat juang yang ditunjukkan The Red Warriors […]
“JDT Pasukan Terbaik Di Malaysia & Asia” – Choi Moon-sik

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjanjikan tentangan hebat kepada Kelantan bersesuaian dengan status mereka sebagai pasukan terbaik di Malaysia dan Asia. Tetapi bagi jurulatih The Red Warriors, Choi Moon-sik, itu merupakan satu cabaran kepada anak-anak buahnya. Di sebalik cabaran yang dibawa pemain-pemain berstatus bintang seperti Arif Aiman Hanapi, Jordi Amat dan Syihan Hazmi Mohamed, Moon-sik […]
Choi Moon-sik Puas Hati Kelantan Tetap Turun Menyerang

Perlawanan kedua Liga Super Kelantan semalam menyaksikan The Red Warriors tewas 4-1 kepada Sri Pahang. Walaupun tewas, jurulatih Kelantan, Choi Moon-sik berpuas hati dengan anak-anak buahnya kerana cuba menyerang tuan rumah. Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat dibolosi empat kali menerusi Kpah Sherman (minit ke-12), Kevin Ingreso (minit ke-38), Sergio Aguero (minit ke-43) dan Stefano […]
Wajah Bintang Baharu Kelantan Tertiris, Pernah Beraksi Di UEFA Conference League?

Pasukan Liga Super, Kelantan FC dikhabarkan sudah pun mencapai persetujuan untuk membawa masuk pemain kelahiran Jepun, Ryohei Michibuchi. Pemain kelahiran Jepun itu merupakan pemain yang pernah beraksi di pentas tertinggi bola sepak Eropah apabila beraksi bersama salh sebuah kelab Serbia, FK Radnicki. Beliau yang telah pun tamat kontrak di sana mula digembar-gemburkan akan datang menyertai […]
Pertahanan Gergasi Sepanyol, Miguel Cifuentes Dalam Perjalanan Sertai Kelantan

Pasukan gergasi Pantai Timur, Kelantan FC difahamkan sedang menunggu ketibaan bekas pertahanan Malaga CF ketika ini. Pemain tersebut difahamkan ialah Miguel Sifuentes yang juga merupakan anak jati kelahiran Sepanyol. Hal ini telah pun disahkan sendiri oleh pemilik The Red Warriors, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham. Beliau yang memuat naik satu hantaran di laman […]
Laman Penyokong Korea Bocorkan Kriteria Pertahanan Baharu Kelantan

Sebuah laman penyokong kelab korea, Pohang Steelers di Twitter ada berkongsikan kriteria pemain import baharu yang dibawa masuk oleh Kelantan. Pemain yang dimaksudkan itu ialah Kim Min-qyu, pertahanan muda kelahiran Korea Selatan. Bekas pertahanan bawah 17 Korea Selatan ini merupakan antara pilihan jurulatih, Choi Moon-sik untuk memantapkan lagi benteng pertahanan pasukan. Katanya, pemain ini sebenarnya […]
Choi Moon-sik Simpan Hasrat Kelantan Mampu Tewaskan JDT & Kedah

Walaupun beberapa minggu mengambil alih skuad Kelantan, Choi Moon-sik dilihat mempunyai keyakinan terhadap anak-anak buahnya itu. Malah, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu percaya skuad Red Warriors mampu mengatasi pasukan-pasukan elit termasuk JDT dan Kedah. Ketika ini, skuad Kelantan sedang menjalani program pra-musim sebagai persiapan menghadapi Liga Super yang bermula akhir Februari ini. “Sekarang saya dalam […]
Falsafah Choi Moon-sik Mula Beri Impak Kepada Kelantan

Sedikit demi sedikit, pasukan Kelantan mula mengikut falsafah jurulatih baru mereka Choi Moon-sik. Ini dibuktikan menerusi kemenangan 3-0 ke atas UiTM dalam aksi persahabatan pra-musim hari ini. Kelantan yang menurunkan Nuha Marong dan duo Korea Selatan, Kang Eui-chan dan Kim Ming-yu tampil garang pada babak pertama. Skuad Kijang mendahului menerusi Ghaffar Abd Rahman dan Eui-chan […]