Asian Games: Hasrat Malaysia Ke Separuh Akhir Terkandas, Diikat China

Skuad hoki lelaki Malaysia hampa apabila gagal layak ke separuh akhir Sukan Asia 2023 selepas diikat 4-4 dengan China dalam aksi terakhir Kumpulan B. Dengan tuan rumah mengutip 12 mata selepas membelasah Thailand 9-0 semalam, anak-anak buah Arul Selvaraj perlu menewaskan China untuk mara ke separuh akhir atas kelebihan jaringan. Begitupun, The Speedy Tigers bermula […]

Gelagat Wartawan China Berbahasa Melayu Curi Tumpuan

Liputan Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China lebih menarik apabila seorang wartawan negara itu mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Kebolehan Liang Liang, seorang wartawan dari China Media Group (CMG) itu menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas video beliau menyanyi lagu Rasa Sayang tular di media sosial. Liang Liang yang mesra dipanggil Husna oleh […]

Korea Selatan Berpesta Gol Di Sukan Asia

Skuad Korea Selatan bakal bertemu pasukan tuan rumah China untuk aksi suku akhir Sukan Asia namun rekod gol Korea Selatan kini mencuri perhatian ramai. Korea Selatan kini mengetuai rekod jaringan terbanyak dalam bola sepak Sukan Asia Hangzhou apabila telah menjaringkan 21 gol hanya dalam 4 perlawanan. Skuad kendalian Hwang Sung-Hong itu merekodkan kemenangan besar 9-0 […]

Dion Cools ‘Tapau’ Cabaran China Kali Kedua

Bek tengah Malaysia, Dion Cools memastikan benteng Buriram United kebal apabila membantu mereka meraih kemenangan 4-1 ke atas Zhejiang FC dalam saingan ACL semalam. Ini dapat dilihat berdasarkan penilaian Sofascore dalam perlawanan semalam. Biarpun beraksi sebagai bek kanan, Cools masih berupaya meraih penilaian 7.0. Biarpun bukan beraksi di posisi biasa beliau, Cools masih mampu mengeluarkan […]

Jepun Dan China Sasar Julang Piala Dunia Pada Edisi Yang Sama

Dua negara dari benua Asia, Jepun dan China telah meletakkan sasaran untuk menjulang Piala Dunia pada edisi yang sama iaitu Piala Dunia 2050. Jepun merancang sasaran itu sejak dari tahun 2005 lagi manakala China pula mensasarkan untuk menjadi kuasa besar bola sepak dunia pada tahun 2050 dengan sasaran menjadi kuasa besar Asia pada tahun 2030. […]

Pemain China Di ‘Boo’ Penyokong China

Pertembungan antara pasukan China dan Syria pada 12 September 2023 dihiasi dengan insiden yang sudah pasti mahu dilupakan oleh para pemain tuan rumah. Aksi yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill itu menyaksikan pasukan ke-80 dunia itu menerima tamparan hebat selepas sebahagian besar penyokong telah memboikot aksi tersebut. Perkara ini susulan keputusan seri 1-1 yang telah […]

Jurulatih China Buntu Pasukannya Tak Mampu Melawan Syria

Pasukan bola sepak kebangsaan China menamatkan dua aksi persahabatan tanpa sebarang kemenangan selepas ditewaskan Syria 0-1 dalam aksi di Stadium Phoenix Mountain semalam. Gol tunggal Syria telah dijaringkan oleh Thaer Krouma pada minit ke-52 perlawanan sekali gus menghampakan ribuan penyokong China yang hadir ke stadium. Ketika sesi temubual bersama media selepas tamat perlawanan, pengendali China, […]

Syria Malukan China

Syria mempamerkan satu persembahan yang amat memberangsangkan untuk menewaskan China. Pertemuan antara dua pasukan ini berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China yang menyaksikan kedua-dua pasukan mahu memburu mata FIFA. Pasukan bimbingan Aleksandar Janković menurunkan kesebelasan terbaik dengan penyerang naturalisasi pasukan, Elkesen kekal mengemudi jentera serangan. China memiliki peluang terbaik menerusi tandukan Wu Lei namun […]

Media China Lapor Tiket Aksi China & Syria Tak Laku

Penyokong China yang berang dengan prestasi pasukan mereka kebelakangan ini memilih untuk tidak membeli tiket aksi persahabatan China-Syria. Akhbar South China Morning Post melaporkan jualan tiket untuk aksi persahabatan itu pada malam ini tidak laku. Daripada enam jenis tiket yang dijual, hanya tiket yang berharga 180 yuan (RM115) saja yang habis dijual. Jualan tiket yang […]

Keadaan Terkini Pemain China Lepas Terkulai Layu Berdepan Malaysia

Pemain pertahanan China, Li Shuai kini dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan dalam aksi China-Malaysia pada 9 September lalu. Penyokong di Stadium Phoenix Hill, Chengdu mula resah apabila Shuai tidak sedarkan diri selepas berlaga dengan Syahmi Safari pada minit ke-85. Susulan itu, beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. China Sports Vision 2050 melaporkan […]

3 Pemain Malaysia Rekod Penilaian Tertinggi Lawan China

Keputusan cemerlang Malaysia berdepan Syria dan China menyaksikan prestasi baik di bawah kendalian Kim Pan-gon berjaya diteruskan. Berdasarkan kiraan mata FIFA, Malaysia memperoleh +1.93 mata tambahan selepas beraksi cukup baik menentang pasukan 80 dunia iaitu China. Sebelum itu, skuad kebangsaan berjaya melakar satu keputusan baik menentang pasukan ke-94 dunia, Syria sekaligus memungut tambahan +1.4 mata […]

Faisal Halim Pecah Rekod 16 Tahun Lawan China

Penjaring gol tunggal Malaysia berdepan China, Faisal Halim memecahkan rekod 16 tahun yang melibatkan pertembungan dua pasukan ini. Aksi yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon berjaya meraih keputusan seri 1-1. Kini, berdasarkan kiraan masa nyata FIFA, Malaysia mengumpul keseluruhan mata sebanyak 1094.90 mata selepas berjaya mengikat China dengan keputusan 1-1. […]

Penyokong China Berang Hampir Dimalukan Malaysia, Minta Duit Tiket Dipulangkan

Rata-rata penyokong pasukan China berang apabila pasukan kebangsaan mereka sekadar meraih keputusan seri berdepan Malaysia. Hadir membanjiri stadium bagi menyatakan sokongan penuh buat skuad kebangsaan, penyokong China akhirnya terpaksa akur apabila dirantai Malaysia di laman sendiri. Dengan keputusan 1-1 yang tercatat malam semalam, penyokong China menzahirkan rasa tidak puas hati selepas tamat permainan. Stadium Phoenix […]

Media China Dakwa Dion Cools Hampir Dinaturalisasikan Sebagai Pemain China

Salah sebuah media China telah melaporkan bahawa pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools pernah cuba dinaturalisasi oleh negara tersebut. Malaysia turun berdepan China di Stadium Phoenix Hill, Chengdu dengan harapan besar untuk mencuri mata FIFA. Anak didik Kim Pan-gon mempamerkan persembahan mengujakan untuk mengikat pasukan ke-80 dunia itu dengan keputusan 1-1. Pertahanan negara, Cools cemerlang […]

Bintang China Ini Dinilai Paling Teruk Ketika Berdepan Malaysia

Tamat sudah aksi mendebarkan di antara China dan Malaysia di mana menyaksikan Malaysia berjaya mencipta kejutan ke atas pasukan di ranking ke-80 dunia itu dengan keputusan seri 1-1 pada aksi yang dilangsungkan di Stadium Phoenix Mountain semalam. Tumpuan penyokong dan pemerhati bola sepak China sudah tentu tertumpu kepada pemain bintang mereka yang pernah beraksi untuk […]

Jurulatih China Kini Sedar Malaysia Lawan Yang Sukar

Pengendali skuad kebangsaan China, Aleksandar Jankovic nyata kecewa dengan persembahan anak buahnya pada aksi persahabatan FIFA menentang Malaysia semalam. Pada hemat beliau, sejujurnya pasukan kendaliannya tidak layak untuk menang atau mengalahkan Malaysia di hadapan lebih 26,000 penyokong yang hadir ke Stadium Phoenix Mountain untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka. “Sejujurnya kami tidak layak untuk menang malam […]